ENTRI TERBAIK

Jumaat, 8 April 2011

~~Jenis Pilihan Ulam-ulaman Penambah Seleraku~~

Entri kali ni pasal ulam-ulaman menaikkan seleraku dalam menjamah rezeki makanan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Bagi orang yang pernah memegang status orang kampung ataupun lebih mudah dikenali berasal dari kampung akan mengiyakan bahawa sebarang ulam-ulaman pasti menaikkan selera pemakanan individu tersebut sampai nasi pun ditambah sebanyak dua kali.Ini bukan omongan kosong kerana telah terbukti anda sendiri telah mengiyakan perkara tersebut yang sebenarnya tidak memerlukan sebarang pengesahan memandangkan pihak mahkamah belum tentu nak melayan kes sebegini.

Ini point yang saya ceduk dari abang wikipedia iaitu "Ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus.". Jadi ia sebenarnya seperti jus mate5 dr.romzey yang lebih semulajadi dan menyelerakan. Saya tambah lagi kenyataan abang wikipedia iaitu "Sebagai contoh, pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Jadi,ianya bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak dan darah pun jadi ok serta kulit jadi lebih menawan.

Bagi pilihan terbaik ulam-ulaman untuk saya ialah ulam pegaga,biji kerdas dan petai membuatkan saya berselera sampai tambah nasi.Ulam pegaga sedap dimakan begitu sahaja.Rasa ia tidakla begitu pahit,yang pasti ia akan membangkitkan selera anda.

Walaupun ia berbau busuk (petai dan biji kerdas) lebih-lebih lagi bila sendawa,sebenarnya ia mempunyai khasiat yang  menakjubkan iaitu memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ianya best dimakan begitu sahaja dan menyelerakan bila dicicah dengan budu serta sambal belacan. Lebih sedap andai petai tuh dibuat jeruk.Biji kerdas ni baru je saya cuba makan bulan lepas.Mula-mula tidak berapa gemar coz rupa dia lebih kurang buah jering. Tapi bila makan biji ni,ia macam best plak macam makan buah petai.Yang best sekali dapat buah kerdas yang muda yang berwarna hijau tidak berapa nak tua sangat. Yang hitam tuh dah tua dah(tidak berapa umphh).

Yang tak bestnya,buah kerdas ni susah nak dapat kerana pokoknya terlalu tinggi dan sukar didapati serta berbuah ikut suka hati dia. Cubalah try petai,ulam pegaga dan buah kerdas,InsyaAllah perut anda tidak akan meragam dan awet muda. Lagipun ia berlambak dijual kat kedai-kedai di Malaysia ni.



Petai
Biji Kerdas




.










Ulam Pegaga

**Pilihan ulam-ulaman anda bagaimana pula?~~syuxer

2 ulasan:

toyolkiut berkata...

selera kita serupa..
smua ulam yg d sebutkn tu TK suka.. tp hnya dpt mkn pada masa2 ttntu sj la, kt umah ni adik TK hanya tanam pohon2 ulam yg kecil2 je, cm pegaga, ulam raja, saderi..
TK x brapa selera nk mkn nasik klau ulam xde..

Syuxer Melankolia berkata...

oic..janji ada ulam..kena wajib ada tuh..sebagai penambah rasa..:)..ulam raja tuh best gak tuh..