ENTRI TERBAIK

Rabu, 13 April 2011

Jambatan Stamford akhirnya Terbakar Dalam Neraka Old Trafford



Pada awal pagi tadi,pasukan kegemaran aku, Manchester United telah berjaya melenyapkan keegoan the Blues aka Chelsea setelah menumpaskan musuh ketatnya dengan 2-1 dalam perlawanan suku akhir kedua.Kemenangan itu juga menjadikan agregat 3-1. Di sebalik kemenangan itu,kita dapat lihat kecekapan kedua-dua penjaga gol berjaya mempertahankan kubu mereka dari dibolosi.Walaubagaimanapun ketika perlawanan untuk separuh masa pertama hendak ditamatkan,Javier Hernandez berjaya mempontianakkan Chelsea apabila berjaya menyambut hantaran lintang dari bakal Sir Ryan Giggs pada minit ke 43. Jaringan itu membuatkan Chelsea assfocus dalam mencari gol awal bagi menyimbangi momentum perlawanan tersebut. Apapun, pasukan Chelsea sebenarnya berjaya menguasai perlawanan tersebut dengan beberapa percubaan yang tepat serta berbahaya dari Nicholas Anelka,Torress dan Malauda pada separuh masa pertama. 

Setelah babak kedua bersambung, Manchester United sekali lagi menghadapi kesukaran untuk mengawal tempo perlawanan yang rata-rata dikuasai oleh pasukan Chelsea. Kekasaran demi kekasaran yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan mengundang pengadil melayangkan beberapa kad kuning. Yang paling menarik sekali, Nani berjaya membuatkan pengadil tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada Ramires pada minit ke 70. 

Walaubagaimanapun, Chelsea akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan apabila Didier Drogba berjaya menjinakkan Edwin Van Der Sar dengan melepasi perangkap offiside dan terus melakukan rembatan yang kencang setelah menerima hantaran dari Kolou.. Ku sangka hujan lebat berirama dup dap dup,rupa-rupanya Park Ji Sung berjaya membalas balik tak sampai seminit pun dengan larian dari sebelah kiri setelah menerima hantaran dari "Sir" Ryan Giggs pada minit ke 77. Jaringan tersebut seolah-olah ingin men"dog"kan jaringan semangat Didier Drogba tadi. Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat permainan dan pasukan Manchester United dikhabarkan akan berlawan dengan Schalke FC di separuh akhir nanti. 

**Glory-glory Manchester United~~syuxer

4 ulasan:

shaffique berkata...

sedih la chelsea aku kalah. huhu.


My latest entry : Heroin Kartun Disney Versi Gothic

Syuxer berkata...

jangan bersedih..pasukan chelsea xde luck semalam..reff pun bias2 gak..apapun chelsea mungkin season depan akan lebih kuat..manala tau torres jadi cam berbatov..

encHIx laNDax berkata...

i Hate MU! wahahhaha

Syuxer berkata...

hahaha enchix landax sokong team mana?