ENTRI TERBAIK

Ahad, 31 Julai 2011

Perihal Sahur

Assalamualaikum

Malam ini adalah untuk last entri bagi hari ini..Ianya mengenai perihal sahur..Semoga tazkirah lewat malam ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu kepada kita dalam mengharungi musim menyelami keindahan nikmat berpuasa dan sahur..InsyaAllah..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatannya"

1) Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran. 

2)Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah s.w.t akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

3)Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa. 

4)Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T

5)Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.

sumber: e-hadith

32 ulasan:

laskar pelangi berkata...

syux! wah! kemain lagi lain blog dia..ingat wanie sesat blog mana tadi..tgk2 link, eh dah betol rupanya;)

wajah baru yeee:)
wanie nak ucpkan selamat berpuasa ye syux:)

Anak Wak Mail berkata...

hmm..tak sabar nak sahur lauk sup ketam esok..hihi..=)

latih diri bangun sahur..banyak manfaatnya..=)

Noh Kodiang berkata...

aku sahur pukul 10 pagi...ok tak??
ustaz kata sunat melewatkan sahur....ahaks

SoLy SoLicious berkata...

fakta menarik~
selamat bersahur jugak ye ^____________^

syarifahsidrus berkata...

tak sabar nak saur, selamat bersahur n selamat berpuasa

iPai berkata...

menarik .. apa2 pun, selamat berpuasa bro ...

hee, aku pon tak tau bangun ke idak sahur ni .. hahah ..

syrupmasin berkata...

bagus nih..ta saba sahur esok.. :)

sergeant keroro berkata...

esok sahur, hehe XD

p/s : selamat berpuasa :)

Syuxer berkata...

@Noh..hahah lepas sahur ko nak bangun??boleh je kalau nak tekadkan dalam jiwa cakap ini masih sebelum subuh walhal dah tengahari heheh..;p

Fathiah Hamim berkata...

seeloknya lepas sahur terus solat. =D

cik pha berkata...

slamt berpose+bersahur diesok hri heee

Fee Hafeezah ketuk keyboard berkata...

wah! nice share ! selamat bersahur esok.. eh, bape jam je lagi..hehe :D

Bro ahmad berkata...

selamat berpuasa syuxer..tak sabar nak sahur,

Nurnajwa berkata...

Klau tak tdo tggu sahur boleh? ;D


*ahaha, excited pnye psl*

syirah rasid berkata...

wauu~ thanks 4 info. :)
mola2 posa memgla rjin bgun, tp lamo2. huhu

cemana pon kena smgt.! yeayh!!

Wanie berkata...

banyak pahala bersahur..hari-hari kena sahur ye..jangan malas bangun :)

kotak bulat berkata...

bila kat rumah sewa..jd liat sgt2 tau nk bgn sahur..hehe..sb mak takde tlg kejutkan

alif haris berkata...

sesungguhnya dlm bersahur itu ada keberkatan :) heheh
jgn skip sahur ^^

Amiirah-Cassan berkata...

SAHUR !!! SAHURRRR ~~~

bungaitucantik berkata...

waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh..kalau time org azan tu kite minom air, masih bule ker?

abu idris berkata...

arrayah.info - Kerana Kuasa, Tiada Kesatuan Permulaan Puasa Bagi Umat Islam

ArulchelseA berkata...

mkn lauk ayam je sahur td bro..

L berkata...

dtg sini bg senyuman, nk bawak milo tp xleh kaann pose kaaan
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/selamat-berpuasa-ya.html

yatie Awang berkata...

InsyaAllah, akan sentiasa bangun sahur, kalau tak bangun, kesian pulak anak kakak...

rara pinkmafia berkata...

selamat berpuasa syuxer.

Afikah Aziz berkata...

terima kasih syuk,entri bermakna utk bulan Ramadhan ni


selamat berpuasa :)

echaRierie berkata...

YEahh..sdh bersahur..hehe..
dulu ms study sahur maggi kari..haha

Khairil berkata...

ada tak buffet sahur ?? selalu depa buat buffet berbuka puasa sahaja...

Bro ahmad berkata...

salam ramadhan syuxer..dah lama tak dengar khabar berita?

Terbelog berkata...

lain dah blog bro :)
btl tu,seteguk
tp org kita,lbh lg mkn
yg x bgn pun ade hehe

Anif Abdullah| AA berkata...

nak taknak kena mamam sedikit kan..ada keberkatannya ^^

cucu umie berkata...

kalau kita melewatkan sahur adlh sunat..