ENTRI TERBAIK

Jumaat, 22 April 2011

Kenali Ulama-Ulama Terkenal Di Nusantara

Pada malam yang hening dan mampu membuka hati sesiapa yang mahu berilham,izinkan saya mencerahkan minda kita semua bagi mengenal biodata ringkas ulama-ulama tersohor seperti nama penuh ,jawatan yang disandang dan tarikh lahir serta tarikh kematian mereka di rantau nusantara ini. Mereka sudah lama pergi meninggalkan neraka sementara ini. Tentu zaman mereka penuh penghayatan islam yang benar-benar mampu membenihkan rasa kasih sayang sejati kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Sayangnya mereka sudah pergi tidak kembali lagi bagi memenuhi jemputan istimewa Ilahi menuju ke alam barzakh. Kini, kita harus menjalani kehidupan kita berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah untuk mengekalkan syahadat kita sambil mengharapkan keredhaan Allah s.w.t dan mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w disana kelak. Semoga mengenali ulama-ulama ini sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan menimbulkan rasa cinta serta kagum akan kehebatan mereka ini.Mari kita saksikan video di bawah ini. Berikut,saya sudah senaraikan nama-nama mereka untuk santapan minda secara ringkas.




  • Maulana Muhyiddin As-Saiyid Asy-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani (1078-1165)
  • Tok Kenali Al-Kalantani (1871-1933)
  • Syeikh Abdullah bin Wan Ibrahim bin Wan Abdullah Langgar Al-Qad-hi Al-Mashri (20 Februari 1889- April 1967)
  • Syeikh Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad Afif bin Muhammad bin Jamaluddin Al-Banjari (1857-1939)
  • Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul latif Al Minankabawi Al-Jawi (1860-1916)
  • Haji Abdur Rahman bin Husin Kelantan (1971)
  • Haji Sulung bin Abdul Qadir Al-Fathani (1895-13 Jun 1954)
  • Tuan Husein Kedah Al-Banjari bin Muhd. Nashir bin Muhd. Thaiyib bin Muhd. Masud bin Syeikh Muhd. Arsyad Al-Banjari (1863-1936)
  • Haji Jamaluddin bin Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari (Lahir 1780)
  • Haji Ismail bin Abdul Majid Al-Kalantani (1876- 29 Oktober 1950)
  • Syeikh Muhammad Jamil Jaho Al-Minankabawi (1863-1941)
  • Syeikh Abdul Hamid bin Muhammad Ali Kudus Al-Jawi (1863-1915)
  • Hadhratusy Kiyai Haji Hasyim Asy'ari (15 Feb 1871- 25 Jul 1947)
  • Kiyai Haji Bisri Syansuri (18 September 1886-28 April 1980)
  • Maulana Asy-Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari (1710-1812)
  • Syeikh Muhammad Jamil Jambek Al-Minankabawi (1860-30 Disember 1947)
  • Syeikh Muhammad Thahir Jalaluddin bin Muhammad bin Jalaluddin Ahmad bin Abdullah Al-Minankabawi Al-Azhari (4 Dis 1869-26 Okt 1956)
  • Haji Muhammad Syafie bin Haji Muhammad Amin Losong (1862-1945)
  • Saiyid Syeikh Al-Hadi (24 Disember 1864-20 Februari 1924)
  • Haji Khalil bin Haji Husein Al-Malakawi (17 Mei 1885-10 Jun 1960)
  • Haji Muhammad Nur bin Mufti Haji Ibrahim bin Haji Shalih Al-Kalantani(10 Ogos 1905-13 Februari 1987)
  • Haji Ibrahim bin Haji Yusuf bin Haji Shalih Al-Kalantani (1872- 2 Jun 1955)
  • Haji Wan Musa bin Abdus Shamad Al-Kalantani (1875- 14 Januari 1939)
  • Haji Wan Muhammad bin Abdus Shamad Al-Kalantani (1 Okt 1870-8 Dis 1920)
  • Syeikh Sulaiman Ar-Rasuli bin Angku Muhammad Rasul Al-Minankabawi(1871-1970)
  • Haji Dato' Mursyidi bin Nuruddin Sarawak (1877-1939)
  • Syeikh Utsman bin Abdul Wahhab As-Sarawaqi (15 Jun 1864-28 Julai 1921)
  • Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain Al-Fathani (1856-1908)

**Sesunguhnya merekala pewaris nabi~~syuxer

8 ulasan:

SHM berkata...

kebanyakannya mmg x knal..
tq for sharing..

Khairil berkata...

Ulama memang tak sepopular artis...tapi merekalah pewaris para nabi...thanks for share...

shameel Iskandar berkata...

Terima kasih atas perkongsian info yg amat bermakna.

Kenali dan sayangilah ulama sbb mereka adalah pewaris Nabi.

" Islam yang sampai kepada kita umpama air yang telah mengalir selama 1400 tahun. Jika air yang asalnya jernih, mengalir begitu lama sudah pasti dicemari dengan kelodak dan sebagainya, dan untuk membersihkannya semula memerlukan penapis. Demikian juga Islam, untuk memahami Islam sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW memerlukan penapis yang bersih. Penapis itulah para ulama yang ikhlas mengajarkan ilmu. Semoga Allah SWT mengekalkan di bumi ini para ulama yang ikhlas membantu menegakkan agamaNya, insya-allah." Pesanan seorg ulama dari kelantan.

Syuxer berkata...

@SHM~sama2 bro..sharing is caring(eh ntahla dari mana ayat ni muncul) heheh

Syuxer berkata...

@Khairil~sama2 bro..memang pun..artis sekarang diingati,ulama semakin dipinggirkan

Syuxer berkata...

@shameel Iskandar~sama2 bro..wau terkesima dengan penjelasan bro..memang benar apa bro cakapkan..islam kini dalam fasa kegelapan..tunggu imam mahdi kot,baru cahaya keimanan dan islam akan menyinari bumi ini kembali..arap2 saya dapat merasai fasa kebangkitan islam itu..

Hisyam berkata...

Tok Selehor kat tumpat best ape. Lagenda buaya putih.

Syuxer berkata...

@hisyam~ye betul tuh..heheh