ENTRI TERBAIK

Jumaat, 22 April 2011

Trivia Menguji Minda di Hari Jumaat

Apa benda trivia ini? Okey,menurut Kamus Dewan, ia bermaksud pelbagai fakta atau maklumat yang kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu,terutamanya digunakan dalam sesuatu permainan atau kuiz. Jadi di petang Jumaat bersamaan 18/Jamadilawal/1432 AH ini, saya ingin mentriviakan dengan kalian sebanyak 10 kuiz secara simple dan ekspress tapi susah nak dijawab(bagi sayala). Terlebih dahulu,jujurkan diri kalian,adakah kalian ingat tarikh dalam Islam tak?Tentu ada gak yang tak ingat kan,ialah asyik didedahkan dengan tarikh buatan barat. Jadi tanpa membuang masa meh kita tengok trivia tersebut.

Soalan
  1. Sahabat yang terkenal dengan gelaran Saifullah atau "Pedang Allah" ialah..
  2. Namakan anakanda Sarah dan Hajar,isteri kepada Nabi Ibrahim a.s?
  3. Berapakah jumlah tentera Islam yang syahid dalam perang Uhud?
  4. Apakah surah yang berakhir dengan salah satu nama surah dalam Al-Quran?
  5. Surah apakah yang diulangi pada setiap ayatnya dengan perkataan "Allah"?
  6. Di manakah kiblat pertama dalam Islam?
  7. Apakah gelaran kepada Abu Bakar al-Siddiq pada zaman jahiliahnya (sebelum beliau memeluk Islam)
  8. Siapakah Abdullah bin Uthman bin Amir bin Amru bin Ka'ab bin Sa'ad bin Taim bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr?
  9. Siapakah para nabi dan rasul yang diutuskan di wilayah Syam dan Palestin ialah?
  10. Apakah persamaan yang terdapat pada kelima-lima rasul ini Nuh a.s, Musa a.s, Ibrahim a.s, Isa a.s dan Muhammad s.a.w?
Jujur saya hanya mampu jawab soalan 1,2,10. Betapa jahilnya saya mengenai Islam. Inilah akibatnya kita terlalu belajar matapelajaran-matapelajaran yang lain sehinggakan mengabaikan asas pemahaman dalam Islam. Okey mari kita tengok jawapannya untuk dipahatkan dalam memori kita. Semoga ilmu yang kita dapat mendapat keberkatan dari Allah s.w.t

Jawapan
  1. Khalid al-Walid
  2. Ishak a.s anak Sarah dan Ismail a.s anak Hajar.
  3. 70 orang
  4. Surah ke-97 iaitu surah al-Qadr yang berakhir dengan perkataan al-Fajr
  5. Surah al-Mujadalah yang berjumlah 22 ayat. Perkataan Allah diulangi sebanyak 41 kali.
  6. Bait al-Muqaddas
  7. Atiq
  8. Abu Bakar al-Siddiq
  9. Lut,Ishaq,Ya'akub,Zulkifli,Daud,Sulaiman,Ilyas,Ilyasa',Zakaria,Yahya dan Isa.
  10. Rasul Ulul Azmi

*Betapa jahilnya kita tentang Islam kan?Nampaknya barat berjaya dengan rancangan2 mereka~~syuxer

14 ulasan:

mOon jOhari berkata...

...nice! terasa jahil lak...bgs la buat entri mcm ni...

Syuxer berkata...

@moon Johari~tq2..:) heheh

Syuk Ry berkata...

mmg bgos tol entry ni.. :)

Syuxer berkata...

@syuk ry~nama kita serupa syuk hehe tq2.

GadisGula-gula berkata...

sye leyh jwb num 2, 6,7 n 10.. jahilnye.. huhu

kucarkacir berkata...

jahilnya diri ini..
rasanya dulu dah belajar..
camner boleh lupe..
ayoyoyo

Syuxer berkata...

@Gadis Gula-gula~saya pun x mampu jawab kesemua soklan tuh..huhuh sunnguh jahil kita kan pasal Islam

Syuxer berkata...

@kucarkacir~dulu2 kan semua suci heheh x banyak dosa tentu mudah ingat tentang Islam heheh

alongxp berkata...

chantek...menarek... tertarek... bagus la...

Syuxer berkata...

@alongxp-heheh tq bro

SHM berkata...

hampir separuh x boleh jwb..
ish2, truknye SHM nih..

toyolkiut berkata...

TK bnyk x tau drpd tau ni..
huhu..

Syuxer berkata...

@SHM~biasalah kita manusia kadang2 mudah lupa cam Che Det cakap,melayu mudah lupa huhu

Syuxer berkata...

@TK~saya pun banyak gak tak tau..huhu..emm kita dah jahil benar memahami Islam pada era ini..