BLOG PILIHAN UTAMA PENULIS (MAI DARI BENDANG)

ENTRI TERBAIK

Khamis, 24 Mac 2011

~~Kenali Nama Perang-perang Terkenal di Dunia dan Islam~~



Gambaran tentang suasana peperangan zaman dahulu
Info Ringkas Perang-Perang yang Terkenal

Perang Ahzab
Peperangan ketiga antara umat Islam Madinah dengan kaum Quraisy Makkah. Ahzab bermakna sekutu. Berlaku pada tahun 629 Masihi di sempadan utara kota Madinah. Seramai 10000 tentera bersekutu Mekah menyerang seramai 3000 umat Islam. Namun gabungan tentera Mekah gagal masuk ke Madinah kerana umat Islam telah menggali parit besar di sekitar sempadan utara kota tersebut. Lantaran itulah perang tersebut juga dikenali sebagai Perang Khandak (parit). Peperangan berakhir apabila ribut pasir yang dahsyat melanda pasukan tentera Ahzab sehingga mereka bertempiaran lari.

Perang Badar
Peperangan yang pertama dalam sejarah Islam. Berlaku di Lembah badar di luar kota Madinah. Seramai 1000 tentera Quraisy Makkah menyerang seramai 313 umat Islam. Tentera Quraisy dipimpin oleh Abu Jahal manakala tentera Islam dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Umat Islam mencapai kemenangan tersebut dan Abu Jahal sendiri terbunuh.

Perang China-Jepun
Peperangan antara China dengan Jepun pada tahun 1895. Kerajaan Jepun yang sedang mengharungi pemodenan melalui Pembaharuan Meiji berjaya menumpaskan kerajaan China yang jauh lebih besar. Kekalahan China dalam perang ini menyebabkan Dinasti Manchu semakin menerima tekanan daripada golongan yang mahukan pembaharuan. Kemenangan Jepun pula membuktikan tentang kejayaan pembaharuan yang mereka lakukan.

Perang Dingin
Peperangan antara kuasa-kuasa besar dunia tanpa melibatkan senjata di medan perang. Melibatkan kuasa Amerika Syarikat dan Rusia. Peperangan ini lebih berkonsepkan pengintipan,ancaman,desakan,propaganda atau kegiatan subversif. Peperangan ini tidak melibatkan penggunaan senjata,cuma ianya untuk melemahkan pengaruh atau nama baik pihak lawan masing-masing.

Perang Dunia I
Perang Besar di Eropah yang melibatkan kuasa-kuasa Tengah (Jerman dan Austria-Hungary) menentang Pakatan Bertiga (Britain, Rusia dan Perancis). Meletus antara tahun 1914-1918. Peperangan meletus apabila tentera Jerman menyerang Perancis melalui Belgium. Namun begitu,faktor asas yang mencetuskan peperangan ini adalah apabila Putera Mahkota Austria bernama Franz Ferdinand mati ditembak di khalayak ramai di Sarajevo pada bulan Jun 1914. Pembunuhnya ialah seorang nasionalis bangsa Serb. Itali yang berkecuali pada peringkat awal telah menyebelahi Pakatan Bertiga. Amerika Syarikat menyertai peperangan ini pada tahun 1917.Hasilnya, membawa kejayaan kepada Pakatan Bertiga. Pada tahun 1919,Perjanjian Versailles ditandatangani sebagai menandakan perang telah berakhir. Empayar Austria-Hungary runtuh,Empayar Turki Uthmaniah tamat manakala semua tanah jajahan Jerman diserahkan kepada pihak yang menang.

Perang Dunia II
Peperangan yang meletus di Eropah dan Asia Pasifik antara tahun 1941 hingga 1945. Melibatkan Kuasa Paksi (Jerman,Itali,dan Jepun) menentang Tentera Berikat (Amerika,Britain,Perancis). Peperangan bermula di Eropah pada bulan September 1939 apabila tentera Jerman menyerang Poland. Di rantau Pasifik pula, peperangan bermula apabila tentera udara Jepun menyerang dan menghancurkan Pelabuhan Pearl Habor di Hawaii pada 7 Disember 1941. Pada pertengahan tahun 1942, Jerman dan Itali mula mengalami kekalahan. Perang di Eropah tamat apabila tentera Rusia berjaya memasuki Berlin dan Hitler membunuh diri. Di rantau Pasifik pula,bom atom telah digugurkan oleh tentera udara Amerika Syarikat di Hiroshima dan Nagasaki pada bulan Ogos 1945. Tentera Jepun menyerah kalah sejurus selepas itu.

Perang Inggeris-Burma
Peperangan antara tentera British dari India dengan tentera Burma berlaku pada 1824-1886. Terdapat tiga peperangan antara kedua-dua pihak ini. Pada perang pertama,British berjaya menawan wilayah Arakan,Tenasserim,Assam,Manipur dan Cachar. Pada perang kedua, British berjaya mengusai Burma Hilir. British menang dalam ketiga-tiga peperangan. Selepas peperangan ketiga dan terakhir,British berjaya menjajah seluruh Burma. Dinasti Konbaung tamat.Era penjajahan di Burma bermula.

Perang Jamal
Peperangan antara Khalifah Ali bin Abu Talib dengan tentera Saidatina Aisyah(isteri Rasulullah s.a.w). Dinamakan Perang Jamal kerana Aisyah menunggang seekor unta. Merupakan perang saudara sesama Islam yang pertama dalam sejarah dunia. Berpunca daripada salah faham sesama umat Islam. Tentera Ali mencapai kemenangan dan Saidatina Aisyah dihantar dengan penuh hormat balik ke Mekah.

Perang Kemerdekaan Amerika
Juga dikenali sebagai Revolusi Amerika. Meletus pada tahun 1776 dan berakhir pada tahun 1783. Orang Amerika bangun menentang Parlimen Britain. Ini kerana Parlimen Britain mengenakan pelbagai tekanan ke atas 13 koloni mereka di Amerika. Perang ini berakhir dengan kejayaan orang Amerika membebaskan diri mereka daripada pemerintahan Britain dan melahirkan Amerika Syarikat.

Perang Salib
Peperangan yang hebat dan berpanjangan antara umat Islam Mesir dengan tentera Kristian seluruh Eropah kerana berebutkan Jerusalem. Berlaku pada abad ke-11 hinggalah abad ke-13 (1096-1273). Perang salib yang pertama berlaku pada tahun 1096 manakala yang terakhir berlaku pada tahun 1247. Peperangan bermula apabila Pope Urban II menyeru supaya seluruh umat Kristian bersatu dan mara ke Palestin untuk membebaskan Jerusalem daripada umat Islam. Beliau mengadakan perhimpunan umum di Clermont,Perancis pada tahun 1095 yang dihadiri oleh kaum bangsawan Perancis dan beratus-ratus paderi Kristian. Pope Urban II menjanjikan syurga kepada tentera Kristian. Mereka juga dijanjikan pengampunan dosa dan mati dalam keadaan yang mulia. Golongan yang menyertai perang juga menerima jaminan kebebasan ke atas harta benda dan keluarga mereka. Dinamakan 'Perang Salib' kerana tentera Kristian memakai simbol salib di dada mereka.

Perang Siffin
Perang saudara antara Khalifah Ali bin Abu Talib dengan Gabenor Syria iaitu Muawiyah bin Abu Sufyan. Berlaku di sebuah tempat yang bernama Siffin. Berpunca dari tindakan Muawiyah yang enggan meninggalkan jawatannya setelah dipecat oleh Khalifah Ali. Muawiyah juga mendakwa bahawa Khalifah Ali bertanggungjawab membawa kepada pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan. Tentera Khalifah Ali hampir memenangi peperangan ini. Namun panglima tentera Syria yang bijak bernama Amru bin Al-As telah menyuruh tenteranya menjunjung Al-Quran dan meminta damai. Khalifah Ali menerima permintaan untuk berdamai lalu mengadakan majlis perdamaian yang dinamakan Majlis Tahkim.

Perang Uhud
Peperangan yang kedua antara umat Islam Madinah dengan tentera Quraisy Mekah. Berlaku di lembah Uhud iaitu satu kawasan di kaki gunung Uhud. Umat Islam tewas dalam peperangan ini apabila pasukan memanah yang ditempatkan di lereng-lereng bukit oleh Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan posisi mereka lalu turun untuk mengutip harta-harta rampasan. Pasuka berkuda Quraisy pimpinan Khalid al-Walid menyerang balas dan berjaya mengalahkan pasukan Islam. Bapa saudara Rasulullah s.a.w iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib terkorban dalam perang ini.

Perang Waterloo
Peperangan antara Napoleon Bonaparte dengan tentera British pimpinan Duke of Wellington di Waterloo pada tahun 1815. Napoleon tewas dan kehilangan pemerintahannya. Empayarnya hancur dan sempadan Perancis menjadi susut kembali ke kawasan asal.

**Info ringkas semua peperangan dalam sejarah dunia Islam akan menyusul selepas ini**

Tiada ulasan: