ENTRI TERBAIK

Khamis, 29 September 2011

Makhluk yang bernama manusia

Lumrah naluri seorang makhluk bernama manusia mendambakan suatu kesempurnaan tiada kecacatan dalam suatu pencarian, pekerjaan, pemilikan dan sebagainya. Ia ditafsirkan sebagai lambang kehebatan, keunggulan, kebanggaan dan lain-lain yang bersekutu dengannya. Namun begitu, makhluk ini terlalu angkuh untuk membezakan antara realiti dan fantasi sehingga membataskan untuk melahirkan rasa bersyukur atas hikmah-hikmah Allah s.w.t kurniakan kepada mereka. Mereka kadang-kadang sanggup melakukan tindakan di luar batas kemanusian semata-mata untuk menjadikan fantasi itu realiti meskipun di jalan yang terkutuk. Pahala dan dosa seolah-olah bagi mereka cumalah cerita dongeng.

Sekadar gambar hiasan


Kenyataan itu amat pahit untuk ditelan oleh mereka yang pernah melalui pengalaman yang menyakitkan itu. Mereka leka dan terus leka sehingga membutakan hati mereka untuk melihat kebesaran Allah s.w.t. Mereka melihat dunia ini seolah-olah syurga yang akan kekal buat selama-lamanya. Mereka akan tersedar dari lamunan menjahamankan itu bila ditimpa kesusahan,bala, penyakit dan sebagainya. Tika itula, mereka akan mula mencari-cari Maha Pencipta mereka. Sungguh mereka tiada sifat malu akan sikap mereka itu. Ketika senang, dilupakan malah jauh sekali untuk bersyukur, namun bila diazab dengan kesusahan mulalah mencari-cari sejadah untuk memulakan pertalian ghaib dengan Allah s.w.t semata-mata untuk mengadu kesusahan yang dialami. Kenyataan ini mesti pahit bagi manusia yang melalui pengalaman ini namun hakikatnya itulah kita sedang lalui saban hari. Kita tak sedar kerana bila kita telah diberi petunjuk untuk menyelesaikan kemelut yang kita hadapi, kita akan cepat lupa pada Yang Maha Satu nanti. Kita akan kembali dengan perangai buruk lama kita nanti. Hakikat ini pahit untuk ditelan kerna ia memang berlaku dalam kehidupan kita seharian dan ya aku ulangi kembali ayat ini, kita akan selalu lupa pada Allah s.w.t bila kita dalam kesenangan. Itulah ragam manusia yang melafazkan kalimah syahadah.


p/s : Sori aku terlalu lama menyepikan diri untuk kembali berblogging..

19 ulasan:

syrupmasin berkata...

err asal doe dgn kau??

Elih Japahar berkata...

Betul tu..marilah kita merenung kembali diri kita agar tidak tergolong manusia yg mudah lupa itu..

shida'R berkata...

lamanya dia xupdate blog hehee nih ha baru muncul ^_^ camne intrview?

josrevalution berkata...

uiss..kemana saje ko syux..ingat dah stop blogging..huhu...pape pun tanks dgn penjelasan entry tu..merenung seketika..hehe..
Facebook Akan Di Hacking 5 November 2011!

Bui Junaidi berkata...

manusia mmg mudah lalai..huhu

Anif Abdullah| AA berkata...

eh mana menghilang?

pengalaman baik/buruk mematangkn diri sbnarnye..

Bro ahmad berkata...

takut bila terjadi islam hanya pada nama tapi bukan perbuatan...syux lama menyepi dunia blog dah tak semeriah dulu hmm.

Khairil berkata...

lama syuk menyepi..mesti bawa diri ni...timbul pula dgn entry macam ni...mesti ada sebab tu...hehe

Asakura berkata...

dgr lagu daripada akbar-manusia lupa...best dan terasa... :D

Afikah Aziz berkata...

oh syuk pun lame menyepi ye,ingatkn ika je hehe


Ya Allah,jadikan dunia di dalam genggamanku bukan di hatiku. Ameen

anismelon berkata...

lama anis tak singgah sini jugak..heeee..selalu tngk lam drama gnie..bile susah baru ngadap Allah..sembahyang..manusia sekarang pon gitu..

alif haris berkata...

salam shuk .. pekaba ? lama benor tak nmpak .. huhu ..

shameel Iskandar berkata...

begitu lumrah manusia. mencari dan mendekatiNya apabila derita menyapa.

Liyana Zahim berkata...

Kite slalu brdoa meminta itu ini, tp apa yang DIA minta kte jarang laksanakan..

Terbelog berkata...

leka dan lalai adalah
sifat semulajadi manusia :0

Anak Wak Mail berkata...

tu lah manusia..akulah salah sorang yang selalu alpa..

eh syuk la!

dwaty berkata...

syuxer pun dah jadi macam akk... jarang dah update blog... interview ok???

btw... nice entri... manusia ni kena selalu diingatkan supaya tidak mudah lupa pada pencipta...

cik sakdi berkata...

oh betul tu. kite pon mcm tu.. interview ok? klu x ok xpe.. jgn sedih.. lom ada rezeki..kalu ok plak dah namanya rezeki,, apakata share? hehehe

Rai berkata...

apa cer interview? lama senyap...