ENTRI TERBAIK

Selasa, 15 Mac 2011

~~Penghormatan Tinggi Aku Terhadap Pejuang Tanah Airku~~

 

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi
 Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti
Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

Bila dengar lagu ni,aku seolah2 berasa semangat untuk melakukan sesuatu. Lagu ni sungguh berhantu dan patut dinyanyikan di sekolah2 pada hari ini.Semoga anak2 muda masih ada semangat patriotik untuk mempertahankan maruah negara yang tercinta ini!!

Aku tabik spring kepada wirawan dan wirawati samada Soldadu/Tentera/Pemegang Maruah Malaysia/Askar  Darat,Udara dan Laut yang sudi 24 jam berjaga siang malam di sempadan demi menyenyakkan ketiduran kami tatkala korang semua sendiri terpaksa korbankan nikmat tidur.Bahkan korang sendiri terpaksa mempertaruhkan nyawa,itu satu pergorbanan yang sungguh hebat dan berani.Semoga korang semua akan diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t dengan lindungan malaikat2 disisi korang semua. "Ya Allah,lindungkanlah perwira2 kami disempadan dan dimana2 sahaja,rahmatilah mereka dan andai mereka terkorban,rahmatilah jasad dan roh mereka di tempat yang terpuji" .Amin..

Aku x pernah begitu respek tahap gaban kat mana2 makhluk melainkan kepada seorang tentera or askar yang ikhlas menumpahkan darah dan mengadaikan nyawa demi bangsa,agama dan negara.Itu tanda pengorbanan yang sungguh luar biasa dan semoga keperwiraanmu akan diturut jejak langkah oleh cucu-cicit kita di kemudian hari.Tanpa keberanian dan keperwiraan mu wahai para soldadu,negara kita x akan aman damai..I salute u'all forever!!!!

P/s:apakata mintak tolong khabarkan kat skuad bolasepak negara supaya menyanyikan lagu ni..aku jamin dorang akan lebih bersemangat dan akan diresap oleh semangat x kenal erti kalah dan malahan mungkin ada yang akan menangis kerana begitu terharu dipilih menjadi salah seorang ahli dalam lagu barisan kita.

Tiada ulasan: