ENTRI TERBAIK

Isnin, 22 Ogos 2011

Bahana Perang Kebabbomm


Assalamualaikum...

Seperti biasa masuk je minggu terakhir bulan Ramadhan pasti ada pertempuran yang tak bertauliah akan berlaku..Pertempuran itu dikenali sebagai Perang Kebabbomm atau Perang Mercun..Perang ini tiada definisi tepat untuk ditafsirkan apakah tujuan perang tersebut diadakan..Mungkin untuk menandakan masuknya bulan Syawal? Mungkin untuk mendiamkan seketika nafsu yang mengajak ke jalan yang membinasakan diri? Mungkin untuk meraih gelaran jeneral paling hebat dalam peperangan tersebut? Apapun persoalan yang mengaitkan fenomena tersebut sudah pasti akan menemui kecelakaan..

Umum mengerti perbuatan menyertai perang tersebut boleh terdedah kepada bahaya yang boleh dilihat kesannya..Kesannya amat teruk bahkan ada yang mengalami "ketidakhenseman" seumur hidup..Malah ada yang terpaksa "berimigresen" ke dunia baru..Ini contoh yang boleh dibookmarkkan dalam otak..Ini penting bagi mensetkan minda untuk katakan tidak kepada mercun..Atau sememangnya sudah menjadi lumrah manusia kena kat diri sendiri baru nak menyesal?

Mangsa mercun

Mangsa mercun gak

Mungkin mangsa-mangsa mercun kelihatan seolah-olah askar atau perajurit yang tercedera dalam medan pertempuran..namun yang menjadi mangsa adalah "askar" yang belum layak melepasi had kelayakan fizikal untuk menjadi seorang askar sebenar..Jadi pengorbanan mereka tidak dapat dihargai dengan lebih berkesan..Yang pasti mereka akan mendapat trauma yang dahsyat ataupun kesamaran masa depan mungkin berlaku..

Jadi sila pantau kegiatan anak-anak korang..asuh minda dorang supaya say no to mercun..Biar dorang dibelasah dengan penyapu dari dorang membelasah diri sendiri dengan perbuatan yang bodoh seperti bermain mercun..


p/s: Say no to mercun..please..jangan jadikan Hari Raya tahun ini dan akan datang paling malap dalam hidup korang..

31 ulasan:

kotak bulat berkata...

main mercun pop2 xpe kan.. :P

Freaky berkata...

ahahaha alololo kesiannya kena mercun. tu la org suruh jangan main, degil sangat... kejamnya aku... =_=

Hans berkata...

setiap tahun perkara yang sama timbul cuma tahun nih ada kejutan sikit sebab budak umur 19 tahun yang termasuk dalam senarai mangsa merun

Jom Sign Up Online Survey Ini Dan Tebus Hadiah Anda

Luqeem™ berkata...

mercun mmbahayakn kesihatan..:D

Wanie berkata...

yang jadi mangsa budak2..kesian je tengok..parent main peranan penting ni..

Anif Abdullah| AA berkata...

tahun nie memang catat rekod bg aku sebab tak sentuh mercun pon.haha..

Asakura berkata...

Tapi kalau tak de mercun mcm tak meriah plak...ha3... yg sebaiknya, budak2 main bunga api je, jgn main mercun yg bahaya...bagi je org besar2 main mercun bahaya tu...ha3

Bro ahmad berkata...

dasyat syux..tak elok perang2 ni peace no war ok...sebagai pengajaran kt diorang ni

syaz@rozelt berkata...

setuju dengn poin syuxer..klu gian sgt nak maen mercun suh main bunga api n yang letup2 bila kita pijak tu je(lupa dah panggil apa)..hehe

ArulchelseA berkata...

sapa2 nak main mercun pilih la..nak mkn bersuap ke nak mkn guna tangan.. klau nak guna tangan jgn main mercun..kih kih kih

echaRierie berkata...

huhu..xtau cner nk bwt dorg sedar..
dh tau mercun bahaya still nak main jgk..
dh kene baru nk sedar..hohoho

Anak Wak Mail berkata...

tak sayang nikmat yang Allah berilah diorang yang main mercun ni..:)

Rai berkata...

mercun zaman sekarang ni bahaya kan..akak ingat zaman akak kecik dulu ok je main mercun..ala..takat mercun cili, mercun lalat, mercun gasing..nak bahaya apa kan..

kat jepun pun banyak je mercun.. jual berleluasa..tapi jenis mcm bunga api je la..takde yg jenis meletup2 ni..takde la yg putus jari semua..

nowriz berkata...

makcik sokong entri ni.. sy sakit hati+sedih+marah betul bila tengok budak2 jadi mangsa mercun ni..

yang menjual mercun tu pula.. kalau kena tangkap penjara sehari denda rm1k ja..

eee.. x berbaloi ni!

shida'R berkata...

shida xmen mercun men bunga api dengan ank2 buah walaupun bunga pi tp tetap pntau dorg men mcm mna..

Afikah Aziz berkata...

sian tgk tp tu lah jika dah degil sgt,ibu bapa patut peka dan kawal anak-anak,klu x jd cmni la >_<

Aemy Shamy berkata...

tiap tahun mesti ada kes mcm ni..huuhuu..kesian budak2 tu...tp heran kan, masa chinese new year, xda pun budak2 chinese injured oleh mercun...huuu..

Norhisham Nordin berkata...

budak2 zaman skang ni tak pro laa beb... zaman dulu, main pakai paip besi pun takde hal lagi... huhuhu...

Fathiah Hamim berkata...

tau takpe! tolong la say no to mercunnn

asnizaziz berkata...

main bunga api la selamat..huhu

Lea IsNaw! berkata...

kesian tgk mangsa mercun tu
tp sapa suh diorg degil
huuu

cik sakdi berkata...

xpernah main mercun. main bunga api kaler merah tu je. xsuke la mercun coz memekak je kan. hehe

Rtp Farra Arisha berkata...

arisha pun fobia nak main mercun..sentuh pun tak ingin..apatah lagi nak main..
i better main bunga api lagi..

kasian pula tengok 2orang mangsa tu..;'(

syrupmasin berkata...

baek tolong mak bakar lemang..ehh bukan awal lg ke nk bakar lemang :D

pamie berkata...

kalau bunga api boleh tak bro? hehe..

alif haris berkata...

hmmm .. budak2 ni ..
orag suruh pegi berperang taknak tapi nk main letup2 ..=,=

Acik berkata...

yalah, year after year, mende sama gak ... putus jari ler, melecur ler ... semua kerana mercun. semuanya melayu lak tu! huh, malu!

Khairil berkata...

sekarang aku rasa mcm anti semacam aja dekat orang tua2 yang main mercun...huhuhu (dulu aku pun main juga...haha)...

caliph shuriken berkata...

bahaya laa main mercun ni.. skrg diorg jual mercun yg giler2 punya power.. skali meletup mcm kena bom, huh...

[sutera kasih] berkata...

sy sgt bengang bdk2 main mercun kt kampung..menyampah betul la..tgh2 semayang tu dorg main mercun..kdg2 geram dlm hati..sepatutnya parents la kena main peranan kan..tp susah jgkla sbb bdk2 ni degil tak nak dgr cakap parents huhu

cucu umie berkata...

mercun oh mercun.mungkin untuk budak2 bnyk mercun yg tidak sesuai ttpi peniaga hnye tahu untung hnye tahu menjual shje..