ENTRI TERBAIK

Jumaat, 21 Oktober 2011

10 Fakta menarik mengenai darah


Bicara malam ini setelah hujan hebat berirama petang tadi adalah mengenai darah. Aku khabarkan 10 fakta menarik mengenai darah. Darah umpama "cat berwarna merah" yang tersembunyi dalam tubuh badan kita..Inilah rupa parasnya.

Pain Darah

1. Ketika dilahirkan, hanya ada kira-kira secawan darah saja dalam tubuh kita

2. Darah membentuk tujuh peratus daripada berat badan manusia

3. Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari, menyerang dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh, terutamanya bakteria. Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil (yang membentuk 65-75 peratus daripada darah putih) yang mati selepas membunuh kuman.

4. Satu pain darah yang anda dermakan cukup untuk menyelamatkan tiga nyawa lain.

5. Susu lembu dicampur darah adalah salah satu makan kesukaan masyarakat Masai di Afrika

6. Terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seorang manusia lain.

7. Orang Moche (Peru), Scythia (Greek) dan nomad di Rusia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam peperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan.

8. Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki manakal perempuan dalam lingkungan 3.8 hingga 5.7 lliter

9. Pada tahun 1928, William Harvey (1578-1657) dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui tentang peredaran darah di dalam tubuh manusia. Namun sebenarnya ketika itu ramai saintis Eropah yang telah pun mengetahui bahawa saintis Islam bernama Ibnu Nafis Ali bin Abi al-Hazamal-Quraisy telah menulis tentang perkara tersebut 300 tahun lebih awal daripada Harvey

10. "Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah Pencipta yang Paling Baik."-Surah al-Mukminun:14.

p/s: Sudahkah anda menderma darah?

11 ulasan:

NURUL AINI NORAZMAN berkata...

oohh..banyak informasi psal darah,.

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ berkata...

ca xpernah derma darah sebab berat badan x cukup..hehehe..

Bro ahmad berkata...

Fakta yang menarik huhuu, tapi seram bila dapat tengok darah

Khairil berkata...

Bro...bila cerita bab darah ni , aku ada kawan yang mabuk darah..pantang tgk darah mesti dia nak jadi pitam...bukan setakat darah betul , gambar darah pun dia dah pening2 lalat...haha

Yatie Awang berkata...

fakta tentang darah ek, yg ke 10 tu, akhirnya lahirlah kita semua

Ini Kisah Tia berkata...

Tia tak pernah derma darah .. hehee

Elih Japahar berkata...

Tanpa darah, manusia tak akan dpt hidup..setakat ni br sekali derma darah :)

alongxp berkata...

ye...saye dah derma darah bulan lepas... bulan depan dah boleh derma lagi la kot...

cik aisha berkata...

yak...minum darah tu...
saya antara yg xlayak menderma darah.xckp berat..

Wanie berkata...

teringa nak menderma..tapi berat badan tak mengizinkan..huhu

dah derma ke?

Saiazuan berkata...

menarik gk fkta pasal darah ni kan :D