ENTRI TERBAIK

Jumaat, 17 Jun 2011

Kegelapan satu anugerah yang tidak ternilai

Assalamualaikum dan salam 1 gelap

Kegelapan ini bukanlah benda yang menjelekkan..Aku merasakan ia sebenarnya indah..Kenapa? Cuba anda pejamkan mata ketat-ketat..Cuba cari benda dalam kegelapan itu..Anda jumpainya? Tentu tidak kan..Blank cam nothing kan..



Yeah kegelapan ini tiada apa-apa ditemui..Tapi disebalik itu tersirat satu keindahan yang tiada keburukan..Tiada calar balar..Warna hitam itu seolah-olah ingin memberitahu dunia kegelapan tidak begitu hipokrit..Malahan ianya mampu mengasah pemikiran mindamu untuk mengingati lokasi,objek dan sebagainya untuk tempoh yang lama. Cuba anda baca buku dan hafal semula berulang kali sambil menutup mata, InsyaAllah otak anda akan save ia ketat-ketat..Ianya lebih berkesan dari menghafal dengan membuka mata..

Ramai yang mempersoalkan kalau bab kegelapan mesti dikaitkan dengan benda2 yang jahat cam kongsi gelap, lembah hina dan sewaktu dengannya..Itu betul bagi versi kejahatan. Jangan didekati kegelapan ciptaan syaitan itu.

Kegelapan abadi sememangnya satu anugerah yang tersirat rasa syukur terhindar dari melihat pendedahan maksiat sana sini walaupun terpaksa menggadaikan satu harga yang amat mahal iaitu dari melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t..

Jadi kesimpulannya..jangan cerahkan matamu dengan sinaran dosa yang semakin mengaburkan pandanganmu dari melihat kebesaran Allah s.w.t. tapi gelapkan penglihatanmu dari melihat perhiasan yang tak patut dilihat..

p/s: Apakah entri ini bermanfaat atau ntah pe ntah..sebab aku tulis entri neh men kuar dari otak je..Pasni ia akan hilang terus..Kiranya ia secara spontan

14 ulasan:

syrupmasin berkata...

tazkirah di pagi jumaat..bagus2 :)

Freaky berkata...

tanpa kegelapan, cahaya takkan ada...

~~Ticer Wann~~ berkata...

Gelapkan mata dari melihat benda-benda yang tak elok... thanks atas ingatan..

jemput singgah...
Teringat zaman kanak-kanak

Anak Wak Mail berkata...

orang buta tu,,dia tak nampak selalu dalam kegelapan,,tapi hidup diorang lebih terang..

susah kalau tak de elektrik..teraba-raba..hehe..=)

ArulchelseA berkata...

dulu blaja sejarah ada jugk zaman kegelapan ni..

Khairil berkata...

Tapi kegelapan selalu dikaitkan dengan perkara2 negatif sahaja...

kotak bulat berkata...

erti kegelapan dri sudut pndangan lain..menarik~ :)

echaRierie berkata...

huh ~ darkness..smlm kt area rmh blackout..damn..haha..

btw, hari ni ustaz syuxer crmh ea..
wlupn idea scr spontan tp point kuat di situ ea..hehe :)

CikAizA berkata...

andai gelap itu membolehkan kita menjadi hamba ALLAH yang tinggi darjatnya... aku rla dibutakan mata ku... agar tidak melihat maksiat dunia....

RedVixen berkata...

dalam cahaya pun ada kegelapan... bayang2 tu... hehehe

Miecyber berkata...

Bila gelap jer, saya terbayang liang lahad..


Fasa Gerhana Bulan

fadh leyanie berkata...

kegelapan tidak semestinya negatif sahaja.
entri ini mngingatkan yanie kepada pak cik buta..dunia dia penuh kegelapan tapi dia masih tabah..

Mohd Yusuf berkata...

oh, ada jgk kegelapan yang positif... :D

alif haris berkata...

kerana kegelapan oran buta itu putih suci hatinya kerna tak melihat maksiat merata didunia ni