ENTRI TERBAIK

Rabu, 25 Mei 2011

Senarai 10 Negara Harga Petrol Termurah di Dunia


Senarai 10 Negara Harga Petrol Termurah di Dunia:::



10. United Arab Emirates$ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter
Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu “hentian” bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki. Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petroltermurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.

9. Bahrain$ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter
Negara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain hanya sejauh 100 mil atau bersamaan 161 kilometer sahaja. Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?

8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter
Negara Qatar merupakan negera kedua terkaya di dunia dan dalam pada masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.

7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter
Ini hampir sama seperti di Qatar! Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait “dikongsi” bersama dnegan rakyatnya dnegan menawarkan harga petrol yang berpatutan.

6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter
Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.

5. Arab Saudi$ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter
Sememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai kalangan raja yang terkaya di dunia. Kebiasaannya ketika Raja Arab Saudi, Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negera biasanya dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya. Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.

4. Iran $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter
Dengan rezab simpanan minyak yang dimilki negara Iran sekarang, dijangka mereka akan kehabisan minyak dalam tempoh 74 tahun daripada sekarang.

3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter
Nigeria dikatakan antara 10 negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Yang pentingnya pemerintah di sana tidak ingin membuat rakyat mereka marah dengan mengenakan harga petrol yang tinggi

2. Turkmenistan$ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliter
Saya sendiri tidak menyangka yang Turkmenistan tergolong di antara negara yang memberikan harga petrol kedua termurah di dunia. Negara ini boleh dikatakan dingin daripada sebarang isu dan berita kepada negara luar. Tetapi itulah hakikatnya.

1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter
Venezuela dipimpin oleh Presiden Hugo Chávez – cukup terkenal dikalangan pemimpin politik seluruh dunia kerana beliau seorang yang sosialis kerana beliau diakui ramai sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik. Tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.

Sumber: Facebook

Malaysia- RM 2.90 seliter untuk RON 97--still murah kot..arap2 begitula hehehehehe

*Malaysia antara negara yang terhebat gak tapi dalam kategori no-10 pengguna arak tertinggi di dunia--malu seh..

29 ulasan:

Faris Adli berkata...

kalau nak bandingkan harga minyak Malaysia dan 10 negara2 ni adalah sangat tidak adil. sebabnya kebanyakan dari mereka adalah pengeluar utama minyak dunia dan mereka adalah anggota opec.

mOon jOhari berkata...

kenapa malaysia x masOk dlm top10 myk murah??? kenapa? kenapa? PM cakap minyak kita murah...pemberiaan subsidi minyak bebankan kerajaan...ptuihhh...

nana riduwan berkata...

murahnya..kalau macam 2 punya murah,nana isi en.myvi nana minyak penuh tank je slalu..

fadh leyanie berkata...

mmg malu..negara islam dapat ktgori ke 10..say no to alcohol!

CikAizA berkata...

hahhaha... ok lah tu.... that mean... kerajaan suruh rakyat jangan beli kenderaan yg guna petrol... beli basikal...
hhahah

Syuxer berkata...

@Faris Adli saya tak bandingkan bro..:)..just bagitau harga2 minyak termurah di dunia..coz ramai dok merungut minyak naek2..

Syuxer berkata...

@mOon jOhari sebab PM tuh menteri kewangan..so kita kena ikut kata dia..dia kan pakar ekonomi..kalau dia cakap subsidi tuh menyusahkan kerajaan,kita ikut ajela kan..nanti kerajaan bangkrup..kita juga yang susah kan...

p/s: Fikir secara terbalik heheh

Syuxer berkata...

@nana riduwan err sbenarnya mahal cik nana..huhu..mungkin tahun minyak seliter rm3..x kot hehhe..kalau kerajaan baik hati mungkin ia turun lagi

Syuxer berkata...

@fadh leyanie x pasti kot negara kita ni islam betul2 atau islam pada nama heheh

Syuxer berkata...

@CikAizA betul tuh..beli basikal pakai tenaga solar..ntah2 10km dulu naik kereta 4 minit je..naik basikal solar 1 minit..cahaya kan laju hahahaha

Rai berkata...

bila minyak naik maka ramailah yang naik minyak :D

Solihin Zubir berkata...

fakta ni salah la..
hang x wat kajian betul2 ni..
salah! aku tak setuju..
sebab minyak Malaysia paling murah kt dunia.. hehehe...

mushroom berkata...

jauh beza betul harga minyak malaysia dgn dorang.. kenapa harga kat malaysia ni mahal sgt?

ArulchelseA berkata...

memng ptt dibandingkn ngan malaysia..
ada negara minyk murah..dan inflasi diaorg tinggi..kita hrga minyk tinggi..inflasi pun lagi tinggi..
memang kita bukn pngeluar mnyk utama..tp malaysia ttp pngeluar minyak..bukn pngimport minyk..
leka bagi kat kroni IPP je tu yg minyk mahal..

anwar dah debat dah dulu..umno putar belit..

Syuxer berkata...

@Rai kalau rakyat naik minyak..abesla kerajaan heheh

Syuxer berkata...

@Solihin Zubir haahha aku arap2 benar fakta ni salah hehe..berdoa semoga minyak menjadi murah heheh

Syuxer berkata...

@mushroom err itu kena tanya sabri ismail..dia dok asyik kata selaras2..sampai saya tak tau cmner dia selaras2kan tuh heheh

Syuxer berkata...

@ArulchelseA tahniah bro..anda peka cam saya.. heheh..saya sokong bro..kita x nampak yang kita telah diperbodohkan tapi kita butakan jua dngan mengiyakan yang kita patut bersyukur yang kerajaan masih bagi subsidi tahap tertinggi..hahahah..

cucu umie berkata...

nice info bro..tpy ayie pelik lh knape malaysia xtersenarai ea??? malysia pon ad lanta minyak kot..kalo xsilap ayie, minyk di malaysia adlh yg terbaik diantara minyk diarab sana sebb apa ayi lupe..tak per nty ayie kaji and bgthu..kalo sempat

LALA shaheila berkata...

Wah isu minyak, paling hot kat bibir ayah sy :)

GamUHU berkata...

kata-kata pemimpin sebelom PRU. keh3x. semuanya dusta belaka. tukar gov!!

ghostwriter berkata...

sedeynyer ble minyak makin naik kat malaysia nii...=p

Liyana Zahim berkata...

Most of the countries ngara pengeluar terbesar minyak especialy libya, Iraq n UEA.. So no wonder the price of da oil is xtremely cheap.. But how about mlysia? Da prob is here.. Mlysia pon ngara pngeluar minyak tapppiii napekah mnyk kt sni mahal ya rabbi? Ahahahahaha.. N dey make comparison btween singapore n thai oil price..But dun dey realize tat those countries bkn ngara pngeluar minyak? Then y need to compare? Is like wen u compare USD dolar n Rupiah.. Its nonsense!

nadira shahid berkata...

nk pindah venezuela laaaa.. hm, minyak kt Malaysia nak abes ke? im wonderinggg

ArulchelseA berkata...

merepek2 je hal minyk ni...nk tgok kerajaan buang subsidi..ada berani ke tak?

Miecyber berkata...

Malu pasal stastitik arak tu..

Dan di mana rangking Malaysia dalam statistik pengeluar minyak yer?


Pandangan rakyat Australia mengenai Lynas.( Dengan sarikata )

RedVixen berkata...

tu pun harga lepas kerajaan bagi subsidi =_="

SHM berkata...

klulah minyak tu boleh digantikan dgn air , mesti org tak heran harga minyak naik :D

shark berkata...

x heran mahal ke murah..
yg pasti stakat ni mampu lg nk bergerak pakai minyak..
kalu xdek minyak berpeluh ler g keje.