ENTRI TERBAIK

Isnin, 29 Ogos 2011

Full Time dan All Goal Highlights Manchester United 8-2 Arsenal

Assalamualaikum...

Manchester United vs Arsenal


Gol-gol dan layangan kad kedua-dua pasukan

Video highlight antara Manchester United vs Arsenal dengan keputusan 8-2


Permainan yang menghiburkan dari Manchester United apabila mereka mengamuk sakan dengan membelasah musuh ketat tradisi, Arsenal dengan keputusan 8-2..Wauuuu!!! Satu keputusan diluar jangkaan, kerana Arsenal terkenal dengan disiplin yang ketat dalam bertahan sejak akhir-akhir ini dengan persembahan hebat dari penjaga gol mereka, Wojciech Szczesny tapi pada pagi ini adalah detik malang buat beliau kerana terpaksa "demam" buat seketika setelah di bolosi 8 gol..

Danny Wellbeck sekali lagi menunjukkan kehandalan beliau dengan skill menanduk beliau yang sungguh mengelirukan yang menewaskan Szczesny setelah menerima hantaran kuisan yang menarik dari Anderson..Satu tindakan yang bijak untuk memecahkan tembok pertahanan Arsenal yang diketuai oleh J.Djourou..Tahukah anda, sejak kebelakangan ini, semua jaringan dari Wellbeck hasilnya dari tandukan..Walaubagaimanapun, beliau kelihatan cedera di bahagian pangkal paha kemungkinan besar, hamstring..mungkin rehat minima 2 minggu..

Arshavin memulakan pesta layangan kad,apabila menerima kad kuning yang pertama pada minit ke 15 setelah mengasari Ashley Young dengan terjahan keras..Sepatutnya beliau turut dilayangkan kad kuning kedua setelah membuat terjahan di buku lali Ashley Young sekali lagi tapi beliau bernasib baik kerana Howard Webb membuat keputusan meneruskan permainan.

Satu larian laju yang dibuat oleh Theo Wallcott di bahagian kiri telah memaksa J.Evans membuat kesilapan yang menghadiahkan sepakan penalti untuk Arsenal..Beliau telah menarik tangan Wallcott dan linesman telah melihat insiden tersebut dan Howard Webb tidak teragak-agak untuk melayangkan kad kuning kepada beliau dan menghadiahkan sepakan penalti untuk Arsenal..Walaubagaimanapun De Gea menunjukkan kualiti yang hebat kerana telah berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang diambil oleh Robie van Persie pada minit ke-27..

Apabila Arsenal bersiap-sedia untuk melakukan sepakan penjuru, Manchester United telah melakukan counter-attack yang cantik dimana Ashley Young telah menyudahkan satu sepakan lencong yang cukup menarik untuk disaksikan di luar kotak penalti pada minit-28..Satu tendangan yang cukup cantik dan mungkin boleh tersenarai dalam Gol of the Month..

Sebelum separuh pertama hendak ditamatkan, pasukan Manchester United masih bernafsu untuk menambah derita Arsenal apabila Carl Jenkinson menghadiahkan satu sepakan percuma untuk Manchester United dan dilayangkan kad kuning pada minit ke-40. Wayne Rooney yang mengambil sepakan percuma tersebut telah melakukan jaringan yang melencong ke sebelah kiri penjuru pintu gol Arsenal pada minit ke-41.

Tetapi Arsenal sempat memberikan tindakan balas untuk setidak-tidaknya mengurangkan defisit 3 gol kepada 2 gol sebelum separuh masa pertama ditamatkan apabila Theo Wallcott telah menjaringkan gol pertama untuk Arsenal..Gol ini berpunca dari T.Rosiscky yang mengesan Theo Wallcott tidak dikawal dari sebelah kiri dan Theo Wallcott terus melakukan rembatan yang kencang mengatasi De Gea pada minit ke-45.

Babak kedua terus bersambung dan kelihatan Arsenal menguasai tempo permainan buat seketika sekali sekala melancarkan serangan demi serangan bagi menyamakan kedudukan..Pada minit ke-61. J.Djorou telah dilayangkan kad kuning kerana menghalang Wayne Rooney dari membuat larian dari memasuki kotak penalti setelah membuat hantaran 1-2 dengan Chicarito. Tindakan Djorou itu telah menghadiahkan satu sepakan percuma di luar kotak penalti dan Wayne Rooney dipertanggungjawabkan untuk melakukan sepakan set pieces tersebut..Sekali lagi,Wayne Rooney menunjukkan kehandalan beliau untuk melakukan jaringan menerusi set pieces tersebut pada minit ke- 64..Satu tendangan yang melencong tepat ke sebelah kiri pintu gol Arsenal..

Selang tiga minit, Nani telah menambah derita pasukan Arsenal setelah berjaya memecahkan perangkap offsaid terus membuat sublime yang simple menerjah ke gawang gol Arsenal pada minit ke-67..Gol tersebut telah menjadikan keputusan 5-1 buat seketika..Sejurus selepas Nani menjaringkan gol, Sir Alex mengambil keputusan untuk mengantikan Nani dengan Park Ji-Sung..Anderson juga dikeluarkan untuk digantikan dengan lagenda, Ryan Giggs

Tindakan yang diambil oleh Sir Alex Ferguson itu membuahkan hasil apabila Park Ji-Sung menghadiahkan gol yang menarik setelah menerima hantaran dari Ashley Young dan disudahkan dengan sepakan rendah yang menarik menerjah ke sebelah kanan pintu gol Arsenal pada minit ke-70..

Namun begitu, Arsenal kelihatan tidak berputus asa untuk mencari gol bagi merapatkan jurang, setidak-tidaknya mengelakkan malu besar apabila Robie van Persie berjaya membalas dendam setelah gagal menjaringkan gol penalti pada awal permainan apabila menjaringkan gol setelah situasi kelam kabut dalam kotak penalti Manchester United pada minit ke-74..Gol ini menjadikan keputusan 6-2..

Arsenal mendapat malang yang bertimpa-timpa apabila Carl Jenkinson telah dilayangkan kad kuning kedua kerana menjatuhkan Chicarito berhampiran dekat kotak penalti pada minit ke-77..Rooney sekali lagi memainkan peranan untuk menyempurnakan set-pieces iaitu sepakan percuma namun kali ini gagal setelah sepakan yang diambil oleh beliau tidak menemui sasaran..

Namun begitu, Rooney berpeluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-82 setelah Patrice Evra telah dijatuhkan oleh Theo Wallcott dalam kotak penalti yang menghadiahkan penalti kepada Manchester United..Gol yang dilakukan oleh Rooney tersebut telah menjadikan ia hatrik buat beliau..

Apabila perlawanan hampir untuk ditamatkan, Ashley Young menambahkan malam paling derita untuk Arsenal apabila sekali lagi melakukan jaringan yang cantik pada minit ke-90 setelah menerima hantaran dari Ryan Giggs dalam serangan balas dari sebelah kanan..

Jaringan tersebut menoktahkan keputusan 8 untuk Manchester United berbalas 2 untuk Arsenal..Sambil itu jom kita meraikan kemenangan tersebut dengan lagu kat bawah neh..Glory-glory Man United

Hahah bersemangat gila dengar lagu neh..


p/s: Sori panjang gila coz dah keputusan pun besar gila hahahaha..glory-glory manchester united!!!
p/s: Sapa-sapa penyokong tegar Manchester United, jom borak2 sakan di group kat facebook, klik 1 Million Malaysian Manchester United Die Hard Fans..Semua fans man utd kat situ sporting2 belaka..

15 ulasan:

kiz berkata...

cukup puashati..kalau dapat kalahkan barca atau Man City dengan jaringan macam ni lagi puashati..huhu

alif haris berkata...

aku orag paling gembira mlm ni hahahaha :D

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock berkata...

teruk gunners kena ...hurm


slmt hr raya suxer:)

Freaky berkata...

gila ganas man u belasah arsenal sampai 8 :D

Luqeem™ berkata...

haha..aku tergelak besar tgk score 8-2..glory2 MU

sergeant keroro berkata...

dengan chelsea kitorang yang belasah man utd. HAHA

Bro ahmad berkata...

semalam bro drive jadi tak tengok...terbaik la ,banyak gol bravo mu

Elih Japahar berkata...

tahniah! utk MU...Arsenal mmg bermasalah skrg ni..pemain muda tak boleh harap huhu...go go go chelsea!

harrazdani berkata...

terbaik bro....glory2 man united.

cucu umie berkata...

wing3x... MU memang mantap kot semalam.. kira pesta gollah semalam ..arsenal OH arsenal..

btw, mantap ah pnrgn syuk..hehe detail tu..

Liyana Zahim berkata...

Syuk, pasni ley jadi pengulas sukan lak.. Hahaha.. Neway.. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.. Andai terkasar bahasa harap dimaafkan ya.. :)

Nurnajwa berkata...

Wasehhh, panjangnye entry ni --

echaRierie berkata...

yeahhhh..love manchester united..haha :)
Glory2 MU..

cik sakdi berkata...

haha syuk leh geng ngan abg kite la.giler MU sampaikan kite pon dia brainwash utk suke MU gak. ahaha go MU :)

ArulchelseA berkata...

tekejut aku tgok ari tu bro.. kih kih kih..