ENTRI TERBAIK

Rabu, 13 April 2011

Lambaian Terakhir

Izinkan saya menjentik hati kita semua dengan mencampakkan soalan cepu emas untuk kita renungkan bersama. Bersediakah kita melakukan lambaian terakhir di neraka sementara ini sebelum kita melangkah dalam dunia pra neraka pula? 

Dengan kepesatan teknologi yang semakin gila ini seolah-olah telah berjaya mendadahkan jiwa kita dengan mengatakan kiamat tidak mungkin berlaku,kematian tidak mungkin berlaku di usia muda dan sebagainya. Begitu hebatnya penangan hendonisme/nikmat dosa duniawi yang sudah berjaya memaharajakan dalam jiwa kita sehingga secara tidak sedar kita telah melusuhkan atau mendebukan Al-Quran dan sejadah tempat kita bersujud kepada Allah s.w.t di rumah  kita,. 

Kalau anda tidak percaya,cuba anda cari dan lihat sekarang senaskah al-Quran yang dahulunya kita pernah membawa ia ke sana-sini untuk diqari atau diqariahkan didepan guru agama kita sehingga kita khatamkan ia atau kita pernah baca ia sewaktu hati kita masih menyayangi ia. Bukala hati kita..bukalah hati kita..bukalah hati kita..Tidakkah kita terlalu rindukan untuk membaca dan menghayatinya? 

Bagaimana dengan solat kita?Cukup ke tidak kita lakukan amalan tersebut sedangkan itulah yang pertama akan dihisab nanti di sana kelak.Sesungguhnya solat itu tiang agama dan juga pengabdian secara optimum kepada Allah s.w.t. Ye kita kadang-kadang solat jarang-jarang akibat kelengahan kita untuk mengerjakan amalan tersebut.

Tengoklah sejadah yang pernah kita letakkan dahi kita untuk bersujud kepada Allah s.w.t tanda penyerahan diri kita dan juga melaksanakan ibadat solat. Tidakkah itu memori yang paling terindah kita pernah abadikan dan lakukan apabila kita begitu asyik bercinta dengan Allah s.w.t ketika melakukan solat kepada Nya?Renunglah ia lama-lama semoga terdetik hati kita untuk menyinarkan kembali cinta teragung itu..

Dan saya juga ingin bertanyakan hati kita jua,bilakah kali terakhir kita mencium tangan ibu kita,ayah kita?Atau kita menyedekahkan al-fatihah dan doa untuk mereka ketika mereka amat-amat memerlukan doa kita untuk meringankan beban mereka di sana nanti? Bagaimana rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w..Pernah kah kita berselawat kepada baginda sedangkan bagindala sahaja mampu memberi syafaat atau bantuan kecemasan untuk kamu ke syurga nanti..Ye kita lupa kepada baginda kerana asyik hanyut dengan makanan-makanan dosa nikmat duniawi. 

Pernah tak kita melakukan taubat yang sebenar-benar nasuha kepada Allah s.w.t. Ye kita menangguhkan kerana kita yakin yang kita boleh bajet kita boleh hidup lama sedangkan rahsia tarikh kematian kita ini sungguh misteri dan hanya Allah s.w.t sahaja yang memiliki pengetahuan sedemikian.

Sesungguhnya kita semakin leka dan hanyut jauh benar,sedarlah kita semua kerana hari kiamat sudah benar-benar hampir. Hari kiamat itu sudah pasti akan terjadi dan ianya bukanla hari fun fair untuk kita bersuka ria.

Jadi bersediakah kita semua untuk melakukan lambaian terakhir di neraka sementara ini walaupun sebelum kiamat menjemput kita?

**Sesungguhnya tintaku ini juga peringatan khas untukku yang semakin hanyut~~syuxer

1 ulasan:

Khairil berkata...

peringatan untuk semua....