ENTRI TERBAIK

Khamis, 14 Julai 2011

Sejarah Disebalik Nama-nama Syarikat Popular Di Dunia

Assalamualaikum...

Today aku mahu share entri bertajuk Sejarah Disebalik Nama-Nama Syarikat Popular di Dunia..Meh kita ushar..

Hewlett Packard
Bill Hewlett dan Dave Packard bersepakat melambung duit syilling untuk menentukan nama syarikat tuh patut diberi nama Hawlett-Packard atau Packard-Hawlett


Hotmail
Pengasas Hotmail, Jack Smith terfikir idea nak mengakses e-mel melalui laman web dari komputer mana-mana sahaja di dunia. Bila Sabeer Bhatia datang dengan rancangan perniagaan bagi perkhidmatan mel, Jack Smith mencuba semua jenis nama-nama yang berakhir dengan 'mail' dan akhirnya dia memilih Hotmail kerana ia termasuk huruf "html" - bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk menulis halaman web. 


Intel
Bob Noyce dan Gordon Moore sebenarnya ingin mengunakan nama 'Moore Noyce' untuk dinamakan syarikat baru mereka tapi itu sudah ditrademarkan oleh rangkaian hotel, oleh sedemikian mereka terpaksa berpuas hati mengunakan akronim INTergrated ELectronics


Microsoft
Bill Gates telah mengabdikan nama Microsoft terhasil dari akronim MICROcomputer SOFTware. Walaubagaimanapun,sebenarnya perkataan asal Microsoft adalah Micro-soft dimana telah dibuang tanda sempang(-) tersebut..


Redhat
Pengasas Redhat ini bernama Marc Ewing telah kehilangan topi pasukan Cornell Lacrosse yang berjalur merah putih. Topi ini diberikan oleh datuknya. Jadi Marc Ewing telah membuat satu versi manual beta Red Hat Linux untuk merayu kepada pembacanya untuk memulangkan topi merah beliau kalau terjumpa.  


Adobe
Nama Adobe neh bersempena nama sungai Adobe Creek yang mengalir tepi rumah pengasasnya, John Warnock


Sony
Ia tercipta dari perkataan Latin yang berbunyi 'Sonus' dan bila dislangkan ke Amerikkkaaa, ia dibunyikan Sonny yang membawa maksud "Bright Youngster"


Motorola
Pengasasnya, Paul Galvin mulakan syarikat neh dengan pembuatan radio untuk kereta. Kebetulan pada masa itu, ada stesen radio popular bernama Victorola jadi pengasasnya mengabungkan moto+rola...hahah so funny weh..


Google
Google neh nama asalnya Googol yang bermaksud perkataan yang diwakili nombor satu dan diikuti 100 sifar. Nama Google tercetus, bila syarikat pelabur menyerahkan cek yang timbul nama Google setelah pengasasnya, Sergey Brin dan Larry Page selesai mempresentkan projek mereka kepada syarikat perlabur tersebut.


Yahoo!
Perkataan ini dicipta oleh Jonathan Swift dan digunakan dalam buku beliau, Gulliver Travels. Ia mewakili seseorang yang tak berapa betul dalam penampilan dan tindakan dan hanya sekadar manusia. Pengasas Yahoo!, Jerry Yang dan David Filo memilih nama itu kerana mereka menganggap diri mereka Yahoo. Ni mesti kes nerd kot..


Apple
Harus diketahui bahawa Apple ada buah kegemaran pengasasnya, Steve Jobs. Beliau sudah tiga bulan terlewat untuk mentrademarkkan suatu nama untuk syarikat beliau dan beliau mengugut untuk mengunakan nama Apple sebagai trademark syarikat beliau kalau kawan-kawan beliau tidak mencadangkan nama yang lebih baik sebelum pukul 5 petang pada hari tersebut.


Sun Microsystems
Sun Microsystems neh diasaskan oleh empat pelajar dari Stanford University, Sun singkatan akronim kepada Stanford University Network.


Apache
Ia mendapat namanya kerana pengasasnya sedang memasukkan patch kod yang ditulis untuk NCSA httpd daemon. Hasilnya ialah 'A PAtCHy' server - jadi, Apache terhasil.



p/s: GMMS neh tercetus kerna Syuk ingin jadikan blog neh sebagai gerbang maya yang berinformasi kepada pengunjung yang sedang bermelankolia(sedih,hampa dan bad mood la)..Semoga bila masuk blog neh, melankolia tersebut akan jadi segar..:)

38 ulasan:

Freaky berkata...

menarik bro. haha banyak juga yang aku tak tahu.

harrazdani berkata...

terbaik laaa syuk...memang melankoliaku kembali segar..huuhu

Liyana Zahim berkata...

Yg apple ngan yahoo tu taley blah historical bcground die.. Hahahaha.. Sng je sorg petik name tp jd company besar gile after tat.. Impresed!

syrupmasin berkata...

haha..aku suke sjrg apple tuh :D

kotak bulat berkata...

yang nme redhat tu..betul ke dia nak cri topi dia? err..

Anak Wak Mail berkata...

erk..apple tu..sebab buah apple je..simple.

saya dan kawan konon2 nak buat satu company nama DaHan..gabungan nama kitorang..hek3x..

p/s: memang segarlah bila msuk blog syuk.

alongxp berkata...

cam senang je diorg create name kan?

Mohd Izzar berkata...

nicce~!

Khairil berkata...

fuh..menarik betul info-info mengenai asal nama-nama company yang terhebat didunia ni...terima kasih bro..

Fathiah Hamim berkata...

senang nya pasal suka epal terus jadi Apple.

Syuxer berkata...

@Freaky terima kasih bro..untuk pengetahuan umum sahaja hehe

Syuxer berkata...

@harrazdani hahahha ye ke segar??alhamdulillahla kalau ye..;p

Syuxer berkata...

@Liyana Zahim nama itu sekadar permulaan je..usaha dorang tuh power..kagum dengan mereka..:)

Syuxer berkata...

@syrupmasin hahah aneh kan..tapi last2 apple gak jadi popular kan

Syuxer berkata...

@kotak bulat itu tak pasti samada tuan punya red hat tuh reka cerita atau betul2..baca sejarahnya cam betul walaupun cam x logik heheh

Syuxer berkata...

@Anak Wak Mail hahaha tula pelik kan..hahah DaHan pun walau nampak simple tapi akan jadi gempak bila usaha gigih popularkan DaHan dijalankan..:)..

tq..:)

Syuxer berkata...

@alongxp a'a cam senang je..kita je dok pikir apa nama lah nak bubuh nama untuk kucing kita,syarikat kita hehe

Syuxer berkata...

@Mohd Izzar tq izzar..:)

Syuxer berkata...

@Khairil sama2 bro..:)..

Syuxer berkata...

@Fathiah Hamim tu la pasal..kita je dok pikir sampai pecah kepala nak bubuh nama apa heheh

Terbelog berkata...

best la baca syux

nurAMALLINA berkata...

Wahh info bagus ni syuk :)

echaRierie berkata...

HP pernah jd bhn wt asaimen dulo2..haha..

nice info syuk :D

ArulchelseA berkata...

memang cuak bro... kih kih kih...

[sutera kasih] berkata...

info yg menarik..sblm ni xpernah ambik tau pun hehe thanks ! :)

ABU berkata...

tak blh bla apple punya sejarah nama..hahaha

cik aisha berkata...

hotmail-html...huhuu xpasan pn selama ni. GMMS-mmg berinformasi la syuk.sblm ni xpnh taw pun sejarah nama syarikat ni..huhuu

Cik TeN10 berkata...

menarik!!! nak lagi.. nak lagi.. ^^

She's Gee berkata...

Apple tu rasanya yg paling best sebab musabab dye.. haha.. ^^

rase ye pasni kalau ada brand sendiri rase ye nak bagi name PELAM kot, coz gee suke giler kat buah PELAM.. hehe.. ^^

Aisyah Aina berkata...

baru tau GMMS tu apa...sedap la nama blog ni :D

Bro ahmad berkata...

sejarah best..semua sejarah tengtang it..d..

amir aizat berkata...

xpernah tahu pun,hehe

Niena Pengembara Ilahi berkata...

dirahsiakan sbb.. xmo mengaibkan org hehe

Gelugoq berkata...

menarik entry nie.. klolah plajar kita blh buat mcm plajar sun university buat

caliph shuriken berkata...

nsib baik google x guna nama asal, hukk...

amna berkata...

saya suka entry mcm ni.. paling tidak dapat juga saya tambah pengetahuan am ^^ tq me syuxer

kotak hitam berkata...

menarik2...

iPai berkata...

nice info ..

akhirnya ada bro explen juga maksud ayat melankolia segar .. huhuh ..

tak paham sejak aku review bro punya blog .. uhuhuh