ENTRI TERBAIK

Rabu, 20 Julai 2011

Entri Lewat Malam--Tinta Setinggi Kilimanjaro

Assalamualaikum..

Wahhhh..entri lewat malam dah cam late night show with david letterman hahahah..aku jarang sekali publish entri di kala lewat malam neh..ada orang nak baca ke time mata semakin nak digam tuh..

Apakah harus aku luahkan disini? Tiada apa-apa..cuma nak ingatkan jangan terlalu leka bermain-main dalam dunia blog..kadang-kadang bila terjerumus terlalu dalam, dunia realiti nanti akan jadi bahan gurauan tak berlesen..mungkin salah satunya, jadi pendiam secara tiba-tiba, hubungan sosial sesama manusia semakin teruk, kualiti kesihatan semakin terjejas, dan banyak lagilah..Jadi pandai2lah bahagikan masa untuk dunia blog dan dunia realiti..

Umur kita semakin hari semakin dipotong..kita tak sedar kerna kita semakin leka,kita hanyut dengan badai nikmat dunia yang sementara..kita rugikan masa yang berfaedah untuk jadikan pemotongan gaji umur kita adalah benda sia-sia..Mintak dijauhkan itu..Kadang-kadang kita sendiri ada terlintas di hati yang kita merasakan kita akan mati kerana sakit tua..Itu khilaf boleh menghitamkan hati dari mengingati mati..Jangan sekali-kali camtuh kelak riak bertandang tanpa dijemput..Jadi jangan jadikan pemotongan gaji umur kita adalah sia-sia..

Duit ibarat kertas yang berharga dalam hidup ini..Tanpanya mungkin merempat di jalanan minta diludahi kata2 kesat tanpa sebab..Tapi memiliki ia dalam kuantiti banyak, kadang-kadang mampu menyesakkan jiwa dan minda juga..Harus difikir 24jam menjaga kehormatannya..Sampai terlupa dia harus di"sunat"kan(dibayar zakat)..Inilah bahana bila berduit terlalu banyak..Banyak pun susah,takde pun susah..kegilaan kertas berharga ini amat dashyat dalam dunia ini..Jadi andai duit terlalu banyak, sedekah aje..pentingkan saham di akhirat..di sana melabur amat untung besar..

Kita setiap orang Islam yang mengucapkan kalimah agung iaitu kalimah syahadah ada tiangnya..Kalau tiang kita kukuh maka catla ia cantik-cantik,indahkan ia biarkan tiang itu bersinar diakhirat nanti..Kerna ia lah akan dihisab terlebih dahulu oleh Hakim Maha Adil iaitu Allah s.w.t..Tapi kita cam tak sedar, kadang2 kita palitkan kekotoran di tiang itu dengan dosa mengumpat, dosa mencuri n dosa riak dan sebagainya..Lidah itu kadang-kadang boleh jadi musuh kepada tiang itu andai tidak dilembutkan dengan zikir-zikir,pengucapan yang sopan-santun,berhemah dan sebagainya..Jadilah kawallah lidahmu dengan sebaik2nya..Tiang yang aku maksudkan adalah solat..

Berdoa semakin dilupakan oleh manusia yang memeluk agama Islam..Mereka lupa berdoa ini adalah senjata paling ampuh yang dikhaskan oleh Allah s.w.t kepada mereka..Allah s.w.t mendengar doa kita, terlewat kah atau terawal kah ia punya makbul,itu urusan mutlak-Nya..kita harus besyukur, pasrah dan akur kerna kita adalah hamba-Nya yang hina..Allah s.w.t tidak sekali-kali membebankan hidup kita dengan masalah dan cabaran diluar kemampuan kita..Ada hikmah disebalik itu..Hari ini bintang malap tapi besok mungkin Allah s.w.t kurniakan pelangi indah kepada kita..

Teknologi semakin pesat kadang-kadang boleh menjadikan nyawa semakin murah..Semoga kita tidak terkena arus jahanam dari teknologi ini..Biarlah kita menjadi mayat hensem atau cantik kelak bila tiba saat kematian..Kita berdoa kepada Allah s.w.t, semoga kematian kita adalah mendamaikan dan ditinggalkan dalam bentuk mayat yang hensem atau cantik ekstra berseri-seri dimuka maupun senyuman dibibir..

p/s: Maaf terlalu panjang hehe..apapun yang buruk itu dari syuk, yang baik itu dari Allah s.w.t..Teguran ini adalah untuk diri syuk jua dan pada sesiapa jua yang memegang kalimah syahadat itu..:)..

24 ulasan:

cucu umie berkata...

setiap manusia kadang2 lupe akan kelebihan yg telah diberikan kepada mereka tetapi ingtlh bhawa Allah maha pemuruh.. berdoalah kepada yang esa slgi mampu jgn hnye niat di dlm hati shje..

thnkx untuk perkongsian bersama ni syuk

harrazdani berkata...

tuuu diaaa...terbaik laaa syuk.....mungkin yang ramai lalai dek teknology....mengejar dunia yang belum pasti sampai bila penghujung nyawa dikandung badan....insaf kejap baca entry ni....;)

Luqeem™ berkata...

insyaAllah..smoga mnjdi insan yg dsayangi dan juga dikasihi Allah :)

kiz berkata...

sama sama kita fikir dan ambil pengajaran.

Bro ahmad berkata...

ada yang baca..bro ahmad ada..nak bagi masa..terlalu tumpu kt blog je sekarang ni..nak buat decline lepas ni,sebelum terlampau parah..best nasihat hmm

Freaky berkata...

alamak aku tersentap sikit baca entri ni kerana aku berada terlalu dalam di dunia blog ni.. kene cari masa untuk sosial di dunia sebenar jugak..

aimie amalina berkata...

waaa..sungguh pnjg..sekali bebel ye..heee..ingatan tu..toingkayu!

shida'R berkata...

AMIN..syux :)

Rai berkata...

sebab tu perlunya kita membahagikan masa dengan baik.. bak firman Allah..demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..

semoga kita sentiasa menjadi hamba yang ingat pada tuntutan dan tanggungjawab kita sebagai khalifah..

ArulchelseA berkata...

cuak aku bro..

Liyana Zahim berkata...

Btol syuk.. Since blogin da jd pemes skrg rmai sgt org tleka terutama skali mlayu.. Adus liyana pun mcm termasuk je.. Since berblog die da mls tls skrip.. Asek tangguh je.. N starting from now liyana kene kurangkan blogin.. Waktu mlm je on.. Cis.. Arap2la mjadi.. =D

Terbelog berkata...

terasa bro
entri ni he3

rara pinkmafia berkata...

hmmm rara pon kadang2 takut bile terlalu mengejar dunia maya ni.sampai solat pon jd lewat.dh smpai hujung2.thnks for nasihat.pas ni nk berubah lah.hehe

yatie Awang berkata...

kita manusia yg hidup di bumi ini, tak perlu sia2kan hidup kita yg masih bernyawa, kakak suka n3 ni. thanks syuk

syrupmasin berkata...

ermm..teknologi kekdg melalai kan..kene pandai :D

echaRierie berkata...

InsyaAllah syux..
try to be a better person than never..
btw, bwt ms ni mmg blog teman echa sbb blm ada kerja..haha..
apapun thanks for the advices ^^v

Papa Mifz berkata...

terima kasih atas teguran yg membina ini..:)

Afikah Aziz berkata...

peringatan buat semua...terima kasih :)

Khairil berkata...

satu tazkirah yang baik untuk dihayati....syabas dan terima kasih bro...

laskar pelangi berkata...

Ermmm..terima kasih syux sebab memberi peringatan yg terbaik tuk para blogger;)

Anak Wak Mail berkata...

kepesatan teknologi,,membuatkan kita jadi lupa dan alpa..kadang-kadang kita jadi lupa dengan tanggungjawab kita!

iPai berkata...

ini sesi muhasabah juga ni .. nice bro

alif haris berkata...

indah ayat entri ini syuk :)
nice ..
mcm2 input yg aku dpt :) thanks ^^

Awan Biru berkata...

Walau panjang, tapi bahasa mudah dan seronok untuk dibaca. Terima kasih kerana mengingatkan. Ingat mengingati itu amalan mulia.