ENTRI TERBAIK

Jumaat, 11 Mac 2011

~~Info Ringkas Pasal Jenis2 Musibah dan Tujuannya~~

 Bala

  • Apabila orang yang jahat melakukan kejahatan
  • Tujuan: Dihina di dunia sebelum dihina di akhirat
  • Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan(yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."(Surah al-Anbiya' 21:35)

Ibtila'

  • Apabila orang yang baik melakukan kebaikan
  • Tujuan: Supaya mereka kembali kepada Allah s.w.t iaitu bertaubat
  • Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:" Dan sesungguhnya Kami telah menghukum (firaun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan,supaya mereka mengambil pelajaran."(Surah al-A'raf 7:130)

Kafarah

  • Apabila orang yang baik melakukan kejahatan
  • Sebagai ujian dan meningkatkan darjatnya sebagai orang Mukmin
  • Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'Kami telah beriman',sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta."(surah al-Ankabut 29:2-3)
kredit to: gambar masjid
kredit to : Majalah solusi isu no 19

p/s:bacala majalah solusi..ianya padat n boleh dikatakan adik kepada majalah al-islam..tapi saya lebih suka majalah solusi ni..percayala..

1 ulasan:

GAPURA ILMU berkata...

artikel yang menarik :)