ENTRI TERBAIK

Rabu, 30 Mac 2011

~~Darah Nifas~~

Entri saya kali ni pasal darah nifas.Saya akan bagi info secara ringkas pasal darah ini.

Sekadar gambar hiasan


Definisi
Darah yang keluar selepas melahirkan anak.Kenapa diberi nama nifas?Ini kerana ia keluar selepas keluarnya satu jiwa(nafs) dan perempuan yang mengeluarkan darah ini dikenali sebagai nufasa'.

Jenis nifas:
a)Nifas Rubra (Lochia Rubra-bahasa perubatan)
-Darah ini keluar selama kira-kira 3-5 hari selepas bersalin. Ia berwarna merah kehitaman dan sangat pekat kerana kandungan darahnya masih banyak

b)Nifas Serosa ( Lochia Serosa-bahasa perubatan)
- Darah yang keluar ini berwarna perang atau merah jambu. Ia mengandungi eksudat (exudate) atau lelehan, erythrocytes iaitu sel darah merah matang,leukosit (leucocytes) dan mukus servisks. Tempoh keluar darah ini akan berlaku sehingga hari ke sepuluh.

c) Nifas Alba(Lochia Alba-bahasa perubatan)
-Darah ini akan menjadi agak putih atau kuning cair. Ia keluar pada minggu ketiga atau keenam selepas kelahiran, iaitu di penghujung tempoh nifas, Darah yang keluar pada waktu ni mengandungi sedikit sel darah merah,selain campuran bahan-bahan lain seperti leukosit (leukocytes),sel-sel epitelium,kolestrol,lemak dan mukus. 

Tempoh Nifas
Tempoh paling singkat~satu lahzah (seketika sahaja)
Tempoh Biasa~40 hari
Tempoh Paling Lama~60 hari
**Sekiranya masih ada keluar darah selepas 60 hari,itu adalah darah penyakit atau istihadhah dan perempuan tersebut dah boleh solat fardu dan puasa.

Bagi kaum muslimah, ada perkara yang mereka tidak boleh lakukan seperti SOLAT, TAWAF, PUASA, JIMAK, MEMBACA AL-QURAN, MENYENTUH DAN MEMBAWA MASHAF AL-QURAN DAN DUDUK DALAM MASJID. Ini kerana para ulama sepakat yang darah ini sama dengan darah haid.

**Bagaimana pula andai perempuan tersebut melahirkan anak kembar,apakah perkiraan tempoh nifasnya?**
Tempoh nifasnya diambil kira kelahiran anak terakhir dan bukannya anak yang pertama. Ini bererti walaupun selang masa kelahiran anak pertama dan terakhir adalah lama,masa nifas tetapdihitung sejak kelahiran yang terakhir. Darah yang keluar pada kelahiran yang pertama dianggap darah haid sekiranya kebiasaan haidnya begitu. Jika tidak ia dianggap darah istihadhah.

**Bagaimana andai wanita tersebut melahirkan anak secara pembedahan?Bagaimana halnya tentang darah nifas beliau?**
Berdasarkan tinjauan perubatan, wanita seperti ini juga boleh keluar darah melalui jalan biasa (faraj) walau pun pembedahan dilakukan di bahagian perut. Oleh itu, fuqaha sepakat mengatakan sekiranya seorang wanita mendapati darah pada farajnya selepas melakukan pembedahan untuk mengeluarkan anak,ia dianggap darah nifas. Tetapi jika selepas pembedahan ini,tiada darah keluar daripada farajnya,dia dianggap bersih.

**Darah nifas lambang kesuburan seorang wanita~~syuxer

Tiada ulasan: