ENTRI TERBAIK

Isnin, 31 Oktober 2011

Mona Lisa diLukis Menggunakan Cawan Kopi

Mona Lisa adalah salah satu seni karya lukisan yang paling agung pernah dilukis oleh Leonardo diCaprio eh silap..Leonardo da Vinci sebenarnya..Ini adalah lukisannya..Cantik kan..

Mona Lisa
Tapi bagimana rupanya bila di"lukis" dengan menggunakan cawan kopi..Biar gambar-gambar di bawah ini membicarakannya..

Besar jugak di"lukis"nya

Macam gambar grid je hehe

Pandangan yang secara dekat dari atas

Rupa-rupanya cawan kopi digunakan hehe

Maklumat simple berdasarkan gambar di atas:

Objek: Mona Lisa
Jumlah cawan digunakan: 3604 
Lokasi: Sydney, Australia
Jenis cecair: Kopi yang diisi mengikut sukatan yang betul mengikut susunannya, dan ianya bukan kopi Jantan hahahah..


GMMS: Kreatif dorang membuatnya..tapi bab isi kopi mengikut sukatan dan warnanya itu kerja yang paling teliti hehe..Ni entri autoping..

Ahad, 30 Oktober 2011

Khairul Fahmi Che Mat aka Apex dengan Dahlia Teck yang Seksi dalam suatu Party

Khairul Fahmi Che Mat aka Apex ( Penjaga gol kebangsaan dan Kelantan ) dengan Dahlia Teck ( model )  yang seksi bersama-sama rakan-rakannya berparti sakan di Werner's Changkat, Bukit Bintang. Dikhabarkan dalam Restoran Masakan Itali..Kelas kau..

Apex dan Dahlia bersama kawan2nya di Werner's Changkat Bukit Bintang.
Seksi kemain..Muka Apex merah2?

Wau natang pe atas meja tuh..air kopi versi Belanda?

Benarlah gambar mampu menimbulkan 1001 persoalan dan andaian..Yang penting janganla campakkan diri ke lembah kehinaan..Kontroversi adalah pemusnah kerjaya secara singkat..Populariti mungkin akan meningkat tapi kebencian akan mengatasinya untuk jangka masa panjang..Berubahla..lebih-lebih nama kalian ada bin/binti.,Hidup ini tak leh predict bila kita akan meninggal dunia..Ingat tuh kalau kalian percaya akhirat tuh ada.

Sumber gambar: Roti Kaya

Sabtu, 29 Oktober 2011

Waktu dan kuantiti yang sesuai minum air masak


Kira-kira 20 minit lagi sepak mula perlawanan antara Everton vs Manchester United akan dilangsungkan dalam Astro Startsport 813, aku kongsikan info mengenai waktu dan kuantiti yang sesuai untuk minum air masak..Sebelum itu mari kita kenali dulu rupa paras air masak.


Sekadar gambar hiasan

Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..


kalau suka entri ini, klikla LIKE atau +1

GMMS ; Air masak adalah air yang paling sedap kerna tubuh kita sendiri kata sedap sehingga menjilat jari..Kalau tak kenapa bila badan kurang air , mesti lemah gemalai bak penari drama swasta di opera sri lanka..renung-renungkanla..jangan biarkan ginjal anda mengamuk tak tentu hala suatu hari nanti bonus bibir pucat bak tanah gersang di Kenya

Jumaat, 28 Oktober 2011

Pemerkosaan Secara Visual--Ambil Perhatian


Nafsu syahwat jahat bagaikan pemangsa yang sungguh menggerunkan.. Bila ia meletus ke tahap marabahaya, maka pelbagai idea menjijikan akan menghiasi kamar kejahatan dalam dunianya..Salah satunya ialah  PEMERKOSAAN SECARA VISUAL..kalian tidak disentuh, tapi mata nafsu jahat itu menatap maruah kalian dengan rakus malah ada yang diarkibkan adegan itu dalam bentuk episod..Ini perbuatan maha zalim dan gila. 

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)



Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !


Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.

Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda..

Sumber: Facebook

GMMS: Kalian harus sentiasa berwaspada di mana kalian berada..Bahaya ada di mana-mana..Usah di remehkan hal keselamatan kalian..

Wain Ular

Kalian pernah melihat wain ular di mana ular bersemayam didalamnya? Ular ini bukanla ular mainan tapi ular yang berbisa dan besar. Ular yang mengandungi bisa sahaja diperam untuk tempoh beberapa bulan. Ada juga dicampurkan sekali dengan binatang-binatang berbisa yang lain seperti kala jengking dan sebagainya. Wain ini terkenal di Vietnam dan juga boleh didapati di Asia Tenggara. Tanpa membuang masa, mari kita melihat gambar-gambar di bawah untuk melihat rupa paras wain itu dan informasi secara visual..Amaran, sesiapa yang fobia dengan ular berbisa, lebih baik tidak melihatnya..


Hidup lagi mereka bersemayam didalam ini?


Siap sedia untuk dihidangkan airnya


Mesti keras gila air dia

Entah nikmat apakah yang disandarkan


Hanya orang yang sukakan ekstrem mahukan ini


Terdetik dalam fikiranku, apa khasiatnya?tenaga batin seperti ayah pin?

Khasiat meminum wain ular yang aku petik dari wikipedia (malas nak translate)


"Snakes are widely believed to possess medicinal qualities and the wine is often advertised to cure everything from farsightedness to hair loss, as well as to increase sexual performance. In Vietnam, snake wine (Rượu rắn) is widely believed by some individuals to improve health and virility."- Sumber



GMMS: Kegilaan ini ditabik seperti Hitler tapi maaf tiada Hadiah Nobel untukmu

Laman Web FAM kena godam!!

Dalam facebook kecoh pasal laman web FAM kena godam..Aku cepat-cepatla buka..Terkejut tahap gaban aku tengok..sian pun ada hehe..ni rupa paras dia setelah dimake-upkan oleh hackers..



Ini adalah kata-kata mesej pedas tahap puaka baik punya dari hacker kepada FAM:-

"So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don`t blame us shithead u ask for it dlm suratkhabar ni. Penyokong bebas buat apex2 je"

"Wahai FAM si kapitalis anjink!! Anda sentuh jiwa, kami hancurkan poket anda. Kami mampu buat lebih lagi daripada ini. Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik. Rakyat terseksa dengan ideologi rm 50 anda. Alasan tak masuk akal. Anda jangan fikir rakyat bodoh. 100 tahun baru boleh bolasepak Malaysia maju yer!!! cakap pakai bontot ke wahai FAM..... Pegi mampos la FAM!!!"

Nak tengok rupa paras dia sehingga keseluruhan...KLIK SINI. Cepat-cepat sebelum ia sedar dari koma..


GMMS: Pasti akan menghiasi dalam mana-mana akhbar pasal FAM kena hack neh..

Rabu, 26 Oktober 2011

Tiada Perkataan Hari Rabu #5




Gambar: Facebook

Selasa, 25 Oktober 2011

Gambar-gambar Hot, Rare dan Eksklusif Part 1

Bumi sedang menangis tika aku tintakan entri bergambar ini. Rahmat ini pasti disyukuri kerna sejak akhir-akhir ini drama swasta asyik menyebelahi panas terik. Tidur lena pasti diangguk laju oleh penganggur terhormat ketika menghadapi nikmat ini..Sudahla merepek..Jom kita lihat Gambar-Gambar yang Hot, Rare dan Eksklusif untuk penambahan minda berimej dalam otak. 

Adolf Hitler masa dia kecik2 dulu


Awal pembinaan Disney World


Pekerja2 yang lepak ketika awal pembinaan Empire State Building


Mayat bekas Presiden AS, John Kennedy yang ditembak pada tahun 1963


Charlie Chaplin dengan Mahatma Ghandi


Che Guevara dan Fidel Castro


Chuck Norris dan Bruce Lee


Pembinaan Awal Christ the Redeemer di Rio de Janeiro


Elvis Presley ketika beliau menyertai US Army


Google diawal penubuhan 1999

P/s: Sebenarnya ada lagi...tunggu part 2 ye..Emm cam biasa kalau korang suka entri ini kliklah butang LIKE kat bawah dan +1 

Best Seller No 1 Novel Bertemakan Cinta - Jauh Dari Cinta


Best Seller No 1 Novel Bertemakan Cinta di POPULAR

Judul : Jauh Dari Cinta
Penulis : Adah Hamidah
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM21
Sabah / Sarawak : RM24


Novel yang bertemakan Cinta yang diberi tajuk Jauh Dari Cinta hasil karya Adah Hamidah ini telah menjadi best seller no 1 di POPULAR. Gambar tuan milik buku ini..

Adah Hamidah
dan juga ini adalah laman blog beliau..


Sedikit petikan dalam novel ini untuk anda sendiri nilaikan..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Carta Popular paling Laris
Sekali imbas aku melihat carta popular ini aku perasan no 20 yang bertajuk Sekebun Bunga Cinta nukilan Liyana Zahim. Dia adalah seorang blogger dan kalau anda ingin mengetahui blognya dan berkenalan dengannya dan juga ingin mendapatkan bukunya.. KLIK SINI.


p/s: Ntah aku dapat sawan apa dok promote-promote novel cinta ni hahahah...Harap semua dapat menguji kekerasan hati untuk menahan dari menangis bila membaca novel-novel cinta ini..

Ahad, 23 Oktober 2011

Marco Simoncelli Meninggal Dunia dalam Kemalangan Maut Grand Prix (MotoGP) 1 di Sepang

Pada petang tadi, perlumbaan Grand Prix 1 Sepang dibatalkan setelah berlangsung kira-kira 2 lap pada pukul 4 petang berikutan kematian seorang pelumba dari Itali yang berusia 24 tahun, Marco Simoncelli apabila beliau tiba2 terjatuh lalu berlanggar pelumba Yamaha, Collin Edward disusuli dengan pelumba Itali, Valentino Rossi di selekoh ke-11. 

Marco Simoncelli

Walaubagaimanapun, Edward dan Valentino Rossi terselamat dari kemalangan maut tersebut. Saksikan rakaman video detik-detik perlanggaran tersebut. Dari rakaman tersebut, helmet Marco Somoncelli kelihatan pecah dan mangsa terbaring kaku di litar selepas pelanggaran, sambil Edward juga terjatuh sama namun begitu Rossi berjaya mengawal motornya.




Walaubagaimanapun ada insiden yang dikesali iaitu, ada segelintir penonton melempar kotak dan botol air  tanda protes perlumbaan dibatalkan. Mungkin mereka tidak menyedari ada insiden kemalangan yang mengakibatkan kematian. Apapun, tragis ini amatla mendukacitakan, kerana Marco Simoncelli adalah prospek besar dalam pembikinan seorang juara GP1.

Air kotak dan kotak dibuang tanda protes perlumbaan dibatalkan

Kredit gambar: majalah9

Sabtu, 22 Oktober 2011

7 Siratan Kesalahan Edisi 1


Pernah dengar ayat suratan kebetulan?..Kalian lupa akan kembarnya iaitu siratan kesalahan..jadi aku mempersembahkan Siratan Kesalahan Edisi 1. Apa benda Siratan Kesalahan ini? Ianya menurut kamus aku, ianya seperti kesalahan yang selalu manusia lakukan dalam kehidupan tapi aku luahkan dalam bentuk tersirat agar kalian mencari dan memahami apakah kesalahan yang dilakukan oleh mereka..Mungkin ada yang tidak berapa tersirat..Mohon maaf diraja andai tiada pemahaman dicatit dalam minda bila membacanya.

  • Jiwa kejam menghiasi kamar..belas kasihan terhapus..bisikan azazil alasan beladiri..ubatnya ada tapi menang bila jiwa lain melayang..mohon henti seketika..dunia sesak nafas kernanya..
  • Khayalan umpama dadah halal ..menikmatkan tapi bisa melukakan rohani..ingin berkata coraknya tapi bisu seinfiniti kata..bukan kerna bahaya tapi sukar digambarkan..dunianya ada Tuhan tapi bertahan seketika..besok sudah hilang timbul fantasi lain..mimpi tidak bertajuk bicaranya..sekali lagi,masa memotongnya seperti pedang
  • Manusia leka membina taman..padahal busuk lagi meloyakan..terselit kumbang luar nikah disebalik bunga itu..bukan harum semerbak..tahi lagi mulia darjatnya..bunga berkat berkawad diluar..mohon restu hiasi taman itu..tertangguh akibat nikmat hina..mati umpama jenaka baginya..
  • Lukisan buruk pilihan wahid..nyata buta manusia menilainya..idaman jelik bernas diminda..ampuni dosa mereka kerna hidayah masih berlegar di luar rohani mereka..
  • Nyawa murah diperdagangkan..usah bicara hukum qisas bila bermain catur dengan pesalah berdarjat tinggi..pasrah jua dalam derita..reda dalam dendam..akhirat jua penentuan terakhir.
  • Harta dikumpul mewah tanpa henti..menambah nombor angka giliran dihisab kelak..zakat derma pelaburan rugi katanya..bodoh amat rugi siulan si miskin ke atasnya..mohon ikhlas bantu..usah lagi bertuhankan harta..sucikan ia sebelum kubur menjadi istana usang kelak.
  • Nama tercipta bukan diringkas..wajib betul sebutannya.,kerna terselit doa keatasnyaa..usah dimarah dibangkang..nama melayu bukan bicara hebat disyurga..bunyinya sedap bukan penanda maksudnya indah..manusia lupa benda remeh..hakikat belum disedari biarpun berabad dipengalamankan.

p/s: Hidup ini singkat..hiasinya dengan sebaik-baiknya..usah dibazir..kelak bila ia pergi, ia akan semakin menjauh dan menjauh..usah diulang episodnya kerna kenangan lama bisa merencatkan rentak kebahagiaan..nyawa hanya ada satu begitu juga hidup ini..kesihatan bagus adalah kunci nyawa bertahan lama ekstra berdoa sentiasa kepada Yang Maha Kaya..Kelahiran semula umpama jenaka jahanam..usah tikam jantung demi kepercayaan kolot jiwa akan bersih semula..Fikiran waras anugerah teragung..usah hinakan diri..gunakan ia sebaik-baiknya..itula beza haiwan antara manusia walaupun ada juga yang tertewas.

Jumaat, 21 Oktober 2011

10 Fakta menarik mengenai darah


Bicara malam ini setelah hujan hebat berirama petang tadi adalah mengenai darah. Aku khabarkan 10 fakta menarik mengenai darah. Darah umpama "cat berwarna merah" yang tersembunyi dalam tubuh badan kita..Inilah rupa parasnya.

Pain Darah

1. Ketika dilahirkan, hanya ada kira-kira secawan darah saja dalam tubuh kita

2. Darah membentuk tujuh peratus daripada berat badan manusia

3. Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari, menyerang dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh, terutamanya bakteria. Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil (yang membentuk 65-75 peratus daripada darah putih) yang mati selepas membunuh kuman.

4. Satu pain darah yang anda dermakan cukup untuk menyelamatkan tiga nyawa lain.

5. Susu lembu dicampur darah adalah salah satu makan kesukaan masyarakat Masai di Afrika

6. Terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seorang manusia lain.

7. Orang Moche (Peru), Scythia (Greek) dan nomad di Rusia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam peperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan.

8. Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki manakal perempuan dalam lingkungan 3.8 hingga 5.7 lliter

9. Pada tahun 1928, William Harvey (1578-1657) dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui tentang peredaran darah di dalam tubuh manusia. Namun sebenarnya ketika itu ramai saintis Eropah yang telah pun mengetahui bahawa saintis Islam bernama Ibnu Nafis Ali bin Abi al-Hazamal-Quraisy telah menulis tentang perkara tersebut 300 tahun lebih awal daripada Harvey

10. "Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah Pencipta yang Paling Baik."-Surah al-Mukminun:14.

p/s: Sudahkah anda menderma darah?

Khamis, 20 Oktober 2011

Muammar Gaddafi Terbunuh!!

Berita terkini! Muammar Gaddafi, Presiden Libya telah didapati terbunuh. Profil lengkap mengenai boleh dibaca kat SINI.

Presiden Libya, Muammar Gaddafi terbunuh


Dibawah ini adalah video yang menunjukkan Gaddafi dibunuh..Amaran 18SG!!



Muammar Gaddafi, Presiden Libya yang terkenal dengan kelantangan anti-AS didapati telah terbunuh satu serangan pemberontak. Menurut Perdana Menteri Libya, Mahmoud Jibril mengesahkan bahawa Qaddafi telah terbunuh. Untuk cerita selanjutnya klik sumber nya di bawah

Read more: http://www.foxnews.com/world/2011/10/20/muammar-qaddafi-captured-in-libya-commander-says/#ixzz1bKuRVOPt

Dunia Fakta- 11 Fakta Menarik Edisi Kedua

Berkurun lamanya jugak aku menyepi seketika untuk meng'up'kan balik mood..Maaf ye,sahabat-sahabatku..

Jadi pembuka bicara bisu ini, aku tintakan mengenai Dunia Fakta- 11 Fakta Menarik Edisi Kedua..jadi tanpa membuang detik-detik yang berharga ini, aku nasihatkan jagala kesihatan terlebih dahulu kerna cuaca dah tak berapa ok di KL sejak akhir-akhir ini..kan demam nanti terbantut segala perancangan dan aktiviti nanti..

Salah satu spesies burung

1. Lebih 20% spesies burung telah pupus daripada muka bumi ini sejak 200 tahun yang lalu dan kebanyakkannya adalah akibat perbuatan jahat manusia. Peratusannya ini akan kian bertambah dari semasa ke semasa.

Situasi serangan sakit jantung berlaku

2. Menurut kajian perubatan Jerman, risiko untuk mendapat serangan sakit jantung lebih tinggi pada hari Isnin berbanding hari-hari yang lain.


Kaedah rawatan stail akupuntur

3. Rawatan akupuntur mula dipraktikkan pada tahun 2700 Sebelum Masihi iaitu semasa era pemerintahan Maharaja Shen Nong di China


King Louis XIV

4. King Louis XIV(Raja Perancis) merupakan orang pertama menambah gula ke dalam secawan kopi pada sekitar tahun 1715.


Iklan kopi pertama di London

5. Iklan kopi yang pertama di London pada tahun 1657 mendakwa kopi boleh menyembuhkan penyakit seperti kekurangan vitamin C, gout serta beberapa penyakit lain.


Kentang

6. Satu tan kentang boleh menghasilkan 28.6 gelen alkohol. Kentang adalah sumber terpenting dalam penghasilan alkohol.


Pramugari pertama di dunia

7. Seorang wanita Ellen Church berjaya menyakinkan syarikat penerbangan Boeing bahawa pengetahuannya dalam memberi rawatan kecemasan dan minatnya pada penerbangan boleh membantu penumpang sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Akhirnya pada 19 Mei 1930, Ellen dilantik menjadi pramugari pertama dalam sejarah penerbangan dunia.


Proxima Centauri kaedah x-ray

8. Selepas matahari, Proxima Centauri adalah bintang paling dekat dengan Bumi, iaitu sejauh 25,000,000,000,000 batu.


Kuda Mustang Amerika

9. 75% daripada jumlah keseluruhan kuda di Amerika Syarikat mati dalam serangan virus Equine influenza pada tahun 1872. Fakta tambahan mengenai Equine influenza ( KLIK SINI ).


Wap dari secawan kopi

10. Kajian saintis daripada University of California menemui bahawa wap yang terhasil daripada secawan kopi panas mempunyai jumlah antioksidan bersamaan dengan tiga biji buah oren, yang mampu untuk menghalang penyakit kanser atau jantung.


Gambar dekat seekor siput babi

11. Siput boleh bergerak di atas benda yang tajam seperti pisau, tanpa mencederakan dirinya sendiri. Ini kerana ada kaitan dengan penghasilan lendir 'mucus' yang menghalang siput daripada terluka. Dua lagi fakta menakjubkan, siput juga mempunyai 25,000 'batang' gigi dan boleh tidur sehingga tiga tahun kemudian.

p/s; Jika anda suka akan fakta-fakta ini, klikla +1

Khamis, 13 Oktober 2011

Rasa Bersalah Vs Keupayaan Memaafkan

Suatu ketika, rasa bersalah pasti akan menghiasi dalam diari kehidupan kita. Suka atau tidak, rasa bersalah sememangnya menjadikan ego di tahap terendah sekali sehinggakan ada suatu masa, perut lapar meronta-ronta diisi,kesihatan jiwa terganggu dan sebagainya. Kita seolah-olah seperti mayat hidup yang sudah lari dari melakukan aktiviti yang biasa dilakukan.

Gambaran fantasi rasa bersalah

Rasa bersalah umpama menagih rasa dimaafkan. Kadang-kadang tahap rasa bersalah bergantung kepada ketinggian nilai kerosakan yang terjadi akibat kesakitan, kemalangan, kecederaan dan sebagainya. Teori diterima pakai mungkin dinoktahkan seperti 

"semakin tinggi nilai kesakitan atau kecederaan yang di cetuskan, semakin tinggi rasa bersalah yang akan timbul."

Disinilah kuasa memaafkan akan menjadi peranan penting. Ia harus tegar melawan rasa ego, kemarahan, sakit hati, dendam dan sebagainya. Setiap manusia mempunyai pelbagai versi keupayaan memaafkan seseorang. Dunia sekarang jarang benar manusia seperti Rasulullah s.a.w dalam bab memaafkan seseorang. Tapi banyak pula seperti Dajjal yang suka melihat penderitaan orang lain akibat tidak mahu memaafkan orang itu.

Tapi bagi kes yang profil tinggi seperti kes rogol, liwat, pecah amanah, ragut, samun dan sekutunya tidak semudah a b c untuk menjadikan si mangsa menjadi pemurah dalam memaafkan si pesalah. Undang-undang sudah pasti menghukumi bagi menyelesaikan hal di dunia, tapi kemaafan dari si mangsa adalah paling mustahak bagi menjernihkan keadilan di mahkamah paling adil kelak.


P/s: Masih ada lagi ke pemaaf paling pemurah di dunia ini tatkala diasak dengan penderitaan atau dibubuh kenangan paling pahit dalam hidupnya? 

Kalau suka entri ini, klikla +1

Selasa, 11 Oktober 2011

Mitos Dewa Zaman Mesir Purba

Malam ini, aku hendak kongsikan entri mengenai Mitos Dewa Zaman Mesir Purba. Mungkin kedengaran mengarut kisahnya tapi tak salah untuk jadikan ia sebagai bahan bacaan atau penambahan ilmu pengetahuan. Apapun yang penting, baca boleh percaya jangan..

Atum-Ra adalah anak kepada Dewa Mut dipercayai mencipta segalanya. Dia mencipta dewa langit Shu dan dewi hujan Tefnut. Shu dan Tefnut mempunyai dua anak iaitu dewa bumi Geb (pemerintah pertama Mesir) dan dewi langit Nut. Selepas itu, Geb dan Nut pula melahirkan Osiris, Isis dan Set serta Nepthys. 

Osiris merupakan dewa kesuburan dan jelmaan firaun yang telah mati. Osiris dibunuh oleh Set yang cemburu dan membahagikan mayatnya kepada 14 bahagian. Set mencampakkan mayat Osiris di merata-rata tempat di Mesir. Osiris hidup semula atas bantuan isterinya, Isis. 

Horus, anak Osiris mengalahkan Set dan berjaya membalas dendam untuk ayahnya dan ditabalkan menjadi pemerintah (firaun) Mesir. Kebangkitan semula Osiris menjadi mitos menarik tentang kehidupan semula. Jasad perlu berada dalam keadaan sempurna agar dapat dibangkitkan. Inilah sebab mayat firaun diawetkan menjadi mumia.

Di bawah penerangan ringkas mengenai dewa-dewi Zaman Mesir Purba

Atum-Ra


Atum-Ra


-Merupakan dewa terhebat Mesir purba. Dikenali sebagai pencipta dan ketua semua dewa termasukla ibunya, Mut. Dia adalah ayah kepada firaun pertama.


Osiris


Osiris


-Dewa kesuburan, peradaban dan akhirnya menjadi dewa neraka. Dia merupakan dewa utama Mesir purba. Rupanya seperti mumia dengan tangan bersilang di dada. Salah satu tangannya memegang cangkuk manakala sebelah lagi memegang penebah iaitu senjata diraja.


Isis

Isis

-Menguruskan segala hal manusia, alam dan sihir. Mengembara ke serata Mesir demi mencari serpihan badan suaminya. Dia dikurniakan anak bernama Horus.


Horus

Horus

-Dewa pelindung para firaun dan jelmaannya. Membalas dendam untuk ayahnya dengan mengalahkan Set dan akhirnya berjaya menjadi raja. Hilang mata kiri semasa berlawan dengan Set tetapi berjaya diubati oleh Thoth, dewa kebijaksanaan dan pengetahuan.


Anubis

Anubis

-Dewa kematian yang bertanggungjawab dalam hal pemakaman dan menjaga mayat. Dewa yang ditakuti kerana tugasnya menghukum orang jahat supaya tidak dilahirkan semula.


Hathor

Hathor

-Mengawal langit, wanita, cinta, muzik dan hal kesuburan. Diwakili oleh lembu yang menjadi lambang sifat keibuan.


Set

Set

-Dewa kejahatan dan sering dikaitkan dengan kerosakan, kejahatan dan huru-hara. Namun disembah agar orang dibenci ditimpa nasib malang. Dikatakan membunuh saudaranya, Osiris dan merampas takhta. Akhirnya, Horus membalas dendam.


Thoth

Thoth

-Pada asalnya dewa bulan berkepala ibis. Kemudian dia menjadi dewa kebijaksanaan, penulisan dan matematik. Mencipta bahasa dan perkataan serta menjadi pencatat, penterjemah dan penasihat kepada semua dewa. Dikatakan dewa yang pendiam tetapi masih penting dalam kepercayaan mesir purba.


p/s: Selepas baca, sudi-sudikanla klik kat +1 tuh..Seinfiniti terima kasih diucapkan..