ENTRI TERBAIK

Jumaat, 6 Mei 2011

Wudhuk Batin

Entri ini saya mahu membawa kalian membaca sebuah kisah yang mampu menginsafkan kita..

     Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusof, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun,dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

     Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatin Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman,bagaimanakah caranya tuan solat?". Hatim berkata , "Apabila masuk waktu solat,aku berwudhuk zahir dan batin."

     Isam bertanya," Bagaimanakah wudhuk zahir dan batin itu?." Hatim berkata."Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:-

  1. Bertaubat
  2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
  3. Tidak tergila-gilakan dunia
  4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riak)
  5. Tinggalkan sifat berbangga
  6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  7. Meninggalkan sifat dengki

     Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku merasakan aku sedang berhadapan dengan Allah s.w.t, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratul Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

     "Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk,aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


*Solat yang khusyuk adalah solat yang paling berkualiti mutunya~~syuxer

14 ulasan:

AizA berkata...

SUBAHANALLAH.. bertapa jahilnya kita dalam mendalami ilmu ALLAH..

terima kasih atas perkongsian ilmu ini...

Farhana Jafri berkata...

thanks sharing ilmu ni.. jrg sgt amalkan wudhu' batin.. slalu amalkan yg zahir je :)

jemput singgah ANASAURUS :)

Freaky berkata...

terima kasih share. sebelum ni duk buat wuduk zahir je.

Khairil berkata...

nice sharing....

Ibnbakr berkata...

syukran untuk perkongsian ini..
dulu di sekolah ada senior ingatkan,tp skrg dah lupa.. :)

amny berkata...

Amni solat pon xkusyukk...kne perbykkan wduk zhir n btin r ...

azizul berkata...

ten kiu..perkongsian bermanfaat

dyea irdina berkata...

tak terbanding amalan nya dgn akak..jauh bagai langit dr bumi..setakat sembahyang 5 waktu tp wuduknya,,bacaannya,penhayatannya...YaAllah moga diterima

ArulchelseA berkata...

bagus bro kongsi ilmu ni..

♥suNa husNa♥ berkata...

nice sharing syuxer.rasa rendah diri bebeno ble terpikiq mampu ke kite wat cmtu dlm solat harian kite..

RedVixen berkata...

satu entry yang berguna. baru hari ni tau rupanya ada wuduk batin. patutlah sembahyang tak pernah sempurna. tengkiu 4 sharing ye. smoga Allah rahmati awak.

Syuxer berkata...

testing

SHM berkata...

pernah dgr cerita ni . mmg sgt berbeza dgn kita bersolat . kdg2 langsung tak khusyuk

echaRierie berkata...

Thank You for sharing syuxer..
perkongsian ilmu yg bermanfaat..
insyaAllah..
;D