ENTRI TERBAIK

Rabu, 6 April 2011

~~Mengimbau Kembali Tentang Ajaran Sesat!!~~

Apakah kita masih lupa akan ajaran-ajaran sesat yang pernah mengoncangkan keimanan orang-orang Islam yang mempunyai iman senipis bawang?Bukan orang-orang kampung yang menjadi kebiasaan mangsa bahkan golongan profesional yang bermaster,berphd,berijazah juga tewas akan pujukan keji ajaran tersebut.Semua ini berlaku kerana orang-orang yang terlibat itu inginkan suatu yang ringkas,simple dan express dalam ajaran Islam sedangkan Islam sendiri agama yang mudah dipelajari,dianuti dan dihayati. Kehebatan ajaran-ajaran sesat ini sememangnya amat menakutkan kerana kesannya sukar untuk ditinggalkan andai sudah terjebak begitu teruk. Berikut adalah senarai ajaran yang telah diwartakan sesat diMalaysia oleh Majlis Ugama Islam Malaysia.

1) Nasrul Haq
2) Budi Suci
3) Al Watan
4) Budi Suci Sejati
5) Jawa Faradin
6) Silat Sunda Pukulan Ghaib
7) Tusuk Hikmat
8) Ilmu Kebatinan
9) Potong Maya
10) Naluri
11) Kaula
12) Haqqullah Syahadah
13) Rampai
14) Wali Suci
15) Kalimat Sakti
16) Silat Pukulan jarak Jauh
17) Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18) Zikir Sha'ban Islam Haq
19) Asal Wujud Garis Laksamana
20) Al Ma'zat
21) "Trancendentel Meditation"- Maharsi Mahish Yugi
22) Abdul Manan bin Harun - Tolak Hadis Ilmu
23) Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T. Qahar
24) Kumpulan Ikhwan / Al Mas
25) Kuasa Ghain (Tahan Diri)
26) Mohd. Nordin Putih
27) Nasrun S.T. Qahar
28) Roslan Katimun - Ajaran Wali Sembilan
29) Tariqat Naqsyahbandiah Kadirun Yahya
30) Wali Sembilan
31) Khatijah binti ali @ Puan Tijah
32) Syed Mutalib Bin Syed Mohd. Nordin
33) Ajaran Mohd. Seman Al Banjari
34) Al Arqam
35) Golongan Anti Hadis
36) Ajaran Juruzon bin Abdul Latif (Hj. Ahmad Al Walidie(Pak Su))
37) Syiah Ekstrem
38) Ajaran Hj.Ghazali Othman Hulu Kelang
39) Ajaran Hj. Kahar Ahmad
40) Ajaran Ilmu Tajali Ahmad Laksamana
41) Ajaran Ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
42) Tarikat Mufaridiah
43) Ajaran Hassan Anak Rimau
44) Tarikat Aurad Ismailiah
45) Ajaran Martabat Tujuh
46) Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
47) Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)
48) Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
49) Ajaran Ahmadiah / Qadiani
50) Ajaran Mohd. Nor Seman
51) Ajaran Ayah Pin
52) Ajaran Bahai

Melihat nama-nama kumpulan ajaran sesat di atas,tidakkah anda gusar dan terkejut akan fenomena luar biasa ini. Apakah sebenarnya ajaran sesat ini?

Mari kita kaji definisi dia. Ajaran sesat ialah ajaran atau satu fahaman yang menyimpang dari landasan sumber perundangan Islam iaitu Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak, Qiyas, Masalih Mursalah, Istihsan dan Uruf

Adakah anda betul-betul mengetahui ajaran itu benar sesat?adakah ia seperti berhubungan dengan kuasa jin,syaitan dan iblis, taksub kepada ketua atau pemimpin, sambil lewa dalam pengambilan hukum dan fatwa, bersifat rahsia, ada agenda tersembunyi, menyelitkan unsur-unsur tarekat, tidak menggunakan tafsiran al-Quran dan al-Hadis secara benar dan sebagainya?

Apakah faktor-faktor wujudnya ajaran-ajaran sesat ini?Adakah ia disebabkan kejahilan ilmu agama, kelemahan ulamak mengendalikan isu ini, kegagalan pemerintah menangani isu ini, mudah terpengaruh, mengambil jalan yang mudah, ingin mencuba dan sebagainya?

Harus diingat yang ajaran-ajaran sesat ini mampu menjahanamkan negara dan menodai kesucian agama Islam itu sendiri. Cegah ia sebelum ia menjadi lebih parah.

Bukti yang menunjukkan ajaran sesat sudah menjadi sindrown/kanser/barah dan sebagainya dalam kehidupan manusia khususnya beragama Islam. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini.

 
  
video


 **Ajaran sesat ini harus dibendung sebelum menjadi parah or barah~~syuxer

Tiada ulasan: