Okey GMMS minta maaf seinfiniti kerna lama menyepi..bukan apa,ini kerna idea tuan punya blog sedang mengalamai krisis kekeringan idea seperti musim kemarau melampau di Gurun Sahara..So ini adalah idea yang pertama timbul iaitu Top 10 Sukan Paling Popular Di Tonton..
10. Tinju
![]() |
Tinju |
Sukan ini kelihatan ganas tapi ianya berbentuk hiburan ketika zaman Greek dan Roman.Ianya bermula pada tahun 2 dan 3 Sebelum Masihi. 2 juta penonton fanatik mengabdikan kefanatikan mereka untuk melahirkan rasa cinta akan seni sukan tersebut. Muhammad Ali adalah ikon atau lagenda dalam seni sukan tinju tersebut.
9.Golf
![]() |
Golf |
Mungkin setengah pihak mengatakan sukan golf ini amat membosankan dan hanya milik orang-orang kaya sahaja..Tapi sukan ini mampu menarik kira-kira 5 juta penonton dalam suatu masa. Golf ini mempunyai 9 atau 18 lubang di padang untuk dimainkan.Dikhabarkan juga sukan golf ini berasal dari China,Scotland atau Rome.Ikon sukan ini sudah pasti menjadi milik Tiger Woods walaupun buat masa sekarang kelihatan prestasi beliau teruk jatuh menjunam akibat krisis masalah ketagihan seks beliau.
8. Atletik
Sukan atletik adalah antara paling popular kerna 8 hingga 10 juta menyaksikan acara saringan 100 meter lelaki akhir dan juga lompat tinggi wanita. Rekod ini telah dicatatkan oleh The World Athletic Meet yang melakukan statistik tersebut. Sukan ini sebenarnya sudah bermula pada tahun 776 Sebelum Masihi. Pelbagai rekod dunia telah dipecahkan sejak akhir-akhir ini. Ikon dalam sukan ini untuk zaman moden sudah tentu milik Usain Bolt yang kerapkali mencetuskan fenomena pecah rekod dunia setiap kali beliau menyertai mana-mana kejohanan.Pelbagai kejohanan telah menyediakan acara sukan tersebut iaitu dalam Sukan Olimpik, Komenwel, Kejohanan IAAF dan lain-lain lagi.
7.Besbal
Percayakah anda yang 19.1 juta manusia telah jatuh cinta pada sukan ini ketika kejohanan World Series pada tahun 2009? Itu adalah benar kerna kejohanan ini adalah yang paling berprestij di Amerika dan Kanada yang rata-rata mempunyai ramai peminat fanatik dalam sukan ini. Pada mulanya, sukan ini diperkenalkan di England pada pertengahan kurun 19. Sukan ini adalah sukan nasional untuk negara Amerika Syarikat yang sangat popular di Amerika Utara. Kelab New York Yankees adalah antara kelab tersohor dalam sukan ini.
6.Lumba Kuda
Sukan lumba kuda ini lebih dikenali ekuestrien. Janaan pendapatan hampir USD115 Juta hasil dari aktiviti perjudian telah membuktikan kepopularan sukan tersebut. Sukan ini juga terbahagi kepada lumba kuda mengikut jenis kuda, sukan edurance dan lumba kuda quarter. Kentucky Derby adalah lokasi yang paling popular untuk menyaksikan kemeriahan sukan tersebut. Ianya biasa akan berlangsung pada setiap bulan Jun setiap tahun. Ikon sukan ini di Malaysia bagi sukan ekuestrien adalah Qabil Ambak.
5.Lumba Motor
Lumba Motor ini merangkumi sukan lumba motorsikal dan kereta.Atau lebih dikenali Formula One, Grand Prix 1, World Rally Championship dan sebagainya. Formula One adalah jenis sukan kereta yang paling popular di dunia dengan kategori lumba kereta satu tempat duduk. Nama-nama seperti Sebastian Vettel dan Michael Schumacher adalah sebutan dibibir peminat-peminat fanatik sukan ini. Dianggarkan sukan ini mampu menarik penonton lebih dari 20 juta orang penonton seluruh dunia dari suatu masa.
4.Tenis
Sukan ini tidak asing lagi di planet Bumi kerana popularitinya yang hebat. Buktinya, sukan tenis ini pada Kejohanan Wimbeldon mempunyai purata 2.2 juta penonton bagi setiap perlawanan! Tapi Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat lagi hebat penangannya apabila mampu mencatatkan 63.5 juta penonton secara keseluruhan yang menjadikan purata 10 juta penonton bagi setiap perlawanan! Sukan ini berkembang luas di serata dunia dan telah menganjurkan beberapa kejohanan yang terkenal seperti Kejohanan Grand Slam, Terbuka Australia dan banyak lagi. Ikon sukan ini adalah milik Pete Sampras. Namun begitu di zaman moden ini, Novak Djokovic adalah pemain nombor 1 dunia yang dalam pembikinan untuk memecah rekod John McEnroe.
3.Bola Keranjang
Kira-kira 2 Billion penonton dari seluruh dunia telah mengabdikan untuk mencintai sukan bola keranjang. Sukan ini amat popular di Amerika Syarikat dan Eropah. Liga NBA adalah kejohanan yang menganjurkan sukan ini. Setiap perlawanan dianjurkan dalam sukan tersebut mampu menarik minat kira 2 juta penonton. Untuk rekod, kejohanan liga NCCA berjaya menarik minat 12 juta penonton
2.Kriket
Mungkin kalian akan kurang bersetuju mengatakan sukan ini adalah yang kedua paling ramai ditonton tapi hakikatnya inilah berlaku kerna pada kejohanan Kriket Dunia pada tahun 2007 mempunyai seramai 627000 penonton di stadium sahaja manakala lebih 2.2 billion penonton dari seluruh dunia menyaksikannya melalui televisyen! Sukan ini mendapat lesen bagi menyiarkan secara langsung sukan kriket ini untuk lebih 220 buah negara di seluruh dunia pada tahun 2011.
1.Bola Sepak
Sukan ini adalah yang paling popular ditonton di seluruh dunia. Buktinya, pada perlawanan akhir Kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan telah mencatatkan seramai 715.1 juta penonton. Peminat fanatik untuk sukan ini dianggarkan berjumlah kira-kira 3.5 billion manusia di seluruh dunia. Ikon-ikon banyak diperkatakan dalam sukan tersebut seperti pada zaman moden ini antaranya Lionel Messi,Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney menjadi idola. Malahan mereka mempunyai ramai peminat fanatik dari seluruh dunia.
p/s: Terima kasih kerna masih setia dengan GMMS..
23 ulasan:
ingtkan renang ade tadi.ekekeke
bnyk2 sukan yg ade ni.. shera hanya suka tengok bola ngan lumba kereta tu jek.. Hehehe.. ^_^
eh eh, badminton takde ke.
hehe ;)
@cik sakdi--renang??hahaha sukan itu termasuk dalam sukan atletik tuh hehe..
@shaerah--sukan lumba n bola sepak wajib kena tengok hehe..sekadar hiburan..
@nurul--badminton??tak berapa popular kot hehe..maybe popular kat rantau asia,eropah tapi tak ngam di amerika hehe
alar batu seremban xde ke?? keke
aku suka F1 .. best tgk. haha
eh gusti bukan sukan eh..hahaha.. dulu kecik2 suka gak tengok..dah ada anak ni kena kawal..takut diorg ikut..
bolasepak memang tak boleh dipisahkan dengan peminat sukan.
congkak tak termasuk ek ngeeee
aku suka sukan galah panjang..no brapa sukan tu ye.. kih kih kih
aku suka sepak takraw...
best wooo...
hak3333....
bab libas tu,hadddooooiiii.....
terbaek...hihi
bolasepak memang digilai ramai! :D
suka tengok gymnastik jer
hehe
haha.. tak bape nk minat sukan la.. ngee..
gila bolaaaa
kenapa menyepi syuxer??sunyi tahu tak..hehe..
dalam banyak2 sukan ni,,besbal dengan tinju je aku pernah main..hehe
suka tenniss!! senyap jer match tennis.. hehe
satu dunia sebut perkataan yg sama.
GOLLLLLL!
atletik :)
sports toto tak masuk top 10 ke?..hehe
main lompat tali takde eh syux? heheheee~
bola tetap no 1 yer..
BOla bola bola ! gua gila bola.. hahaha ..
Catat Ulasan