ENTRI TERBAIK

Khamis, 7 April 2011

~~Warna TerBaik Untuk Bantu Bina Minda Si Kecil~~

Entri ni khas untuk bapa or dad or ayah or abi or whateverla panggilan yang melambangkan dia adalah seorang ketua keluarga dan juga untuk mak,mama,mummy dan whateverla panggilan yang melambangkan dia adalah penolong ketua keluarga yang mempunyai anak yang kecil.Ramai ibu bapa terlepas pandang akan kepentingan warna serta peranannya dalam menjana minda serta emosi si kecil. Benda yang saya bebelkan ini adalah berkenaan pemilihan warna yang terbaik untuk perkembangan sihat untuk minda dan emosi si kecil. Okey,kita mulakan sekarang juga ye..

PUTIH
-Ia  melambangkan kesucian dan kebersihan. Penggunaan warna itu sesuai untuk semua jenis bilik kecuali bilik kubur kot. Walaubagaimanapun,warna ini ternyata terlalu polos dan tidak ceria terutamanya dalam menjana minda si kecil kesayangan anda. Tapi usah bimbang anda boleh tambahkan warna-warna lembut seperti warna krim ataupun biru lembut untuk memberi sedikit kepelbagaian pada bilik si kecil anda sekiranya anda konfiden dan berkeras yang warna putih adalah tepat untuk anak anda.

BIRU
-Adakah anda bersetuju yang warna biru dikaitkan dengan ketenangan..yela bila anda pergi pantai,anda tengok pantai kena pula angin yang buat anda rela ditampar kat muka,tentula anda rasa saat itu adalah ketenangan yang paling semulajadi kan.Pahtu anda mulala berkhayal tentang kenangan-kenangan dulu(jiwang la tu) kot. Berbalik ke dunia asal,warna ni dikatakan mampu merangsang minda si kecil untuk sentiasa ceria dan relaks. Kalau dapat si kecil yang susah nak tidur,warna inilah sesuai jadi "tok bomoh" untuk memudahkanya tidur.

HIJAU
-Hijau selalu dikatkan dengan kedamaian dan keindahan?Setujukah anda? Kalau anda tidak percaya itu,cuba anda pergi contohnya ke tempat air terjun,anda pandang sekeliling hutan yang menghijau.Sungguh mendamaikan hati, kena pulak time berendam dalam air.Seolah-olah mahu dok lama-lama kat situ. Warna ini juga dikatakan menjadi pilihan bijak untuk menyematkan rasa kedamaian dalam jiwa si kecil. Jadi kalau anda rasa tenang or damai bila lihat warna hijau.Sudah tentu si kecil anda juga akan berasa damai.

JINGGA
-Ini adalah warna yang aktif dan ceria. Kalau si kecil anda gemarkan warna ni,konfirm dia ni ada perwatakan ceria dan mudah untuk didekati(macam peramah la). Tapi jangan terlalu banyak guna warna jingga ni dalam bilik si kecil anda nanti ia akan menjana tenaga aktif si kecil sampai dia pula jadi burung hantu(susah nak tido).

Contoh warna bilik si kecil


MERAH
-Kalau anda ada si kecil kesayangan yang agak pasif,mungkin warna ni mampu menjana mindanya untuk lebih aktif beraktiviti. Ini kerana warna merah selalu dikaitkan dengan kuasa dan kesungguhan. Jadikan langkah ceriakan warna bilik si kecil dengan sedikit sentuhan warna ini adalah pilihan bernas dalam menjana tenaga si kecil untuk kekal bersemangat untuk berekplorasi.

Kredit Gambar: Anis

**Warna bilikku berwarna kuning krim campur jingga krim,so apa kesan pada mindaku?~~syuxer

2 ulasan:

she.said berkata...

Jingga? bukan jingga tu oren ke?
kat gambar tu ungu / purple.

huhu. anyway, bagus ni. de tips ntuk hias bilik sendiri. hehe

Syuxer Melankolia berkata...

eh ye ke..aishhh sy ni mesti buta warna..hukhukhuk..tq info awak