ENTRI TERBAIK

Selasa, 5 April 2011

~~Kenali Imam Hanafi~~

Saya ingin ciptakan satu segmen khas untuk tokoh-tokoh dunia yang mewarna-warnikan bumi.Saya dahulukan Imam Hanafi untuk post kali pertama untuk segemen ini. Mungkin post ini agak panjang. Jadi tanpa membuang masa,saya akan mulakan kisah hidup beliau secara mungkin terperinci atau ringkas.

Nama sebenar beliau adalah Nukman bin Tsabit bin Zautha bin Maha. Kenapa beliau dipanggil Imam Hanafi atau Imam Abu Hanifah tapi bukan Imam Nukman?Nama beliau dikenali Imam Hanafi disebabkan oleh beberapa sebab seperti:-

1) Kerana beliau mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Hanifah,maka beliau diberi julukan dengan Aby Hanifah
2)Kerana semenjak kecil,beliau amat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya,maka beliau dianggap seorang yang hanif(kecenderungan/condong) pada agama. Itula sebabnya beliau masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.
3)Menurut bahasa Persia, "hanifah" bermaksud tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadis-hadis,ke mana pergi beliau selalu membawa tinta. Kerana itu beliau dinamakan Abu Hanifah.

Beliau dilahirkan di Kufah,Iraq pada tahun 80 Hijrah(699 Masihi). Tahukah anda yang beliau mempunyai kepandaian yang luar biasa sejak remaja lagi dimana beliau telah menang dalam sesi debat melawan seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Imam Hanafi juga bukan sekadar pintar tapi juga didatangkan dengan pakej sifat alim apabila beliau berguru dengan ramai syeikh-syeikh besar serta alim ulama terbilang.

Apa yang menarik disini,akibat kepintaran dan kealiman beliau ini,telah ditawarkan satu jawatan dalam pemerintahan tetapi beliau menolak kerana beliau lebih suka bergerak bebas tanpa terikat dengan jawatan dalam kerajaan. Apabila permintaan ditolak,sudah tentu ada orang tidak akan puas hati kan?Buktinya Gabenor Iraq ketika itu, Yazid bin Hurairah al-Fazzari telah memerintahkan Imam Hanafi menghadapnya di istana. Antara hukuman yang diberi oleh Yazid jika Imam Hanafi menolak tawaran jawatan itu ialah hukuman penjara serta pukulan cambuk.

Anda tahu apa respons Imam Hanafi bila menyatakan ketegasan beliau menolak jawatan tersebut? "Demi Allah,aku tidak akan menerima jawatan yang ditawarkan kepadaku,sekalipun aku dibunuh oleh pihak kerajaan," tegas Imam Hanafi dengan berani. Akibat ketegasan beliau itu,beliau telah dihukum penjara dan dilayan seperti tahanan-tahanan lain biarpun beliau adalah seorang boleh dikelas VIP. Hukuman yang tidak patut dikenakan ke atas imam besar adalah pukulan cambuk,itu sudah tahap menghina beliau. Tapi anda semua nak tahu apa respons disebalik hukuman tersebut? "Hukuman dera di dunia lebih ringan daripada hukuman neraka di akhirat kelak." begitu kuatnya semangat Iman Hanafi ini.

Setelah beberapa hari beliau disiksa di penjara,akhirnya gabenor membebaskan beliau dari hukuman tersebut. Tapi penderitaan beliau tidak terhenti disitu apabila beliau berdepan situasi sama pada selepas 2 tahun kemudian pada tahun 132 Hijrah. Kali ini dengan pemerintah yang berdinasti Abbasiyyah pula selepas bertukar tangan dari kerajaan Bani Umaiyyah. Pemerintah tersebut dikenali sebagai Khalifah Abi Jaafar al-Mansur  telah memanggil beliau ke istana untuk mengisi jawatan kadhi di Baghdad. Pegawai-pegawai istana yang sudah sedia maklum akan pendirian imam besar ini bertanyakan "Adakah guru masih akan menolak jawatan ditawarkan ini?". Jawapan beliau adalah " Amirul Mukminin lebih kuat membayar kifarat sumpahnya daripada aku membayar sumpahku,".

Lantas kemudian,khalifah tersebut tidak mahu berfikir panjang dan terus memenjarakan Imam Hanafi. Setelah beliau ditahan untuk seketika,beliau dibebaskan dan dihadapkan oleh khalifah tersebut dengan harapan semoga imam besar tersebut berubah hati menerima jawatan tersebut kembali untuk bersama-sama dengan ulama terkenal Baghdad iaitu Imam Sufyan al-Tsauri dan Imam Syarik al-Nakhaei. Tapi khalifah hampa kerana imam besar tersebut masih tetap tidak mahukan jawatan tersebut dan yang uniknya Imam Sufyan al-Tsauri menuruti keputuasan Imam Hanafi dengan melarikan diri ke Yaman. Oleh yang demikian Imam Hanafi dipenjarakan semula dan hanya Imam Syarik saja yang sudi menerima pelantikan tersebut.

