ENTRI TERBAIK

Rabu, 23 Mac 2011

~~Tahukah Anda?? ** Part 2~~


  • Nama bulan Julain diambil bersempena nama Julius Caesar
  • Apabila kuda kesayangannya bernama Bucephalus mati,Iskandar Zulkarnain membina sebuah bandar dengan kudanya itu.
  • Buku pertama yang dicetak di dunia adalah di China pada tahun 868 Masihi. Buku pertama dicetak di Eropah adalah kitab Injil yang dicetak di Jerman antara tahun 1452-1456. Setiap tahun, 6 ribu buku kanak-kanak dicetak di England
  • Parameswara pernah mengupah lanun dan Orang Laut untuk mengawal perairan Selat Melaka.
  • Sukan Olimpik bermula pada tahun 776 S.M. dan dikhaskan untuk kaum lelaki sahaja. Sukan Olimpik moden dimulakan pada tahun 1896 dan mula disertai oleh kaum wanita. Namun sehingga kini belum ada peserta wanita dalam acara sukan lompat bergalah.
  • Sewaktu Albert Eistein menerima Hadiah Nobel pada tahun 1921 kerana jasa-jasanya dalam bidang sains,dia datang hanya menaiki kereta api kelas tiga!.
  • Istana yang tertua di dunia dibina oleh kaum Assyria di Mesopotamia pada tahun 9 S.M.
  • Henry The Navigator dikenali sebagai 'penjelajah yang duduk diam di rumah sahaja' kerana sepanjang hayatnya beliau sendiri tidak pernah berlayar di laut!!
  • Pada zaman Rasulullah s.a.w.,semua lelaki dewasa akan pergi berperang tanpa mengira status atau jenis pekerjaannya
  • Galileo Galilei diterima ampunan beliau setelah 354 tahun meninggal dunia!
  • Istana Taj Mahal dibina oleh Maharaja Syah Jahan untuk permaisuri kesayangannya,Muntaz.Dibina dalam 22 tahun. Kini Taj Mahal menempatkan kubur kedua-dua pasangan itu

Tiada ulasan: