ENTRI TERBAIK

Rabu, 23 Mac 2011

~~Berhikayat pasal Histeria~~

Anda tau apa itu histeria?Nak tengok cmner orang berhisteria?




Pengertian Histeria?

Orang melayu cakap itu cam rasukan. Orang yang kena histeria ni cam emosi x stabil seperti menjerit-jerit,menangis x tentu pasal,mengelupur cam kena sembelih,mengamuk cam x ingat dunia,ketawa cam pontianak gila dan berjalan sorang2 dalam keadaan mamai..eii bahaya ni kalah meroyan ni..aku pun takut nk berdepan orang histeria ni..dikhabarkan kekuatan orang histeria ni berlipat kali ganda..

Ni ilmiah pasal histeria.Histeria sebenarnya berasal dari perkataan daripada istilah Greek yang bermaksud rahim yang merayau-rayau (wandering uterus)~lawakla plak hehe. Dalam bahasa arab plak,disebut al-Dharra,yang sering dikaitkan dengan gangguan makhlus halus. Yang paling sedap bunyi dia,dalam bidang perubatan dikenali penyakit psikiatri yang membawa maksud "somatoform disorder".

Ni penjelasan kenapa histeria ni memang wujud atau memang disahihkan wujud.

Buktinya Allah s.w.t telah berfirman: "Orang yang makan(mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila.Keadaan mereka yang sedemikian itu,adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat),sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba,padahal Allah s.w.t. telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang yang menyedari tentang larangan daripada Tuhan,lalu terus berhenti (daripada mengambil riba),maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah s.w.t. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal didalamnya." (Surah al-Baqarah 2:275)

Dalam hadis sahih riwayat al-Hakim daripada Kharijah al-Shalt daripada Alaqah Sahar pula,dia berkata:
"Pada zaman Nabi s.a.w dulu,penduduk sebuah kampung pernah meminta tolong kepadaku untuk mengubati seseorang yang selalu ditimpa penyakit gila dan kerasukan di kalangan mereka. Orang lelaki ini diikat untuk mengelakkan dia menyusahkan orang lain. Alaqah akhirnya membacakan surah al-Fatihah untuk orang yang ditimpa musibah itu setiap hari,pagi dan petang selama tiga hari berturut-turut sehingga dia sembuh dan dilepaskan daripada gangguan syaitan itu."

Selain itu,hadis-hadis yang menyokong:
"Sesungguhnya syaitan itu mampu untuk bergerak (masuk) ke dalam tubuh manusia melalui saluran darah/aliran darah."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
"Wahai Tuhanku,aku berlindung denganmu daripada kejahatan syaitan yang direjam,dan juga daripada rasukannya,godaannya dan angkara sihirnya."(Riwayat Abu Daud).

**Kalau nak tau betul ke histeria ni wujud ke tidak,korang pi dok dalam asrama sekolah yang dikatakan banyak kes histeria,dan korang wat hal yang membolehkan diri dicalonkan untuk menerima anugerah kesedapan rasukan.InsyaAllah,korang akan dapat pengalaman tersebut dan dibolehkan mengisi pengalaman tersebut sebagai pengalaman bekerja dalam resume ye..heheheh..free je n cuma kena wat hal yang bangang kalau nk dapat pengalaman tersebut.**


Meh kita berhikayat lagi pasal jenis-jenis dia plak..x kenal maka x cinta beb..

Simple,ia ada 2 jenis:-
1) Conversion disorder
-keadaan yang mana pesakit biasanya akan merasai gangguan fizikal seperti merasai badan lumpuh,buta,pekak dan bisu. Kebiasaanya,histeria jenis ni berlaku kerana konflik dan trauma seperti melihat penderaan kejam,kemalangan ngeri,tragedi kebakaran dan sebagainya.

2) Dissociative disorder
-yang menyebabkan pesakit akan meronta-ronta,meracau dan menjerit-jerit bagai orang gila. Biasanya ia berlaku pada kanak2 bawah umur dan remaja akibat konflik yang tidak dapat dikawal.
-Dalam jenis ni ada 3 kategori iaitu,2 darinya adalah benar dan satu lagi dibuat2 je(yang ni memang jenis gampang,memang boleh test rembatan nor shahrul idlan talaha la kat muka dia).

-a)Histeria Organik-akibat daripada gangguan pada sistem saraf otak(yang ni bahaya silap2 haribulan boleh jadi arwah kepada mangsa)

-b)Histeria Psikopatologi-tekanan pada jiwa,perasaan dan ketakutan yang amat sangat(mungkin ini histeria yang sering berlaku pada budak asrama yang kena benda ni)

-c)Histeria Komunikasi-histeria yang dibuat-buat untuk dapat simpati dan perhatian dari orang lain.Cara nak simpati,korang boleh wat rembatan nor shahrul idlan talaha kat muka dia.Dijamin lega hati korang dan insaf dia tuh.

Sesudah kita kenal apa benda la jenis2 histeria ni,maka kita hendakla mengetahui camner punca ia boleh wujud.Jom kita berhikayat pasal punca-punca ia plak.X kenal maka x de love bite beb.hehe

Punca-punca histeria

  • akibat kurang kasih sayang-boleh jadi sangat murung dan serabut bila xde orang pedulikan kita maka senangla setan laknat rasuk kita
  • akibat gangguan mental-jenis emosi selalu x stabil
  • akibat sihir- jahat gila orang yang amal sihir ni.
  • akibat dendam atau simpati/love makhluk jin.Antara sebabnya suka mendedahkan aurat dan bertelanjang ketika dok sorang2-memang la jin suka ngat kat orang naked2 nih!
  • Akibat saka-lagi naya x pasal2 kena warisi
  • sering lupa pada Allah s.w.t,lalai dan kurang beramal ibadat
  • kurang membaca doa2 tertentu cam bismillah atau taawuz ketika dok wat keje seharian
  • suka wat keje yang setan laknat suka cam menurut hawa nafsu,wat maksiat dan sebagainya
  • wat keje bangang cam puja hantu dan sebagainya

Camner nak "armor"kan diri dari kena histeria ni?

Simple,amalkan al-Muawwizat-surah-surah pelindung yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan Al-Nas. Ayat Kursi pun boleh amalkan.Surah al-Fatihah pun mujarab gak. Molek lagi amal doa menghindari iaitu, "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan,juga daripada setiap syaitan dan penyakit yang tercela.Aku berlindung kepada Allah Yang Esa lagi Mulia,daripada setiap musuh dan orang yang hasad,juga daripada syaitan yang derhaka." 

Doa-doa nak menentang dan merawat sihir:
  • Surah Yunus 10: 81-82
  • Surah al-A'raf 7: 118-122
  • Surah Taha 20: 69
  • Surah al-Nisa' 4:84
  • Surah Yusuf 12:64
  • Surah al-Mu'minun 23:115-118
  • Kemudian diikuti ayat kursi dan al-Muawwizat(surah al-ikhlas,al-Falaq dan al-Nas)
**Jangan sekali-kali terlalu mencabar jin/setan laknat andai diri belum penuh ilmu agama didada,kelak si laknat itu akan mencabar kamu sampai kamu mengalah dengan cara yang hina.Sesungguhnya si laknat2 itu amatla sombong dan angkuh tahap memang x leh dirawati.** 

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

histeria gangguan makhluk halus

Tanpa Nama berkata...

skali kene tampar hilang histerianya daaaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

hantu@syaitan a.k.a iblis suka kacau bila kepala serabut..bacalah al-Quran jiwa akan tenang

Tanpa Nama berkata...

iblis abul jin

Syuxer Melankolia berkata...

pernah kena histeria x??

Tanpa Nama berkata...

PERNAHLA DULU2