ENTRI TERBAIK

Khamis, 25 Ogos 2011

Peristiwa Yang Pasti Terjadi Pada Minggu Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum..

Entri amat panjang..saja je nak luahkan pe terbuku dihati..ikut suka hati korangla nak baca separuh or baca tajuk or baca sepenuhnya..janji Selamat Hari Raya untuk korang tetap aku ingin ucapkan...

Bermulalah XPDC untuk balik kampung pada hari ini..Pelbagai pilihan kenderaan akan dirancang..yang menjadi pilihan utama adalah bas..Manakan tidak, tiket selalu sold-out sampai kena ada bas tambahan yang semestinya memang kadang-kadang bas cap ayam(servis tak boleh jamin tip-top maksud aku)..Bagi yang drive, biasanya kerna sudah berkahwin dan sudah ada anak..Yang menjadi topik perbualan antara mereka  pada minggu-minggu terakhir sudah pasti mengenai destinasi manakah mereka harus pergi..adakah di sebelah pihak suami or pihak isteri?..Alangkah beruntungnya adalah bila suami isteri adalah berasal dari negeri yang sama..hehe..Dua-dua lokasi mak dan mak mertua boleh dikunjungi sama-sama..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi orang bujang, ada yang hati kering memulakan konvoi beramai-ramai dengan menaiki motor dan kereta..Biasanya kaedah konvoi neh mampu mengurangkan risiko kemalangan dan rasa bosan..Kadang-kadang ada orang kongsi kereta bersama,jadi minyak dan tol dapat dibayar sama-sama..Lagi bagus andai semua penumpang mampu memandu, so masalah mengantuk atau keletihan mampu diatasi kerna bolehla gilir-gilir bertukar pemandu..Aku cuma risau penunggang motosikal, yang pakai tubeless aku tak risau mana..yang pakai tayar ada lidi banyak-banyak tu selalu berisiko untuk pancit di tengah jalan..so penting bawa pam angin dan ada member yang pandai baiki motor(penting berkonvoi jangan men redah balik sorang-sorang)..kalau tak,beraya la di tengah highway..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita sedia maklum, yang bas memang akan berkonvoi beramai-ramai time balik raya neh so kadang kenderaan tersebut akan beratur cam kereta api kat jalan raya..ini mendatangkan risiko 50-50 kemalangan..beranikah anda nak memintas 3 bas dalam satu masa di jalan raya yang kurang rata?.Jadi dinasihatkan jangan bercita-cita menjadi seperti Sebastian Vettel masa nak balik kampung nanti..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi mengurangkan rasa mengantuk, yang lupa sediakan pendrive yang sarat lagu-lagu kegemaran anda..korang sedia maklum bila melalui jalan-jalan yang berbukit-bakau memang siaran radio cam lemah..so sediakan pendrive untuk dengar lagu-lagu di kereta..ini just sesuai kereta yang sediakan port untuk mainkan lagu yang pakai pendrive..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yang pergi bershopping waktu ini, memang diskaun kaw2 gila dioffer..memang rambang matala jawabnya..semua serba baru..dengan gaji yang mungkin sudah masuk, maka shopping kali ini mungkin luar biasa..Kaum bapa sila kuatkan jantung anda ye heheh..Tahun ini, kaum bapa sememangnya akan lelah..walaupun pelbagai diskaun ditawarkan, tapi kita harus ingat bukan semua benda didiskaunkan seperti selalu kita pening kepala iaitu minyak..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan kita lupa, hari kemerdekaan akan menjelma tak lama lagi..jadi raya tahun ini sungguh special sekali..So no more rempit-rempit yeah..kita dah nak raya..jangan jual nyawa dengan begitu murah..err maruah pun sama tau..tau2lah kan..demi cinta ntah pe ntah, sanggup dijual maruah ngan harga murah sekali..tak caya?korang tunggula..dari bulan 8 tahun ni dorang jual maruah, bulan 5 or 6 tahun depan pasti ada kes buang bayi merata-rata..ini satu fenomena yang kerap kali akan dicipta oleh orang melayu kita..tak perlu kita wat2 terkejut ye..percayalah ini fenomena yang wajib ada dalam kalendar jenayah di malaysia..oh tanah airku!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita mengerti bila masuk minggu terakhir mak,akak,mak saudara or sapa2la yang pandai wat kuih-muih, pasti ini akan menjadi sibuk menjadi chef untuk menyediakan pelbagai kuih raya..yang nenek akan ajar mak, yang mak akan ajar anak perempuannya..yang anak perempuannya akan save itu dalam kepala..kira turun-temurun resipi akan diperturunkan dengan kaedah lisan..Yang buat banyak-banyak tuh, ada yang gi jual kat orang..dapatla duit saku..Ada gak yang gi beli kuih raya setelah timbul perasaan malas untuk buat kuih raya,mungkin dorang ingin memilih jalan untuk buat ketupat,lemang or dodol maybe..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tukang jahit jugak menjadi bz gila cam bussinessman..soalan biasa ditanya oleh customer...dah siap ke belum baju raya i? Situlah punca pendapatan para tukang jahit naik secara mendadak..Mungkin rezeki bulan Ramadhan..Kebiasaanya pulangan rm1000 pun dapat dari hasil menjahit ini..so dapatla buat duit saku..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Zakat juga akan mula dilaksanakan oleh umat islam..Zakat fitrah yang dimaksudkan itu..Kadar bayaran berbeza mengikut negeri-negeri..Di bawah ini adalah kadar zakat fitrah mengikut tahun 2011



Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.

Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.

Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cuaca yang panas di awal musim Ramadhan pasti akan beraya dalam Bulan Syawal dalam kehujanan.Mungkin rahmat Allah sempena kedatangan bulan syawal..Aku main agak aje..heheh..tapi itu la pe yang berlaku kat tempat aku sekarang..hehe..sekarang dah hujan melanda sejak akhir2 neh bila masuk petang hari hehe..Mungkin sesetengah tempat aje akan berfenomena sedemikian hehe..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siksaan kubur akan bermula bila berakhirnya bulan Ramadhan, maka bermulalah adegan tangisan yang menakutkan di sebelah kubur yang banyak wat dosa..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akan berlakulah peperangan yang paling pelik(kenapa pelik?kerna rata2 mangsa yang kerap kita dengar dalam tv or baca dalam suratkhabar adalah yang beragama islam muka melayu) iaitu perang mercun di sana sini..awal bulan Ramadhan slow2 bunyi..masuk je nak bulan syawal..lagi dahsyat bunyi..maka ramaila "askar2" yang terkorban jarinya,ada yang matanya rosak..ada yang maut hancur berkecai..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Moreh-moreh akan berakhir secara rasminya..so bapak-bapak akan berbuka di rumah bersama keluarga..maybe mak akan masak special2 punya..hehe..mungkin anak-anak yang balik dari perantauan akan makan bersama dengan keluarga..mungkin ini adalah makan dengan full ahli keluarga untuk satu ketika..so riuh rendah pasti akan melanda nanti...heheh

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kad-kad raya akan singgah di peti surat nanti..tapi yang menjadi majoriti biasanya dari supplier aka syarikat-syarikat..hehe..yang mendominasi kad raya neh adalah menerusi SMS..mcam2 pantun korang akan dapat nanti hehe..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lagu-lagu raya akan kerap berkumandang dicorong-corong radio..tak kira la stesen apa,mesti ada2 je lagu raya hehe..sampai ada yang meraung kot kalau tak dapat balik beraya..maklumlah KL pasti sunyi gila babas la bila tiap kali time nak beraya..mat bangla adala untuk diajak berborak hahaha..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu ajela..selamat membaca..hahahah bapak panjang..sori ye..itula yang aku kongsikan pe2 sepanjang aku bernyawa 24 tahun di bumi ini..:)

31 ulasan:

sergeant keroro berkata...

yeay! aku baca sampai habis. fenomena biasa, hehe XD

p/s : selamat hari raya :P

Jiejah Gorjes berkata...

akk tade kampung...sob sob...

Freaky berkata...

woah panjangnya entri ni. hehe selamat hari raya bro... hati2 di jalan raya walaupun dh ado kt kelate :P

echaRierie berkata...

hahaha..finally habis baca luahan syuk..
semua berfakta..hebat ! hehe :)
Slmt Hari Raya Syuk..haha..awl la..

Aisyah Aina berkata...

memang takut tengok banyak bas kat highway ni....selalu doa banyak2 je dalam kereta ;)

kiz berkata...

wah panjang lebar ...dulu masa bujang biasa konvoi masa balik raya..huhu

keroro gouro berkata...

pergh panjang sungguh entry ang..
haha penat aku baca nih :)
hurm aku sokong kt diskaun raya mmg byk taun nie..
sbb tue aku suka shopping time perayaan. hehe :)

[sutera kasih] berkata...

tajuk dh saspen dah hehe..
betul2 apa yg syux ckp tu
mmg biasa terjadi..
kalo bab cuaca tu..tmpt sy pun skrg dh mula hujan2...awal2 ramadhan panas cket..

hati2 kalau plg kampung smua tau..biar lambat asal selamat ^_^

kotak bulat berkata...

betul tu... emm, td kb pegi sgopping mall..sarat dengan org beli persiapan raya, ngn nk buat kuih

Bro ahmad berkata...

review lengkap ni syux hmm..bro balik kg hari ahad rasanya.

ArulchelseA berkata...

aku braya trnganu thn ni bro..tp hati nak raya kat melaka.. kih kih kih

cucu umie berkata...

nak ayie komen part by part ker??? hehe ayie ambik random shje..first walaupon blom menjlng syawal.. nak ucap selamat hari bt syuk kerana telah berjaya menyelesaikan pose 30 hari.. and then, kalau ayie nie whwm jauh kt pantai timur mcm maner ea?? haha (gurau shje).. yang pasti, jgn lupe tunaikan zakat and jadikan syawal yg tibe ini sbgai kgmbiraan setelah kita berpose and mase kita bersyukur.. moga ramadhan yg bkl berllu membawa seribu kemanisan bt syuk..incya-Allah..

Luqeem™ berkata...

fuh segala bnda dlm 1 entri, padat!..haha

mcm tu la..bila nk brubah pn xtau..asyik bnda sama je..

p/s: kat sini hujan gak..huhu

alongxp berkata...

paaaaaaaaaaaaanjang gile...hahaha... tapi tulla... byk dah entri dok citer pasal kampung,pasal baju raya,pasal journey nak balik kampung... kan?

syrupmasin berkata...

ermm dah hujung ramadan kan..selamat jari raye weh..haha

harrazdani berkata...

aku termasuk dari golongan beraya di satu negeri yang sama..best giler...cuma set hari raya pertama belah mana dulu....tp yg penting dua2 rumah boleh balik.

time belajar dulu pernah balik konvoi...time tu aku pakai 125Z, aku follow member2 Rxz rileks jer..huhu tp memang betul...kene ada sorang pomen..kalau tak boleh setel tp lambat...tp bile time balik upm aku dah tak sanggup...aku pos motor balik KL..aku naik bas.hahahah...

tp dah berkereta cdgan syuk memang betul, sediakan lagu2 best...tp aku beli cd lagu raya jer...sampai kampung berasap cd tu...ulang yang sama 30 kali..ahah

tahun ni raya ngan merdeka...kita tunggu sembilan bulan kemudian..harap2 takder apa yang berlaku mcm bro katakan tu...

bab kuih raya, aku tgk yang akan luput dalam famili aku ialah cara bungkus ketupat manis....tgk kakak aku memang tak reti nak buat...walaupun ummi dah ajar, tp dia lebih gemar beli almond london..huhuhu

pasal zakat aku sekarang target yang paling afdhal...tp risau jugak takut tak sempat...mungkin malam raya aku setel..huhuh

hari ni hujan lebat giler...jd niat nak gi bazzar ramadhan pun terbatal....mungkin benar macam bro ckp tu..nikmat di akhir ramadhan,

sekarang ni aku dah kurang beli lauk luar,,, mak masak lebih kurang pun dah rasa best giler...huhuh

stok mercun pun dah ada ni...tunggu nak main jer...huhuh

apapun selamat hari raya syuk....

Khairil berkata...

harap2 peristiwa yang baik2 sahajalah untuk hujung2 Ramadhan kali ini...Selamat Hari Raya ....

Asyila Zainuddin berkata...

haha.. siyes panjang.. tp tu la, kat tempat kite pun skang petang2 mesti hujan..

Wanie berkata...

hehehe..entry terpanjang syuk mungkin? :)

memang hujan je skang ni kan..mungkin satu malaysia tak?

wanie pun jadi chef gak 2 3 hari ni, jenuh gak nak buat kuih raya..buat malam baru tak letih snagat..hehe

Lea IsNaw! berkata...

jom bayara zakat!

alif haris berkata...

hahahaha pnjang memang pnjang :D

tang mega sale tu yg best .
lagi2 waktu mlm raya nnt .. wahh harga runtuh habeh.. nnt mall pn naik runtuh sbb ramai gilo yg shopping hahaha

Afikah Aziz berkata...

Alhamdulillah dapat bace sampai habis ehhe..yg part bas beratur cm kereta api tu yg seram huhu,risau ika,harap2 dijauhkan dr sebarang malapetaka..biiznillah :)


selamat hari raya syuk :)

Rai berkata...

selamat hari raya syuk..jangan merempit masa raya tau! hehe..

insya allah kalau panjang umur jumpa lagi lepas abis cuti raya..

rara pinkmafia berkata...

panjang nya entry kamu syuxer.hehehehe.neway doakan rara selamat sampai epoh esok ye =0

nurAMALLINA berkata...

kad raya semakin dilupakan T_T

syarifahsidrus berkata...

boleh hurai satu2..superb la!

memang bas konvoi jugak eh balik raya, baru tau..huhu

nowriz berkata...

fuh! panjang gila..

tapi bermanfaat tuk dibaca.. ;)

semuanya kisah benar.. & tidak dapat disangkal2..

sama2 la kita ingat mengingati.. sharing is caring..

lastly, selamat hari raya!

p/s : 1 fenomena ko lupa.. fenomena blogger.. ;)

alif haris berkata...

kt sini ye shuk bg alamat ..hehe :)

http://alifharis.blogspot.com/p/hubungi-daku.html

SoLy SoLicious berkata...

start baca jam 12.03.. ok,..selamat smpai ke dusah... hahaha


kesibukan beraya jgn lupe, berhati2 ktika mmndu pulang..
raya2 jugak..merdeka pulak lpas tu jgn lupe..heeee

yatie Awang berkata...

mak aiii, panjangnya, tapi kakak tetap habiskan, kakak tak perlu bergaduh setiap hari raya sbb kakak satu negeri dan kampung pun tak jauh antara satu sama lain

semua tu sebenarnya fenomena biasa, shoping diakhir2 ramadhan, tapi betullah kalau dalam keadaan macam ni, jalan raya tentu sesak, takut pulak rasanya

untuk syuk, hati2 dijalan, semoga selamat sampai ke kampung

selamat hari raya maaf zahir batin

laskar pelangi berkata...

woooo~ panjang lebar ;)) alhamdulillah diberi nikmat masih bernafas kan syux:)