ENTRI TERBAIK

Sabtu, 9 April 2011

~~Kemiskinan Yang Tidak Dilakon-lakonkan~~

Saat kita leka bersuka ria,hepi memanjang,bergelak sakan dan bergurau senda sesama kawan di bawah payung keamanan dan kesejahteraan hidup yang dikurniakan oleh rahmat Allah s.w.t, kita lupa yang masih ada manusia yang berdarah warna seperti kita masih tidak dapat menerima watak seorang yang hidup tidak melarat. Seolah-olah mereka terlalu jujur "melakonkan" watak seorang miskin ataupun papa kedana ditahap ekstrem. Mereka disana masih lagi berlakon watak sedemikian kerana kepayahan dan ketidakstabilan ekonomi di negara tersebut akibat tangan-tangan kotor yang mementingkan wang dari menjalankan amanah dengan sewajarnya. Kita seharusnya bersyukur yang kita tidak perlu melakonkan watak mereka di negara kita. Alhamdulillah!!


Ini diibaratkan seperti mendapat gaji pertama bagi mereka

Mereka ditakdirkan membesar dalam suasana menyedihkan dengan tiada pakaian
Anak-anak mencari sesuatu dengan mengharapkan ada rezeki di situ

Rumah rasmi mereka

Walaupun miskin,mereka tidak lupa pada kemuliaan ilmu

Kecil-kecil lagi sudah dibebankan dengan tanggungjawab yang besar

Mereka hepi mencari rezeki disitu walaupun terpaksa bergelumang dengan kekotoran

Erti bahaya sudah lali dalam hidup mereka.

Si anak kecil yang terpaksa mengharungi malapetaka kemiskinan melampau

Wajahnya comel namun linangan airmatanya tersirat seinfiniti kedukaan yang amat besar

Suasana ini diibaratkan pusat beli-belah kepada mereka

Kasut bagi mereka diibaratkan seperti membeli sebuah kereta

Berdindingkan lalang merupakan trademark kemiskinan mereka

Salah satu syurga mereka asalkan mampu dapat menahan dari kepanasan dan hujan

Katil amat susah ditemui sana.

Sanggupkah anda meniru mak cik ini?




**Terasa terbitnya rasa keinsafan dan bersyukur akan nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t~~syuxer

2 ulasan:

Mohd Kamal berkata...

Terima kasih kepada Allah memberi rezeki yang melimpah ruah kepadaku....sedihnya tengok gambar2 ini....

Syuxer berkata...

Yeah..kita x pernah bersyukur apa yang kita ada..itula sifat kita selama ni..