ENTRI TERBAIK

Jumaat, 20 Mei 2011

Yang Pertama Mengenai Solat-- [TAZKIRAH HARI JUMAAT]

Assalamualaikum..dan salam 1 bima sakti..

Entri kali ni pasal tazkirah pada hari jumaat malam iaitu bertajuk Yang pertama mengenai solat--Jom baca dan hayati..

|| NABI PERTAMA SOLAT SUBUH ||
Nabi Adam a.s adalah nabi pertama yang solat subuh ketika baginda bertaubat kepada Allah s.w.t semasa terbitnya fajar. Baginda telah mengerjakan solat dua rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t atas hilangnya kegelapan malam dan juga hilangnya kemaksiatan. Ia juga dilakukan sebagai tanda syukur atas datangnya cahaya siang

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

|| NABI PERTAMA SOLAT ZUHUR ||
Nabi Daud a.s adalah nabi pertama yang mengerjakan Solat Zohor ketika Allah s.w.t menerima taubat ke atas baginda ketika tergelincirnya matahari. Baginda mengerjakan solat sebanyak empat rakaat sebagai tanda syukur kerana taubatnya diterima.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

|| NABI PERTAMA SOLAT ASAR ||
Nabi Ibrahim a.s adalah nabi pertama yang mengerjakan Solat Asar. Kisahnya begini, semasa Allah s.w.t menurunkan perintah kepada baginda supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s tetapi kemudian ditukarkan dengan seekor kambing sebagai tebusan, lalu baginda pun mengerjakan solat empat rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t kerana anaknya Nabi Ismail a.s selamat.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 || NABI PERTAMA SOLAT MAGHRIB ||
Nabi Isa a.s adalah nabi pertama mengerjakan Solat Maghrib. Ketika Allah s.w.t mengangkatnya dan menyelamatkannya daripada kejahatan orang Yahudi, selepas tenggelamnya matahari. Baginda telah solat sebanyak tiga rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t kerana dirinya selamat dari musuh. Juga tanda teima kasih kerana dinaikkan dilangit.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

|| NABI PERTAMA SOLAT ISYAK ||
Nabi Yunus a.s adalah nabi pertama mengerjakan Solat Isyak. Semasa Allah s.w.t menyelamatkan baginda dan mengeluarkan baginda dari dalam perut ikan hiu. Pada waktu itu hilangnya warna merah di ufuk barat dan bintang-bintang pun telah berkerlipan di langit, Nabi Yunus pun mengerjakan solat Isya atas keselamatan dirinya dari empat kegelapan iaitu kegelapan malam, kegelapan awan, kegelapan lautan dan kegelapan di dalam perut ikan hiu.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

|| ORANG PERTAMA TINGGALKAN DOA QUNUT ||
Khalifah Mu'awiyyah adalah orang pertama meninggalkan doa qunut dalam solat Subuh.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

|| SOLAT BERJEMAAH YANG PERTAMA ||
Solat berjemaah yang pertama dilakukan Rasulullah s.a.w ialah bersama Ali bin Abu talib r.a dan Jaafar saudaranya. Semasa Nabi melakukan solat, Ali berada di sebelah kanannya,sementara Jaafar berada di sisinya dan Abu Talib melewati keduanya, lalu Abu Talib pun memberitahu Jaafar, "sembahyanglah di sebelah anak pakcikmu." Ali berundur selangkah dan Jaafar berada di sisinya dan Nabi pun mendahuluinya sebagai imam di antara mereka.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

|| SOLAT PERTAMA MENGHALA KE KAABAH ||
Sebelum ini umat Islam menghalakan solatnya ke arah Masjid Al Aqsa sebagai kiblat. Nabi Muhammad s.a.w teringin sangat Kaabah itu dijadikan sebagai kiblat kaum Muslimin. Baginda sering menghadapkan wajahnya ke atas langit kerana mengharapkan keinginannya itu. Maka turunlah firman Allah s.w.t : (Surah Al Baqarah ayat 144, "Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkan lah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya,". Pada masa itu Rasulullah s.a.w sedang hendak mengerjakan solat Asar berjemaah bersama umat Islam,lalu baginda memindahkan kiblat mereka ke arah Kaabah.


*Semoga tazkirah ni mampu menambahkan ilmu pengetahuan kalian~~syuxer

12 ulasan:

Khairil berkata...

Nice info bro!!...kalau tidak kita tak akan tahu semua ini...

Freaky berkata...

banyak yang tak tahu kalau x baca ni.. thanx for share

Liyana Zahim berkata...

Thx 4 da info.. U realy used blog 4 a gud means.. =) Toce2..

echaRierie berkata...

GOOD info !
suka baca entri ni..
Thumbs Up !

Pesona Algebra berkata...

tima kasi, sgt bermanfaat ilmu ini :)

ArulchelseA berkata...

tq utk info ni bro...

toyolkiut berkata...

tazkirah yg bagus..
terima kasih..

Anak Wak Mail berkata...

selama ni tahu solat je..benda ni tak tahu..thanks for this!

fadh leyanie berkata...

info berguna,,rugi kalau tak baca..

cinonex coreyan berkata...

info yg bagus :)

alif haris berkata...

tq 4 sharing :)

restu resort berkata...

perkongsian terbaik..