Apapun,imam agung ini akhirnya menemui ajalnya di penjara pada usianya 70 tahun. Disebalik kewafatan beliau,ternyata beliau telah meninggalkan suatu benda yang cukup bernilai kerana mempertahankan prinsip dan pendirian yang diyakini dari awal,tanpa rasa takut dan megah oleh sebarang ancaman atau ditawarkan dengan jawatan. Yang menjadi persoalan disini kenapa beliau amat bertegas tentang pendirian beliau tidak berkhidmat dengan pemerintah??

Jawapannya ialah,beliau percaya dan yakin pemerintahnya yang berlangsung semasa hayatnya tidak berdiri atas dasar sunnah Rasul s.a.w. Bentuk pemerintahan bersifat monarki,yang sebahagian besar bertentangan dengan asas Islam. Seolah-olah negara itu kuasa penguasa adalah mutlak. Natijahnya,beliau yakin sekiranya beliau menerima jawatan kadhi itu,tidak mungkin beliau dapat menegakkan kebenaran yang sebenar akibat dikekang pengaruh dan kehendak penguasa.

Disebalik kejayaan beliau menyampaikan ilmu serta tekun beribadah,beliau sebenarnya seorang saudagar pakaian yang berjaya. Walaubagaimanapun, itu tidak memalingkan hatinya daripada Allah s.w.t biarpun hidup beliau senang. Tabiat unik beliau adalah mengerjakan solat subuh dengan wuduk yang diambil semasa solat Isyak. Pada bulan ramadhan,Imam Hanafi akan mengkhatamkan al-Quran sebanyak dua kali,sekali pada sebelah siang dan sekali lagi pada sebelah malam.Salah satu sifat beliau yang patut dicontohi ialah beliau suka bersedekah dan ada suatu cerita yang mana ada seorang lelaki apabila bertembung dengan imam besar. Apabila ditanya kenapa memalingkan muka,lelaki itu menjawab yang beliau malu dengan Imam Hanafi kerana beliau ada hutang dengan imam tersebut. Lantas, Imam Hanafi berkata "Janganlah seperti itu. Mulai hari ini hutangmu itu aku halalkan."

Imam Hanafi juga dikatakan seorang yang amat berhati-hati dalam melakukan sebarang tindakan.Contohnya, beliau sendiri lebih rela basah kehujanan daripada berteduh di bawah bumbung rumah orang yang berhutang dengannya. Beliau bimbang dianggap mengambil kesempatan daripada pemiutangnya(orang yang berhutang dengan beliau) itu. 

Menurut riwayat,Zautha(datuknya) pernah membawa anaknya Tsabit (ayah Imam Hanafi) yang sewaktu itu masih kecil menziarahi Sayidina Ali bin Abi Talib r.a. Sayidina Ali r.a mendoakan Tsabit agar ada keturunannya nanti yang menjadi tokoh yang baik,luhur dan pintar. Ternyata doa Sayidina Ali r.a dikabulkan oleh Allah s.w.t.

Kenyataan daripada orang-orang yang mengenali diri beliau
  • Imam Syaqiq al-Balkhi (ulama sezamannya)- "Imam Abu Hanifah adalah seorang yang terhindar jauh daripada perbuatan yang dilarang oleh agama. Dia sepandai-pandai orang tentang ilmu agama dan seorang yang banyak ibadahnya kepada Allah. Amat berhati-hati tentang hukum-hukum agama."  
  • Imam Ibrahim bin Ikrimah- "Di masa hidupku,belum pernah aku melihat seorang alim yang amat benci kemewahan hidup dan yang lebih banyak ibadahnya kepada Allah s.w.t dan yang lebih pandai tentang urusan agama,selain Imam Abu Hanifah."
  • Imam al-Syafii- "Siapa ingin mutabahir(memiliki ilmu seluas lautan) dalam masalah fikih hendaklah dia belajar dengan Abu Hanifah. Beliau adalah bapa ilmu fiqah kerana semua mata air ilmunya dari Imam Hanafi."
  • Fudhail bin Iyadh- "Abu Hanifah adalah seorang yang fakih,terkenal dengan waraknya,sebagai salah seorang hartawan,sabar dalam belajar dan mengajar ilmu,sedikit bicara,menunjukkan kebenaran dengan cara yang baik,menghindari diri daripada harta penguasa."
  • Syeikh Nasiruddin al-Bani menjawab komen-komen negatif yang ditujukan kepada Imam Hanafi dengan berkata "Bahkan wajib beradab dengannya kerana dia merupakan salah satu imam daripada imam-imam kaum Muslimin yang dengan merka terjaga agama ini."
**Tidak hairanlah kalau beliau adalah antara pengasas 4 mazhab kerana kepintaran dan kealiman beliau~~syuxer

Tiada ulasan: