BLOG PILIHAN UTAMA PENULIS (MAI DARI BENDANG)

ENTRI TERBAIK

Khamis, 26 Mei 2011

Logo dan Sejarah Simple Stesen Minyak Terpilih Yang Wujud Di Malaysia

Assalamualaikum..dan salam 1...????

Emm selesai sudah aku BW 80 blog..huhu..macam2 aku jumpa entri..:).Semuanya awesome.heheh..Tengahari ni aku nak cerita lagi pasal minyak..kali ni minyak petrol..hehhe bukan pasal harga dia..tapi logo-logo dan sejarah secara simple pasal pengeluar2 minyak yang berdiri megah kat Malaysia..Jom kita tengok..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh stesen minyak petronas
Logo Petronas
Petronas, ringkasan nama bagi Petroliam Nasional Berhad,adalah syarikat minyak dan gas Malaysia sepenuhnya telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Dimiliki oleh kerajaan Malaysia sepenuhnya, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut.Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke-80 terbesar pada tahun 2009. Ia juga meletakkan Petronas sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan yang paling banyak keuntungan di Asia.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Logo Shell


Contoh Stesen Minyak Shell
Royal Dutch Shell plc ataupun lebih dikenali sebagai Shell merupakan syarikat berkaitan dengan petroleum yang beroperasi di seluruh dunia. Syarikat Shell berasal dari Belanda. Syarikat ini bermula pada 1907 hasil gabungan dua syarikat kecil iaitu Royal Dutch Petroleum Company dan The "Shell" Transport and Trading Company

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Logo Esso
Contoh Stesen Minyak Esso
ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. atau nama ringkasnya EMEPMI adalah salah sebuah syarikat carigali dan pengeluaran yang beroperasi di Malaysia. Sebelum menggunakan nama EMEPMI, syarikat Exxon di Malaysia didaftarkan dengan nama "Esso Exploration Inc." (dikenali dengan nama Esso). Pada tahun 1965, Esso Exploration Inc dianugerahkan konsesi carigali minyak pertamanya dan menemui minyak di luar pantai Sabah pada tahun 1971 dan Terengganu pada tahun 1973. Pada tahun 1976, Esso telah menandatangani Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) dengan PETRONAS. Operasi syarikat EMEPMI kini dilakukan dari Menara ExxonMobil di kawasan KLCC berhadapan dengan Traders Hotel.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Logo Caltex
Contoh stesen minyak Caltex
Caltex berdiri tahun 1936 dengan nama California Texas Oil Company, sebuah usaha bersama antara The Texas Company (kemudian Texaco) dan Standard Oil of California (kemudian Chevron) untuk memasarkan minyak dari konsesi baru di Saudi Arabia. Berganti nama menjadi Caltex Petroleum Corporation tahun 1968. Dua perusahaan induk ini bergabung tahun 2001 untuk membentuk ChevronTexaco (menjadi Chevron tahun 2005) dan Caltex masih menjadi salah satu nama merek internasionalnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Logo BHPetrol
Contoh stesen minyak BhPetrol

Aku godek2 google tak jumpa sejarah dia..huhu..Yang pasti stesen ni megah di highway2 cam di Karak..Aku pernah lepak kat stesen minyak ni..Kedai dia cool n macam2 ada..



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ke ada lagi minyak petrol selain minyak-minyak petrol kat atas??

Apa minyak pilihan korang??

Minyak yang aku selalu tadah dalam motor sudah tentu SHELL~~syuxer

Kredit to: wikipedia

49 ulasan:

nana riduwan berkata...

heheh..nana gne shell..tapi kalau lamu minyak dah macam kelip-kelip tue,ape yang nana jumpa nana sapu je..aslkan tak kena jalan kaki.. :)

manggosteen berkata...

bhp dengan BP yg dulu tu lain ke?rasanya mcm sama je kan? BP da dibeli oleh boustead holdings bhd..jadi dia tuka nama jd bhp..

laskar pelangi berkata...

wanie suka PETRONAS =D

SHM berkata...

SHM tak kisah gune minyak brand ap , yg pntg bole jlnkn moto :D

rara pinkmafia berkata...

rara pemiat setia shell.lebih kilometer.hehehe

Adam Roslan berkata...

Saya pilih Esso sebab ada loyalti card. Haha.

Terkini: Garis Panduan Gambar dan Iklan dalam Majalah

fadh leyanie berkata...

salam 1 malaysia !baru tau pasal info2 stesen minyak nih..minyak cap tomoi pilihanku

ArulchelseA berkata...

aku ptronas bro..logo pas..kihkihkih..

keroro berkata...

tapi kenapa harga minyak di malaysia naik sedangkan malaysia adalah negara pengeluar minyak..?

Syuxer berkata...

@nana riduwan petronas ye..:)..memang la kalau lampu dah liplap, sah kena bedal buh minyak pe2 pun..hehe..

Syuxer berkata...

@manggosteen tq info tambahan ni..:)..patutla cari BP cam xde dah..

Syuxer berkata...

@laskar pelangi alamak satu lagi orang suka petronas..heheh

Syuxer berkata...

@SHM ye bro..janji motor boleh jalan..kalau isi minyak..x jaln2 gak motor..kita bako stesen dia heheh

Syuxer berkata...

@rara pinkmafia yes ada gak yang sebulu ngan saya..:)..go go shell

Syuxer berkata...

@Adam Roslan hahahh patutla pilih esso..tentu bro dah tebus hadiah kan?

Syuxer berkata...

@fadh leyanie owh..minyak cap tomoi..seram dowh bila kereta bertomoi bila pakai minyak ni heheh

Syuxer berkata...

@ArulchelseA hahaha mendalam tuh..hhehe..

CikAizA berkata...

banyak2 stesen minyak kat atas.. bhp paling bgus... x merosakkan enjin... sesuai utk mcm2 jenis kereta.. terutama BMW..

Syuxer berkata...

@CikAizA owh baru saya tau..awk pakai BMW???fuyooo

alif haris berkata...

yg paling jarag aku tadah dalam tagki motor aku adalah BP .. haha .. xtawu nape .. asal jumpe BP je tagki full lagi ..:D

syrupmasin berkata...

baru tahu asal usul sume nih..seblom nih ta tao ape pon..haha

Zura berkata...

mana2 myk pun boleh tp BH petrol sekali je pnah pakai...tp ade satu stesen myk kat semenyih yg xpenah dgr tp dh lupelah namanye...

Miecyber berkata...

Fakta menarik...

Hotel Gantung

perondajaketbiru74 berkata...

bhp terbaik bro....

Aisyah Aina berkata...

pakai minyak seri murni...lagi laju...kahkah :D

ZORA berkata...

bg zora..caltex terbaik..sbb dy memng trbaik..:P

Anak Wak Mail berkata...

ada lagi..kalau tak silap nama dia priject..

saya tak tahu apa perbezaan minyak2 ni..main pakai je..asalkan keta boleh jalan..haha..

dhilla nazli berkata...

dhilla tade kereta lagi.. ahahah =P

Syuxer berkata...

@alif haris BP tuh mungkin tempat ko ada jumpa awek cun kot hahahha

Syuxer berkata...

@syrupmasin info biasa2 je bro..heheh..kalau nak advance..boleh je bagi tpi kena research dulu heheh

Syuxer berkata...

@Zura mesti yang kat semenyih tuh namanya baru kot dalam industri minyak pertrol heheh

Syuxer berkata...

@Miecyber fakta simple jah bro..xde menarik sangat heheh..:)

Syuxer berkata...

@perondajaketbiru74 alahai ramai plak dok sokong bhp ni..nak tryla gini..heheh

Syuxer berkata...

@Aisyah Aina alahai nama..romantik gitu..hahah

Syuxer berkata...

@ZORA owh caltex terbagi bagi zora?ia memang terbaik pun..saya kadang isi2 minyak tuh..Kriss pun suka heheh

Syuxer berkata...

@Anak Wak Mail Priject??owh saya x pernah tengok stesen minyak tuh..tq info ni..heheh..Petmal pun ada hehe..hahah betul tuh janji keta boleh jalan..hehe

Syuxer berkata...

@dhilla nazli ala motor kan ada..heheh..:)

shameel Iskandar berkata...

sejarah sesyen minyak ni. hahaha. sy lebih suka guna esso, tp bila bercuti kt kelantanm tukar kpd sheel, sbb susah mau cari esso kt bachok.

Syuxer berkata...

@shameel Iskandar ooo..peminat ESSO..kat kelantan tak banyak ngat esso ni kan..:)

Papa Mifz berkata...

siap ada sejarah lagi...terbaik la...

MDHAFiZ.NET berkata...

Shell...lebih kilometer..

Khairil berkata...

Tak memilih mana2 brand..janji ada bedal..asal tak menolak kereta tu sudah la...

♥suNa husNa♥ berkata...

da kot..kat kelate so lgi...~tapi xingt doh gapo name die..ngeh2

Syuxer berkata...

@Papa Mifz heheh..sejarah simple je bro dari wikipedia

Syuxer berkata...

@MDHAFiZ.NET yeah tq ikut pilihan saya hehe

Syuxer berkata...

@Khairil betul tuh bro..:)..brand2 tuh jenama je kan hehe

Syuxer berkata...

@♥suNa husNa♥ heheh saya pun xingat gak..ada yang nama pelik sikit..mybe tak berapa nak popular hehe

nana riduwan berkata...

@Syuxershell la syuxer.. :)

Khairil berkata...

@Syuxer Bro..actually semua minyak di Malaysia ni sama saja..sebab datang dari satu depoh...yang berbeza cuma bahan additive yg digunakan oleh syarikat minyak di dalamnya...

p/s: curi2 BW dari tempat kerja...