ENTRI TERBAIK

Ahad, 24 April 2011

Mari Mengenali Pemimpin Sekular Yang Berwajahkan Syaitan

Entri kali ini saya mahu kalian mengenali seorang pemimpin yang berstatuskan nama Islam berwajahkan syaitan.Ini bukanla bermaksud mukanya seperti syaitan tapi perangai haramjadah dia yang meruntuhkan Daulah Kilafah serta menghina kesucian agama Islam. Mari kita tengok siapakah manusia tersebut.Adakah dia hensem atau x berapa hensem?

Inilah Mustafa Kamal Ataturk-Bapa orang Turki aka Al-Ghazi(orang yang memerangi)
Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam.Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. 

Biodata ringkas si laknatullah..

-Diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi)
-Ataturk adalah membawa maksud bapa orang Turki
- Dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di Bandar Salonika,Greek yang pada masa itu di bawah jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah.
-Bapanya bernama Ali Reda Affandi yang bekerja sebagai pegawak di Jabatan Kastam. Walaubagaimanapun ada ura-ura yang mengatakan beliau adalah bapa tiri kepada Kamal Attaturk.
-Dia dikesan oleh gurunya sebagai orang yang genius dalam bidang matematik di sebuah sekolah tentera di Sekolah Tentera Salonika pada usia 12 tahun. Kemudian dia menyambung pelajaran ke Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M).
-Pada tahun 1322H (1905M), dia memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
-Pernah mempunyai seorang isteri yang bernama Latifah Hanim walaubagaimanapun hanya mampu bertahan selama 1 tahun sahaja akibat perangai haramjadah fasik Kamal Attaturk. Dan juga tidak mempunyai sebarang zuriat sepanjang hidup beliau.



-Dia adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I.
-Dia juga adalah pengasas Republik Turki,pegawai tentera,pemimpin revolusi,negarawan dan presiden Turki yang pertama dari tahun 1881-10 November 1938



-Kehabatan beliau dalam taktikal perang telah berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin. Ketika itu Empayar Ottoman/Uthmaniyah sedang mengalami detik-detik kekalahan kepada Tentera Bersekutu dan mujurla dia berjaya memimpin pergerakan kebangsaan Turki dalam menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
-Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
-Dia telah membentuk ideologi Kemalist yang merencana semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa. Ideologi ini bertujuan untuk menjadikan Turki ke arah negara moden,demokratik dan negara sekular,positif dan bertindak rasional.
-Dia mati di dikebumikan dalam makam di Ankara.  
-Dia memerintah dari tahun 1918 hingga 1934.


Kemungkaran yang dilakukan oleh dia:-

  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt. 
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  • Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
  • Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  • Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
 
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :


  • Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
  • Sakit jantung.
  • Penyakit darah tinggi.
  • Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
  • Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
  • Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
  • Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.
  • Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
  • Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. 
  • Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.
  • Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
  • Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
  • Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
  • Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
  • Maha suci Allah. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terangan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh  Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Na'udzubillahi min zaalik....

Di pinjam tinta dari facebook


*Fuhh siksa gila nak mati,mati2 pun disiksa lagi jadi ini adalah peringatan dahsyat kepada orang yang memegang kunci amanah negara serta rakyat~~syuxer

8 ulasan:

nurelinda berkata...

alamak. sejarah. malas betul nak baca. hehehehe

khalifahCinta berkata...

nice info kawan!!
thanx 4 sharing this (:

Gades Merah Jambu berkata...

singgah sini..
tenkiu sudi jenguk blog sha..
terharu.. sob2 ^^

Syuxer berkata...

@nurelinda hahha sejarah memang bosan nak dibaca..tpi best nak tahu sejarah tokoh2 dunia..manala tau boleh wat idola kan

Syuxer berkata...

@khalifahCinta sama bro2..sharing is caring

Syuxer berkata...

@Gades Merah Jambu sama2 sha..sama2 kita menjalinkan persahabatan kan..

nelly berkata...

sangat kejam dia punay kemungkaran !
terang-terangan pula .
dahsyatnya kematian dia !

mOon jOhari berkata...

bukan seorang pemimpin yang berstatuskan nama Islam berwajahkan syaitan tapi BERHATI SYAITAN...muka dia mmg manusia...tp hati dia 2...isk2...terOknya dia ni..