ENTRI TERBAIK

Sabtu, 2 Julai 2011

Nukilan Merepek Mengenai Dadah

Assalamualaikum dan salam 1 dadah...

Malam penghujung hari sabtu ingin aku tintakan mengenai dadah..Dadah ini bukanla fenomena luar biasa untuk kita ngangakan mulut berkeluasan seperti bola pingpong, ianya terselit satu pengertian yang sungguh jelek tapi berilmiah dari segi perubatan..

Aku tak mengerti mengapa ramai yang mengambil dadah larangan??Atas dasar kerna desakan dari kawan-kawan berwajahkan syaitan??Atas dasar ingin mencuba benda baru sesuai dengan semangat inkuiri??Atas dasar untuk mencuba keseronokkan yang sementara nikmat luputnya??Atas dasar keuntungan yang berkelajuan tinggi??

Ingatla kata-kata ini.."Sekali anda terjebak dengan dadah, anda tak akan mampu menjadi manusia yang normal lagi"..Kendatipun mampu, anda sebenarnya adalah mayat hidup yang sudah hilang pedoman hidup kerna jiwa dan nafsu sudah bertuhankan kepada dadah..Tapi kalau anda berjaya mengatasi ketagihan jelek itu, maka tahniahlah kerna anda adalah orang yang sudah memahami erti kehidupan untuk hidup dengan lebih baik dan sempurna..Itu lebih bagus dari orang yang merugikan kehidupan seharian dengan melakukan perkara yang sia-sia walaupun tidak terjebak dengan dadah..


p/s: Jauhilah dadah, wahai kawan2ku ye..Jangan hinakan dirimu hanya sebiji pil khayal yang pasti membuatkan jiwamu akan diludah oleh umum untuk tempoh yang lama..

36 ulasan:

sergeant keroro berkata...

pengaruh kawan, serta rasa ingin mencuba.

darah muda, semua benda nak try.

Freaky berkata...

dadah aku nescafe dan internet.. camana ni syuxer ? aku ketagih dengan 2 benda ni

laskar pelangi berkata...

ish! DADAH!

dengar perkataan pun dah sengal telinga.macam dalam dunia ni takde benda nak makan dah kan...benda dadah gak anak melayu yang tak berapa otak nak betul duk ketagih...

dah la anak melayu..memang memalukan kaum..takkan nak bagi anak cina dan anak india je yang akan maju kedepan..yg melayu sibuk duk khayal dengan DADAH.. pengaruh kawan memang terbaiklah di antara gejala dadah nie..

dah putus dengan awek sikit. terus tension nak emo bagai ..lepas tu try benda haram nie..hish!


tapi..wanie suka dadih:) sedapp!
hehehe(tetibe jerk)

ary anwari berkata...

remaja zaman sekarang banyak sangat terlibat dgn dadah termasuk budak2 skola..pengaruh dan ingin mencuba itu yang buat dorng amik dadah nie

yatie Awang berkata...

jauhi dadah hidup akan bahagia hehe...selogan tu

syrupmasin berkata...

haaa..aku sokong dgn ayat kau sekali terjebak dgn dadah, anda tak akan mampu menjadi manusia yg normal..ermm sebab ade yg rapat dgn aku jd macam tuh..sedeh doe..

ArulchelseA berkata...

btul tu bro..jauhi diri anda dari dadah..kih kih kih

Rai berkata...

minum air daun ketum pun ok apa.. hahaha..

Fathiah Hamim berkata...

KENDATIPUN bagaiiii. :DD

Alin berkata...

apa yg sedap sgt dgn dadah tu eh? huhu. hv a nice day n happy blogging :D

Amiirah-Cassan berkata...

hurmm , sangat heran , dadah ni dah tau tak bagus , nak jugak ambil , HAIRAN !!

DAPAT APA DARI BLOGGING???

cucu umie berkata...

seriously dadah nie memang tidak beguna pon sebb banyk membawa effect kepada tubh badan kita. harap-harap kesedaran dlm diri setiap rakyat tu pntg dan kuat..

josrevalution berkata...

dadah membawa padah!..naseb baek aku terhenti dari menagih bajis dadah ni.sebenarnya dulu pernah aku terjebak selama 2 thn...hehe...so dgn azam di hati yg begitu tajam sekali membuatkan sy gemilang sehingga lah sekarang...lagi satu tiada cara untuk berhenti menaggih selain dari azam diri itu sendiri..so fikir2kan lah...antara icon-icon facebook yang mungkin anda belum tahu

zureen berkata...

banyak faktor sbb pengaruh kawan..lagi2 time remaja.. kempen kesedaran pun tak guna jugak..

Mohd Izzar berkata...

ubat-ubatan yg kita ambil pon dadah jgk..tapi, dadah terkawal la

Bui Idzra Ryn berkata...

diri sendiri mesti kuat..kalau member2 ajak pun,kalau hati kita kuat insyallah tak kan terjebak..tp kalau dh cuba sekali mmg akan susah nak berhenti...

Aisyah Aina berkata...

takut dengan dadah :)

Jiejah Gorjes berkata...

say no to drugs!

Bro ahmad berkata...

sekali dah terjebak..susah cari jalan keluar..jauhi dadah..:)

echaRierie berkata...

heee..org yg amik dadah tue lost their mind kot..dah tau dadah tue merosakkan diri sendiri tp ambik jgk..huh !

btw, my drug is my lappy..hahaha

Acik berkata...

hati-hati memilih kawan ...

Wanie berkata...

mungkin pengaruh persekitaran jugak..dadah kan boleh buat orang tu berkhayal & boleh lupe segala masalah..orang yg bermasalah tu la ade risk untuk amik dadah ni..

RedVixen berkata...

aku pon tak paham... padahal dari skolah rendah lagi dah diajar yang dadah tu bahaya. still ambik jugak. grrr....

iPai berkata...

dadah merosakkan kehidupan, itu yang aku tahu sejak kecik .. jadi memang takutkan dadah tuh ..

minta laa ia dijauhkan daripada semua orang ..

Mohd Yusuf berkata...

aku pnh dgr kwn kelas aku ckp, dlm dadah tu ada satu ubat yg bagi kita ketagih. Memang susah nk berhenti kalau ambil dadah.... org yg betul2 mahu berhenti pun susah nk berhenti....

Nurnajwa berkata...

Dh menyesal pon, nme 'penagih' tu takan hilang. Susah nk tutup mlut manusia ni.

anismelon berkata...

anis pon addict gak nie..tapi bukan kat dadah..kat..indocafe secawan..weee..

nak wat pe lah rosakkan diri sendiri..skang nie golongan terpelajar pon na rosakkan diri dgn benda benda tak berpekdah nie..haish..belajar saje tinggi..

Khairil berkata...

Jauhi segala jenis penyalahgunaan dadah...sesap dulu pendapatan sesal kemudia tiada gunanya..

kokser kokdam berkata...

rokok haram!!

tbe2

=D

NuSaNa NoSa 91 berkata...

say no tu dadah!! na'uzubillah.. T_T

Anak Wak Mail berkata...

dah macam bagi syarahan pulak..haha

pengaruh kawan kot..pastu dia amik dadah,,dia rasa masalah dia boleh hilang..pastu ketagih..

alif haris berkata...

minta dijauhkan la dadah tu daripada hidup aku .. huhu ,,

betul tu .. skali terjebak susah nk pth balik

pamie berkata...

addicted dadah tak boleh!! addicted blogging, mestilah bolehh :P

bro, banyak pop up msg dah kat blog bro, senak nak close nak smbung taip komen..huhuhuhu

Aku Anak Labuan

~~Ticer Wann~~ berkata...

pernah Ticer dengar cerita ada orang yang try dadah sebab konon dia kata dia bleh lawan/ berenti.. last2 dia jadi penagih paling dahsat... so jangan sesekali rasa nak try kelak diri kamu diselubungi penyesalan.. cewah..cam karam singh walia plak

Arpiiz berkata...

sekali terjebak, mungkin tidak dapat kembali..huhu

kotak bulat berkata...

kwn2 kb ad yg amik dadah..bila ditanya..katanya tak remaja lah kalau tak try.. er..kb ty la..kann susah nk berhenti bila da hisap. dorang kata, yg susah tu sb dia taknk berhnti, kalau nk, boleh je berhnti.. emm..dorang tak tkt dadah pun