ENTRI TERBAIK

Rabu, 17 Ogos 2011

Lakaran Wajah Suspek Penyimbah Asid

Assalamualaikum..

Umum mengerti kejadian simbah-menyimbah ini adalah tindakan paling kurang ajar andai dilakukan dengan kaedah simbah dan lari..Tapi lebih hina dan jijik perbuatannya andai simbahan itu diadunkan dengan sejenis asid ntah kejadah namanya..Di sini aku sertakan lakaran wajah suspek penyimbah asid yang terbaru...Dulu versi muka cam India, sekarang ntah muka jenis mana pula..Di bawah ini adalah lakaran wajah suspek penyimbah asid..

Lakaran wajah suspek 
Petikan yang aku copy dari blog sozcyili..


Polis kini memburu beberapa suspek dipercayai terbabit dalam dua kes simbah asid berasingan di ibu negara baru-baru ini, namun menafikan suspek individu yang sama menggemparkan negara dengan beberapa kes simbah asid awal tahun ini.

Satu kes berkenaan berlaku pada 26 Julai lalu, menyebabkan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat dirompak RM18,000 milik syarikatnya selepas disimbah cecair selepas keluar tandas di sebuah stesen minyak di Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi, di sini.

Pada 8 Ogos lalu, seorang lelaki berusia 27 tahun pula melecur pada muka selepas disimbah asid ketika dihampiri tiga lelaki ketika berjalan berseorangan di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dan sehingga kini mangsa masih dirawat di hospital.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, dalam kenyataannya di sini, semalam, berkata berdasarkan siasatan terhadap kedua-dua kejadian berkenaan, polis menafikan sama sekali kes itu kaitan dengan siri kejadian menyimbah cecair sebelum ini.

“Jenis cecair digunakan dalam kes ini berbeza dengan cecair kejadian lalu. Siasatan juga mendapati ciri-ciri suspek berbeza dengan gambaran suspek kes simbah asid sebelum ini. “Polis berusaha menyelesaikan kes ini secepat mungkin dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, mengesan saksi termasuk menemuduga mangsa bagi tujuan mendapatkan gambaran rupa bentuk fizikal suspek,” katanya.

Menurutnya, setakat ini polis membuat lakaran wajah seorang suspek rompakan yang menggunakan asid di stesen minyak berkenaan.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau mengenali wajah suspek tampil memberi maklumat dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus Rakan Cops melalui 03-21159999,” katanya.-JPN-



p/s: Kejadian simbah-menyimbah asid memang tindakan kurang ajar paling laknat..Sesuka hati je dia nak menyimbah asid kat muka orang lain..amacam kalau orang lain simbah kat keluarga mereka...Ahhh..ada mereka peduli?..maybe mental tak sihat kot kat penyimbah asid tuh..

47 ulasan:

Bro ahmad berkata...

orang yang tak ada akal je buat kerja terkutuk tu..mungkin gila kot !

syrupmasin berkata...

err..asal muke dy mcm scary je..haha

Fathiah Hamim berkata...

sedap nya kalo dapat simbah asid kat dia. huhu

rara pinkmafia berkata...

mcm muka melayu je.

Papa Mifz berkata...

harap tertangkap la penjenayah hina nih...

Lea IsNaw! berkata...

sakit mental lelaki neh

laskar pelangi berkata...

a'a aritu lakaran muka penyimbah asid cm india..ni lain plak..takot tol.

Miss Y and Her World berkata...

eiiii memang menakutkan betul la zaman sekarang ni. simbah asid macam simbah air. memang syaitanirrajim la penyimbah asid ni.

ABU berkata...

bila la dia ni kena tangkap, baru aman dunia skt..

Acik berkata...

memang x masuk akal. mungkin mereka ada masalah mental kot!

SoLy SoLicious berkata...

takutlah men simbah2 asid ni...huhuhu

yatie Awang berkata...

entahlah manusia ni, tak pikir panjang nak buat sesuatu

Freaky berkata...

kalau dapat jangan bagi polis lagi. belasah sampai lembik

Jiwa Hamba berkata...

kalau dapat bunuh jer.

Jiejah Gorjes berkata...

dia lepas hukuman dunia tunggu la hukuman 'di sana' nt.

tp kalo dpt cekup depa ni awal2 lagi baguih. idup nyusahkan org.

shameel Iskandar berkata...

harap2 makhluk jahat ni dpt ditangkap dgn kadar segera.

Nak tanya, mcm mana yer nak letak iklan nuff antara post mcm syuxer buat ni.

Khairil berkata...

rasa2 sudah jadi trend utk penjenayah guna asid...nampaknya penjualan asid kena dikawal...

Liyana Zahim berkata...

Tak phm dgn kjahatan mnusia.. Lau kjahatan setan die nk bawak kte terjerumus dlm neraka tp mnusia utk apa ek? Smbah asid da jd trend ape? Utk ape simbah kat org bersalah? Saiko? Huwaaaa... Pnt pk..

echaRierie berkata...

haha..sokong p/s syuk tue..
totally agreed..

selain tue, nk popular kot..hahaha..
tp mereka ni mmg berbahaya..huhu

Wanie berkata...

muke nampak muda je..hmm..terok betol perangai la..nak simbah2 asid muke org..

ArulchelseA berkata...

dulu cam india sikit..skang dah ke jawa plak..kih kih kih

alif haris berkata...

skrg ni byk betul kes simbah asid .. huhu

shida'R berkata...

uihh ade lg ke? tp mcm org melayu bkn india lg ke?

cik pha berkata...

bagus jugak aku bukak blog kau ni lehlah aku berjaga2 hahahaha

pamie berkata...

makin lama makin banyak pulak kes simbah asid ni..

Tea Dno berkata...

orang yang menyimbah asid ni mental.. hurmm.. adehh tak reti nak cakap apa dah dengan orang camni..

Tea Dno berkata...

otaknya sinting.. huhuh~

Tea Dno berkata...

kalau kena kat family sendiri pun dia tak kisah kot.. hummm.. sian pada mangsa simbahan asid ni..

cucu umie berkata...

haishhh, kalo tiak silap ayie..orng yg kne simbh asid keluar dekt tv tadi..kesian tgok muka orng yg kne simbh asid tu..lg2 nak raya nie.. btw, cept2 lh penyimbh asid nie kne tngkap..

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock berkata...

kalau dapat elok di sula je dia ni ...huh

caliph shuriken berkata...

giler laa kes cmni wt naya org...

misz sheyla berkata...

org malaysia ke ni???ke warga asing??

alongxp berkata...

thnx bro... aku mmg nak fotofit nih,nk share ngan geng2 radio amatur nih...

Anak Wak Mail berkata...

memang geram sangt dengan orang yang simbah asid ni..dia tak tahu ke merana hidup orang yang kena tu..ee..mintak2lah aku dijauhkan dari musibah macam ni..

Acik berkata...

kesian mak bapak budak nih! :(

Niena Pengembara Ilahi berkata...

ehh.. lama dh tak singagh sni .. cihat ke :)

Niena Pengembara Ilahi berkata...

kalo dpt tangkap org ni. rendam jer lam asid kasi hancur terus.. sakit hati plak

dwaty berkata...

tu yang takut nak jalan sorg2.... semoga dijauhkan...

anismelon berkata...

gile org nie..tak pasal pasal nak simbah asid kat org..harap cpt tertangkap

anismelon berkata...

yg sal pjj toh..tak membebankan ke??

Afikah Aziz berkata...

banyaknye kes simbah asid ni,nauzubillahimin zaalik,semoga Allah melindungi kita semua

anismelon berkata...

alamak ai..anis leh kawin dah nie syuk.hakhak..sume toh anis dah khatam lame..ngeee..

hurm..tak pelah..anis try je la..tak leh bawak..ape boleh buat..redha je la..

cik aisha berkata...

takutnya macam ni...dah macam xsecure je nak kelua pun...kena lebih berhati2 lagi.smoga cepatlah ttangkap mereka2 yg sakit jiwa ni..:(

YOUsoF berkata...

Manusia sekarang berperangai lebih menyeramkan daripada HANTOO..

Ini Kisah Tia berkata...

wah ! dah tak kira lelaki perempuan ...

cik sakdi berkata...

adoi dah dia dok simbah asid ape la yg dia dapat,sakit jiwe ke ek?

[sutera kasih] berkata...

Nauzubillah...media bgtau jgn guna asid..tp dorg pulak ambik idea asid tu pegi merompak..haiyaa..buang negara lagi bagus