ENTRI TERBAIK

Isnin, 11 April 2011

~~1 Doa dari 3 Doa Rasulullah s.a.w ditolak~~

Kali ini,saya ingin kita semua merenung kembali tahap pemahaman kita terhadap agama Islam. Saya tahu kita semakin hari semakin lupa pasal kisah-kisah yang telah berlaku dalam dunia Islam. Dengan kata lain,kita dah semakin jahil atau semakin buat-buat tak ingat pasal agama kita. Nak tak nak,kita sebenarnya kena akui kalau ditanya suatu perkara berkaitan Islam,kita hanya mampu menjawab separuh saja dan mungkin ada yang tidak mengetahui langsung. Jadi marilah kita sama-sama mengimbas kembali kisah-kisah yang menarik dalam Dunia Islam yang boleh kita jadikan panduan dan pengajaran serta pedoman untuk renungan bersama. Jadi saya akan terbitkan edisi khas iaitu Kisah 1001 teladan untuk santapan diraja minda anda.




Allah s.w.t menolak 1 doa dari 3 doa rasulullah s.a.w.

"Amri bin Said dari bapanya berkata bahawa:
"Satu hari Rasulullah s.a.w telah datang dari daerah berbukit.Apabila Rasulullah s.a.w sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah s.w.t.Setalah selesai baginda berdoa maka Rasulullah s.a.w pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud: "Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t tiga perkara,dalam tiga perkara itu cuma DIA memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah s.w.t

2. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah s.w.t

3. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka(peperangan,pergaduhan antara sesama Islam)Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan(telah ditolak)

Di sini point yang kita dapat dari ilmu ini,kita dapat mengetahui kenapa peperangan sesama Islam sentiasa berlaku pada hari ini. Sebab itulah saya ingin membawa anda kembali membaca dan menghayati kisah-kisah yang menarik dalam dunia Islam. Ada yang boleh dijadikan panduan dan rujukan berguna untuk santapan diraja minda anda semua. 


**Kita semakin hanyut dan sedar tak sedar kita sebenarnya semakin tewas dalam dunia korup ni~~syuxer

Tiada ulasan: