ENTRI TERBAIK

Isnin, 25 Julai 2011

Rogol adalah fenomena kegilaan dunia akhir zaman..

Assalamualaikum...

Saat aku menulis tinta usang ini, aku sedang winampkan lagu Cinta Kristal dari Rahim Maarof..untuk cerahkan sedikit kegelapan dalam kotak fikiranku..Mungkin tidak secerah mentari di ufuk timur, namun setidak-tidaknya mampu mencernakan buah fikiran yang membolehkan aku memplotkan ia sebagai skrip yang sebaik mungkin..

Dalam kehidupan kita ini sering didedahkan dengan masalah rogol..Satu fenomena yang cukup sinomin dengan pada dunia akhir zaman ini..Nafsu menjadi Tuhan kepada manusia yang berwajahkan syaitan demi memperolehi nikmat larangan yang sementara itu..Apakah nikmat merogol ini? Hanya perogol saja yang mampu mengerti kekejian nikmat tersebut..

Wajah klon syaitan!!

Aku amat benci sekali kepada orang yang merogol mana-mana kaum Hawa yang naif dan tidak bersalah..Dalam lubuk hati kecil mereka, tidakkah terdetik bagaimana kalau isteri, adik perempuan, kakak, mak, nenek dan saudara perempuan mereka "dilacurkan" secara paksa oleh insan yang seperti mereka? Apakah mereka mahu menyesal seolah-olah seperti bertaubat nasuha bilamana saudara-saudara perempuan mereka diperdajalkan sedemikian? 

Janganlah ragut mahkota yang bukan hak milik anda..Milikilah ia dengan cara yang sah..Meskipun andai mahkota itu sudah tiada,  anda tiada hak untuk meredah taman larangan itu dengan sesuka hati..sesungguhnya itu adalah satu perbuatan paling celaka dan keji..

Jauhilah merogol..Lindungilah mereka wahai kaum Adam..milikilah mereka secara sah..Kasihi mereka..Terimalah tolakan cinta atau pertunangan atau pernikahan mereka dengan hati terbuka..Jangan sekali-kali benihkan suatu makhluk bernyawa yang tidak berstatus bapa yang sah..Jangan sulitkan lagi keadaan itu..Cukupla kegilaan semua ini..

Aku sangat sedih dan marah sangat bila baca dalam surat khabar..seolah-olah kes rogol adalah skrip wajib ada dalam mana-mana suratkhabar!!..Cukupla...cukupla..cukupla..


p/s: Paling menyedihkan orang melayu juara carta perogol bersiri!! dan paling gampang adalah pedofilia serta sumbang mahram..

37 ulasan:

TYNTHA LANA berkata...

hurmm..jarang lelaki membangkitkan isu ini..seterusnya membela wanita..tahniah syux! ^__^

Bro ahmad berkata...

hukuman rogol apa yang setimpal..rasanya kt malaysia ni..tak takut kot..kt arab pancung kepala..baru seram kot,

[sutera kasih] berkata...

tu yg seram nk keluar rumah skrg ni huhu

syrupmasin berkata...

perogol ade di mana-mana..takot doe org rogol2 nih lagi2 kalu yg rogol tuh org gila..

vampire's lovex berkata...

bertuhan kan nafsu yg x penah puas,cmtu la jadi nya....

mintak jauh ...

sergeant keroro berkata...

dunia di akhir zaman, gelora syaitan tak pernah akan berhenti

Mohd Izzar berkata...

astaghafirullah al'azim..

cucu umie berkata...

kadang2 kita tidak thaulh bro nak salahkan siapa sebabnya kdng2 wanita itu seperti merelakan diri juga.. sebb tu kauseling itu pntg diberikan kepada perogol..

cik aisha berkata...

mmg menakutkan skang ni...mkin menjd2 je kes rogol ni.kaum hawa pun harus lebih berhati2 xkira kt manapun.

minx la dijauhkan semua tu...

Khairil berkata...

perogol ni mahu dok humban dalam satu pulau ramai2 dgn penagih dadah tegar...

alif haris berkata...

aduuii .. nape la perogol ni ta boleh kwn nafsu ha ..
ni mst akibat penyalahgunaan teknologi yg mmbuatkan nafsu itu mbuak2 ..
lg satu pakaian wanita itu biarlah menutup aurat .. jgn terbojol sane sini .. naik stim laki tgk ..

Anak Wak Mail berkata...

nauzubillah..harap-harap kita bukan salah satu daripada mangsa ni..nafsu dah merajai diri..camtulah jadinya..

Freaky berkata...

keadaan ni yang makin parah sekarang.. mana2 ade je kes rogol.. geram bila dengar pasal kes rogol ni

Jiejah Gorjes berkata...

syux pembela wanita heee...

dalam 9 org perogol tu tak bleh blah ada terselit lelaki tua yg layak di panggil atok...hurmmm

mintak simpang dan dijauhkan la dari bencana ini

Aida Omar berkata...

jauhkan la benda2 nie..takut, fobia semua ada..tak dapat bayangkan keadaan mangsa lepas kejadian tu..

xramai kot lelaki buat entry mcm nie pastu bela perempuan pulak..bagus lah syuxer nie..lelaki mcm nie la nak cari kan..pelindung hawa

nurelinda berkata...

kita suka awak buat post ni. syabas.. ada juga lelaki mempertahankan wwanita :))

Miss A berkata...

bagusnye kalau semua laki berfikiran sebegini :) jgn merogol golongan lemah seperti kami.kaum wanita yang lemah,

Shaherah berkata...

rogol ea.. shera sendiri dengar perkataan rogol tu dah meremang ni.. seram2 gtu.. bler baca kat surat khabar.. takut.. ye lar.. dah kena rogol kena potong2 pulak.. pastu kena bakar.. xtahu lar knapekan.. sifat keperimanusiaan dh xde agak nyer kat dieorang ni, sbb nafsu dah kuasai..

abglan berkata...

Harap dijauhkan dari kita... nauzubillah

shida'R berkata...

syux..my hero hehe ^_^

Ini Kisah Tia berkata...

minta2 Tia dijauhkan dari perkara buruk tu ..

echaRierie berkata...

btl ! kes rogol berleluasa skrg ni..
apapun semoga di jauhi ~

rara pinkmafia berkata...

apa lah nk jd dunia zaman skrg ni.haih.

Fyqa berkata...

smoga dijauhkan dri bnda2 yg xelok.

amin

Afikah Aziz berkata...

nauzubillah..

tieha ismail berkata...

hurmmm sumpah tieha memangtakot sgt nk kuar umah skang ni...rase x selamat aje...sebab tu sblom kuar uma, bc doa banyak2...supaya dilindungi allah~

nurAMALLINA berkata...

menakutkan kaum perempuan. :'(

Acik berkata...

pastu ada plak kes buang baby ...
arghhhhh!
stop it!

dwaty berkata...

kan best kalau hukuman merogol ni penjara seumur hidup... biar padan muka perogol2 tu kat dlam... dah takde kerja... dudukla dalm penjara tu...

Wanie berkata...

yang jadi perogol ni mungkin ade masalah mental..huhu

Liyana Zahim berkata...

Ade yg rogol bunuh lg.. Ktorg yg pompuan ni mcm2 tkut.. Kekdg tak cri slh ngan org pon kne lg la lau cri pasal ngan org.. Tkutnye syukkk~

Anif Abdullah| AA berkata...

perogol ni mental kut.. Bila tertekan dek tak dapat nak puaskan nafsu serakah tu,buat pasal lah cari someone(laki?/pmpuan) kan.. Hukuman setimpal harus diberi woo.. huhu

Terbelog berkata...

buat hukum hudud je

alongxp berkata...

skang ni tengah kecoh pompuan rogol lelaki lak... lelaki kena gangguan seksual dari pompuan...
p/s: sejak bila lak kalau komen kat sini kena pkai google id atau open id je?rs cam dulu leh isi name n url...

Rai berkata...

cewah..pembela wanita gitu..hehe

meh singgah blog..akak bagi award.. hihikk

iPai berkata...

kesian kepada mangsa2 ...

memang satu kegilaan ...

laskar pelangi berkata...

huuuu~ menakutkan jer pasal tu..uhuu~ semoga dijauhkan daripada perkara xelok tu..