ENTRI TERBAIK

Rabu, 13 April 2011

~~Kekalahan Perit buat Red Warriors~~




Nasib malang terus menimpa team Kelantan aka Red Warriors apabila terpaksa menanggung keperitan di belasah teruk 4-0 oleh pasukan Perak.Persoalan yang timbul disini adalah misteri kemerosotan penjaga gol kebangsaan,Khairul Fahmi Che Mat yang sejak kebelakangan ini telah melepaskan banyak gol lebih-lebih lagi ketika beraksi di tempat lawan. Apakah beliau harus direhatkan bagi menemui semula rentak kebangkitan beliau selaras dengan status beliau sebagai penjaga gol nombor satu malaysia ketika ini? Dato' M.Karathu harus mencari jalan yang benar-benar mampu mencernakan penyelesaian terbaik bagi membaiki kelemahan yang begitu ketara dibahagian pertahanan yang semakin longgar sejak akhir-akhir ini. 

Pasukan Kelantan begitu membara/hebat apabila beraksi di tempat sendiri tetapi apabila bermain di tempat lawan seolah-olah mereka kelihatan bukan seperti pasukan Kelantan yang kita kenali. Dengan kemerosotan prestasi Kapten Kelantan Piya,penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi dan ketumpulan dibahagian serangan ketika beraksi ditempat lawan menyebabkan bahagian pertahanan akan sentiasa terdedah kepada bahaya counter-attack/serangan balas dari pihak lawan. 

Sudah tiba masanya pasukan Kelantan menjalankan post-mortem untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan dalam pasukan Kelantan bagi mengelakkan badi kalah di tempat lawan berulang kembali. Selain dari itu,ketiadaan penyerang yang serasi dengan NorSharul Idlan Talaha menyebabkan beliau terpaksa menghadapi kesukaran dalam menjaringkan gol. Oleh itu, Dato' Karathu harus membuat pencaturan berani dengan mengandingkan Nizab Ayub dengan NorSharul Idlan bagi membentuk keserasian untuk menjana serangan yang ampuh. S.Chanturu tidak mempunyai naluri ciri-ciri seorang striker sejati walaupun beliau mempunyai kepantasan. Walaubagaimanapun diharapkan ketumpulan di bahagian serangan dan kelemahan di bahagian pertahanan harus diperbaiki secepat mungkin,lebih-lebih lagi dengan perlawanan yang genting pada masa akan. Semoga impian merangkul Liga Super masih lagi berpihak kepada pasukan Kelantan.

**Gomo Kelate Gomo~~syuxer

Tiada ulasan: