ENTRI TERBAIK

Selasa, 5 April 2011

~~KULIT-Bodyguard anda yang paling berani mati~~

Umum sediakala mengalami suatu perkara yang tidak menyelesakan diri dalam saat melakukan kerja-kerja seharian bahkan ia boleh membuatkan seseorang itu kadang-kadang terpaksa meninggalkan kerja itu buat sementara waktu.Ianya adalah nikmat SAKIT.Dalam teori perubatan,kesakitan boleh diklafikasikan sebagai mengalami ketidakselesaan deria dan rasa yang disertai oleh kerosakkan pada tubuh".



Walaubagaimanapun,ia sebenarnya memberi signal or isyarat yang teramat-amat penting mengenai kesihatan tubuh badan kita dimana kita boleh nyatakan bila anda sakit,tubuh anda akan mengeluarkan isyarat kecemasan yang menandakan anda perlu berjumpa dengan doktor. Anda tahu pasal isyarat pra kecemasan?Ianya mengenai "laporan ringkas" untuk anda bertindak kembali memanjai tubuh badan anda semula dari mengalami kesakitan yang lebih teruk. 

Boleh anda hidup dengan tubuh badan anda yang begitu berahsia untuk melaporkan mana-mana bahagian yang mengalami kerosakan?Itulah tersiratnya nikmat sakit..bila anda sakit,anda akan tahu apa yang tidak kena dengan tubuh badan anda. Anda mungkin akan berasa benci untuk rasa sakit,tapi anda harus menerima hakikat yang kesakitan itula yang akan memberi laporan ringkas untuk anda bertindak supaya mencegah ia dari menjadi lebih parah..Hendak atau tidak,anda harus akur yang kenikmatan sakit jugak penanda aras keadaan fizikal tubuh badan anda.

Kalau anda terpikir yang otak adalah punca anda sakit,sebenarnya anda salah kerana otak tidak mempunyai sebarang tisu nosiseptif(nociceptive) yang membolehkannya menerima isyarat kesakitan. Malah,kalau anda kata "ADUH SAKIT KEPALA KU NI,BERAT NAK MAMPUS NAK ANGKAT"..itu bukanla sakit berpunca daripada otak. Tapi ianya adalah membran di sekeliling otak dan saraf tunjang yang mempunyai reseptor kesakitan.

Tahukah anda apa yang reseptor kesakitan yang paling besar kat tubuh badan anda?Ianya adalah KULIT!.Ianya adalah bodyguard anda yang paling setia untuk melindungi bahaya yang memudaratkan tubuh anda.Keistimewaan bodyguarad anda itu ialah ianya merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan luar tubuh yang menghasilkan tindak balas refleks akibat rangsang kesakitan dan serta-merta bertindak mengarahkan anggota-anggota lain bergerak menjauhi punca kesakitan.

Tak faham?? Ok ni contohnya,katakanla jari anda terkena air panas,secara automatik anda akan menarik tangan anda ke belakang kan? Itula tindakan refleks anda yang menyelamatkan anda dari melecur lebih teruk. Melainkan anda sudah tekadkan dalam hati dan setkan dalam minda,biar melecur janji rock.

Mari kita kaji fungsi kehebatan bodyguard anda iaitu KULIT. Saya akan terangkan satu persatu secara terperinci untuk santapan diraja minda anda.ok?
  • Perlindungan daripada bakteria -Lapisan epidermis atau lapisan terkematu merupakan lapisan perlindungan daripada kemasukan bakteria,ini merupakan perlindungan tahap pertama. Lapisan berkematu yang sentiasa gugur menyebabkan bakteria sukar membiak dan bertapak tetap pada kulit.
  • Mencegah penghidratan- Lapisan berkematu mencegah kehilangan air ke persekitaran. Lapisan ini amatla penting kerana ianya mencegah kehilangan air.
  • Rangsangan luar- Lapisan kulit atau lapisan dermis yang mempunyai banyak reseptor,membolehkan kulit peka terhadap perubahan persekitaran. Reseptor-reseptor ini boleh mengesan pelbagai rangsang seperti tekanan,suhu,sentuhan dan sebagainya.
  • Sintesis vitamin D- Ajaibnya bila lapisan kulit ini terdedah kepada sinaran ultraungu,sinaran tersebut akan diserap oleh kulit dan bertindak sebagai prekursor,seterusnya menukarnya kepada vitamin D.
  • Menyimpan lemak- Lapisan paling bawah kulit merupakan lapisan lemak subkulitan. Lapisan ini merupakan lapisan yang kaya dengan lemak. Lapisan ini juga menjadi penebat haba.
  • Kawalaturan suhu- Ini merupakan proses homeostasis iaitu pengekalan ciri-ciri fizikal dan kimia tubuh dalam keadaan yang seimbang tanpa dipengaruhi oleh perubahan sekitaran.
  • Bagi dunia haiwan,ianya adalah kaitan bau dan penyamaran.Bau amat berguna untuk tujuan pertahanan bagi haiwan yang diburu oleh pemangsa. Bau juga membolehkan ada perbezaan antara sejenis haiwan dengan haiwan lain. Uniknya pigmen dalam kulit sesetengah haiwan membolehkan ia menjadi spy paling sempurna iaitu sesumpah. 
Maaf entri ini panjang ye..apapun saya ingin anda menjelajah lagi pasal kulit dari segi ilmiah Islam. Anda pernah dengar atau baca yang firman Allah s.w.t bermaksud: "Sesungguhnya orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami,Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus,Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa,lagi Maha Bijaksana." (surah al-Nisa 4:56).

Jadi persoalan yang saya nak timbulkan dalam kepala otak anda ialah bukankah bila badan melecur teruk,badan kita tidak akan merasa apa-apa kesakitan anda dicucuk di bahagian tersebut? Ya memang benar,tapi ingatla Allah s.w.t telah menyatakan yang "...tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus,Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu". Jadi ini bermaksud bilamana mereka yang dibakar oleh api neraka hingga hancur kulit,akan diganti semula kulit mereka supaya mereka terpaksa menanggung kepedihan dan kesakitan yang berulang-ulang kali. Itulah kesakitan paling dahsyat.Teori ia macam ni,dekat-dekat anda nak lega bila kulit hampir terbakar semuanya,tiba-tiba je mari kulit baru.Bukankah siksa macam tuh.Patutnya anda sudah berasa lega bila kulit terbakar habis.

Jadi secara kesimpulannya,KULIT memang misteri dan ini membuktikan ciptaan Allah s.w.t adalah seni yang teragung. Dari luar nampak biasa je kulit kan,tapi bila dikaji secara saintifik or dalam bidang dermatologi,anda akan tahu rahsia seni agung ni. Sebab itu ada orang bukan Islam memeluk agama Islam apabila beliau dikemukakan ayat al-Quran tadi,beliau terperanjat dan kagum bagaimana fakta tentang reseptor kesakitan ini disebutkan dalam al-Quran mempunyai persamaan dengan sains moden. Harus diingat yang al-Quran wujud pada 1400 tahun dahulu,jadi bagaimana al-Quran mampu menceritakan fakta mengenai reseptor tersebut dengan betul? Inilah hakikat keajaiban mukjizat al-Quran,ia melangkaui semua zaman dalam menceritakan suatu fakta. Beliau adalah Profesor Tagata Tejasen,Pengerusi Fakulti Anatomi di Universiti Chiang Mei.

**Dulu ada pernah belajar dalam sains ketika dajah 6 dulu pasal KULIT ni~~syuxer

1 ulasan:

toyolkiut berkata...

kerana pentingnya kulit, harus jaga sebaiknya ye..
TK ni manja orang nye, luka sikit pun dh mngalir air mata.. pedih sikit je, mngada lebih.. hehe..