ENTRI TERBAIK

Jumaat, 25 Mac 2011

~~HOT!!12 Dikriminasi Kerajaan Pusat ke atas Kelantan~~

Kelantan
 
  • Diskriminasi pertama- Kerajaan Pusat menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)-dengan wujudnya JPP, berlakulah sistem dualisme dalam pentadbiran negeri Kelantan, apabila turut diwujudkan kakitangan jabatan di peringkat negeri, jajahan, daerah sehingga di kampung-kampung.
  • Dikriminasi kedua-Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan hanya sempat mempengerusikan sekali sahaja Majlis Tindakan Negeri Kelantan. Selepas itu majlis itu dibubarkan dan tidak lagi dibenarkan mana-mana agensi Persekutuan hadir ke dalam Majlis Tindakan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan
  • Diskriminasi ketiga, Menteri Besar tidak lagi dilantik menjadi Pengarah Keselamatan Negeri Kelantan, tempatnya digantikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.
  • Diskriminasi keempat- baja subsidi tidak lagi diberikan secara menyeluruh oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan, khususnya yang bekerja sebagai petani, tetapi hanya diberikan kepada mereka yang mendapat sokongan dari JPP yang tentunya hanya kepada para penyokong Umno BN sahaja.
  • Diskriminasi kelima- Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi dijemput di dalam Mesyuarat-mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dikatakan MBs Club, sebaliknya dijemput pemimpin Umno yang kalah dalam pilihanraya menghadiri mesyuarat itu mewakili Menteri Besar.
  • Diskriminasi keenam- geran Persekutuan dalam bentuk capitation grant, federal road grant, growth grant, dalam bentuk geran keseimbangan dan lain-lain diberi amat lewat. Ini kami di negeri Kelantan untuk tahun ini dibayar tahun hadapan 
  • Diskriminasi ketujuh-peruntukan geran rumah awam kos rendah sebanyak RM12 juta yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan melalui pihak Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan telah ditarik balik sebaik sahaja PAS berjaya memerintah Kelantan
  • Diskriminasi kelapan-permintaan Tuan Guru Nik Aziz sejak tahun 1991, menerusi pertemuannya dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad agar diwujudkan satu pelabuhan di Kelantan, tetap tidak dilayan oleh Kerajaan Persekutuan hingga kini.
  • Diskriminasi kesembilan-Tok Guru minta supaya tanah yang telah pun diambil di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa untuk memanjangkan landasan penerbangan, sampai ke hari ini pun tidak dapat digunakan lagi," katanya. 
  • Diskriminasi kesepuluh-royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan tetap terus dinafikan sehingga hari ini,
  • Diskriminasi kesebelas- apabila berubah kerajaan, wakil kerajaan negeri untuk berada di dalam Lembaga Pengarah KESEDAR tidak lagi diminta daripada kerajaan negeri, tetapi dilantik mengikut kesukaan pihak Kerajaan Persekutuan sendiri.
  • Diskriminasi kedua belas-pengambilan peneroka untuk menduduki Felda dihentikan. Kemudian mereka majukan sendiri dan mengambil untung melalui apa yang dinamakan ladang Felda Plantation. 
    **"Petikan ini dirumuskan dari kata-kata Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah** 
    **Ini bukan blog parti,ini blog yang mensharekan apa-apa aje untuk renungan bersama,ada akal buka mata hati dan terima dengan fikiran terbuka dengan mengkaji kebenarannya,kalau salah,sila ampunkan saya
    **Untuk keterangan lanjut(cerita penuh) sila ke sini
    Kredit to: amenoworld

Tiada ulasan: