ENTRI TERBAIK

Ahad, 22 Mei 2011

Tragedi Malang Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat--Tanah Runtuh--21 GAMBAR

Assalamualaikum

Sejak peristiwa kejadian tanah runtuh di Highland Tower pada 11 Disember 1993 menjadi sejarah yang paling menyedihkan malah boleh dikategorikan melankolia, telah membuka satu lagi kisah yang sedemikian rupa. Kali ini berlaku di Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat. Kejadian Highland Tower telah mengorbankan 48 orang mangsa ketika itu tapi pencarian mangsa yang tertimbus terpaksa diberhentikan berikutan kekurangan teknologi yang canggih untuk mengesan mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan bangunan tersebut. Tragedi itu meninggalkan sejarah hitam kepada penduduk setempat dan negara ini hinggakan masih ada lagi yang trauma. Kejadian ini lebih kurang sama yang berlaku semalam di Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat yang telah mengorbankan 16 orang anak yatim setakat ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t . Aku percaya syurga untuk mereka. Sesungguhnya hati mereka sungguh murni dan suci. Aku sertakan nama-nama mereka yang sudah pergi dan juga masih terselamat dari tragedi malang tersebut setakat 5.30 pagi ini..

Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Zaim *
7) Angah *
8 ) Rahimi *
9) Zaid Ashwal, 18,
10) Riz, 9,
11) Lokman,11,
12) Fahad, 9,
13) Aiman,10,
14) Hazim, 9,
15) Mustakim *
16) Hasril, 11,

Al-fatihah untuk kalian..T_T

Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8 ) Din, 30,
9) Syafiq, 23,
* umur tidak diketahui

Aku harapkan kalian terus tabah meneruskan kehidupan didunia ini walaupun terpaksa menghadapi risiko trauma kekal sepanjang hayat..Tidak lupa juga aku ingin berkongsi detik-detik sukar yang berlaku disana..Tatapilah gambar-gambar di bawah ini..Semoga ia menjadi pengajaran kepada mereka yang masih bernafas..
























Bagaimana harus aku ekspresikan mukaku apabila menatap gambar-gambar melankolia ini..Tiada senyuman..Air mata berkolam buat seketika..Mengalir perlahan-lahan..Jatuh jua ke bawah..Aku biarkan sahaja..Seketika aku panjatkan doa semoga yang tertimbus masih ada yang selamat..Yang tertewas, aku sedekahkan al-fatihah semoga syurga untuk kalian..Yang terselamat, aku nasihatkan teruskan perjuangan biarpun trauma peristiwa ini mungkin kekal terpahat dalam jiwa..Sesungguhnya ini semua takdir dalam kepasrahan menerima ketentuan-Nya..Ada hikmah tersembunyi disebalik tragedi malang ini..Semoga menjadi pengajaran kepada kita..Supaya menjaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya..

Kredit gambar to : Mai Dari Bendang

16 ulasan:

budakkampung39 berkata...

semoge roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang beriman...aminnnnn

nik rosmawati berkata...

Al-fatihah untuk yang telah pergi.kesian sgt.adik2 yg masih muda lagi.

ArulchelseA berkata...

Al Fatihah utk yang meningal dunia

laskar pelangi berkata...

macam-macam yang berlaku dengan keadaan bumi yg semakin tua..

sedih mengenangkan mangsa adalah anak yatim..semoga Allah sentiasa memberkati hidup mereka..dan yang pergi meninggalkan dunia nie, ucapakan takziah pada arwah..

fadh leyanie berkata...

simpati dengan kejadian yang telah mnimpa keatas mereka..AL FATIHAH..

Miecyber berkata...

Al Fatihah...

Faktor menyebabkan tanah runtuh menimpa Rumah Anak Yatim & Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa,Hulu Langat

Khairil berkata...

hanya doa dan alfatihah sahaja yang termampu kita hadiahkan kepada mereka ...semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka...aminn...

Ibnbakr berkata...

InsyaAllah,mereka tergolong dalam golongan yang syahid.. Moga yg terselamat terus tabah..

Mohd Yusuf berkata...

Semoga dapat memberi pengajaran kepada yang masih hidup...
Semoga mereka ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman...

shameel Iskandar berkata...

Al-Fatihah kepada yg terkorban. moga rohnya dicucuri rahmat.

p/s = nak tanya, macam mana caranya nak letak yg share entry kt FB, Twitter, Blog mcm kat blog ni

nurelinda berkata...

emm kesiannyer :(

cucu umie berkata...

semoga mereka ditmptkan diklgn orng yg beriman.. sudah ketentuan hidup, yg hidup pasti akan kmbali.. dan mungkin ini adlh untuk mereka..doakan mereka agar tergolong dklgn orng yg beriman dan bersabar

una berkata...

Allahuakbar.. sesungguhnya kepadaNya juga kita akan kembali.. alfatihah..

~~Ticer Wann~~ berkata...

sebak...

Al-Fatihah.. moga mereka ditempatkan bersama dengan orang yang soleh

Muhammad Helmi berkata...

al-Fathihah untuk mereka...

Milo Ais berkata...

semoga mereka mendapat rahmat allah ta'ala....