ENTRI TERBAIK

Rabu, 6 April 2011

~~Pemahaman Tentang Deodoran Vs Antipeluh~~

Seperti biasa hidup kita kadangkala diselubungi misteri peluh dan bau ketika kita dalam keadaan berpeluh. Tapi jangan pula ambik air peluh dan rasai ia,heheh. Bau tidak perlu cerita la hehe konfirm orang sekeliling tidak akan berasa selesa la sikit-sikit.Jadi cerita saya sebenarnya nak bagitau apa itu deodorant dan antipeluh dan bagaimana pemilihan tepat barang tersebut untuk kita guna pakai kat badan kita.

Pada tanggapan kita kan,konfirm deodoran dan antipeluh benda sama aje kan.Padahal 2 benda tuh amat berbeza. Deodoran untuk menghilangkan bau macam pewangi la. Antipeluh pula adalah bahan yang menyekat pengeluaran peluh. Ia bertindak membunuh bakteria yang menyebabkan bau.Kalaulah berpeluh tapi bau wangi,itu pontianak namanya heheh.

Untuk mendapatkan kesan kelembapan sepanjang masa dan menghapuskan bau,pilihan yang ok adalah menggunakan roll on antiperspirant deodorant. Sebab ia ada rumusan istimewa yang membantu menghalang pengeluaran peluh setiap hari. Kalau tidak paham jugak,awak pergi ke Kedai Watson Nyamek eh bukan,ianya farmasi Watson atau farmasi-farmasi hheheh,awak tanya la jurual dia kedai tuh.Konfirm dia bawa awak pergi cari benda roll on antiperspirant deodorant. Kalau dia cakap tidak ada,baik awak maki dia balik dan cakap "woii tutupla kedai kalau tak de,apala kedai punye besar tak jual benda kecik ni!".hehe gurau je.

Roll on antiperspirant deodorant

Kalau awak nak bau macam wangi serupa pontianak selama 24 jam,awak bolehla guna deodoran mengandungi rumusan semula jadi seperti Aqua, Propylene, Glycol, PEG-8, Sodium Stearate, Parfum, Butyloctanoic dan Persea Gratissima. Cuba awak check kat luar botol deodoran tuh,konfirm ada dia tulis nama-nama kimia yang pelik.Kalau awak nak tau betul ke tidak senarai nama kimia yang saya bagi tadi,cuba awak hidu bau dia.hehheh.

Untuk kulit sensitif,gunakan antiperspirant Deo Stick. Kerana apa?Sebab ia dirumus daripada bahan-bahan minyak semula jadi seperti orange,lemon dan grapefruit menjadikan kulit sentiasa kering dan selesa walaupun seharian menggunakkannya. Tapi kalau pakai jugak benda tuh dan kulit juga tidak boleh terima gak,ada baik nya jumpa doktor dan minta penjelasan profesional dari segi perubatan untuk atasi masalah tersebut.Ala macam ubat batuk la.Kan kat luar botol ubat batuk cap kelapa ada cakap,jika sakit berlarutan sila jumpa doktor kan(lebih kurang camtuhla).
Jenis Antiperspirant Deo Stick (untuk kulit sensitif)

Emm emm bawah ketiak anda berwarna hitam??eiii tak malu heheh.Tapi jangan risau,ianya boleh diatasi deodoran jenis whitening. Ia akan melindungi kulit anda 24 jam di mana kandungan ekstrak licoricenya membantu mengurangkan masalah kulit hitam/gelap/ Cuma saya nak ingatkan disini,jangan pulak sapu kat muka ye,nanti bukan jadi cerah tapi takut berjerawat sana-sini. Ye la macam ubat batuk,tapi wat dia cam ubat sapu untuk urut betis.Kan menangis betis kena harung dengan semut.heheh.

Deodorant jenis whitening

Harus diingatkan ye,yang roll on antiperspirant deodorant tidak sesuai untuk kulit sensitif atau bermasalah. Kalau tidak,awak memang nak cari nahas la,mungkin akan buat kulit awak menjadi ruam. Sebab apa? Kerana dalam roll on antiperspirant tuh ada bahan-bahan seperti aluminium chiorohydrate,aluminiums chloride,aluminiums hydroxibromyde dan aluminiums zirconium trichiorohydrexgly.

Kalau anda suka sembur deodoran mahupun antipeluh secara dekat pada kulit,elakkan mulai sekarang ye. Bahan aerosolnya boleh menyebabkan terjadinya alergi pada kulit anda. Perghh baca aerosol serupa sembur resect je hheheh.

Deodorant Jenis Spray
Antipeluh Jenis Spray














Jadi kesimpulannya yang terbaik untuk memilih deodoran atau antipeluh,lebih baik pilih yang mengandungi vitamin E dan ekstrak tumbuh-tumbuhan.

**Baca nama-nama pelik kimia sudah menggerunkan,heheh~~syuxer

5 ulasan:

toyolkiut berkata...

nivea whitening pilihan TK!
x mlekit, kering je..
suka2..

Syuxer Melankolia berkata...

yang penting whittening tuh bau nya amat menyamankan

alongxp berkata...

nak lg elok,jgn start pkai deodorant nih langsung,pkai bedak je cukup,skali da pkai,pastu xpkai,conform ada bau badan...(berdasarkn pengalaman),tp anak aku ms die umo 3 thn,klu jln2 kat supermarket,die nmpk deodorant,trus die capai,pastu buat2 letak kat ketiak...hahaha

Syuxer Melankolia berkata...

hahaha anak abang alongxp tuh dah bijak benar la tuh..:)..saya pakai jarang2 je deodoran tuh..bedak tuh saya pakai time kecik2 dulu tepek kat muka heheh..

puteri rimba berkata...

okeh ...dah follow u...
hermmmm suka pakai produk nivea....he..he..he...