ENTRI TERBAIK

Ahad, 13 Mac 2011

~~Badai Gempa Bumi Terbesar Yang menghasilkan Tinju Pemusnah(Tsunami)** Part 1**~~

Tsunami???
Dikatakan menggunakan bahasa jepun tapi ia makan tuan la plak..aiyaa..Ia adalah bermaksud satu siri ombak panjang di lautan yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba2 berpunca daripada gempa bumi,letusan gunung berapi,dan tanah runtuh di bawah lautan.(faham)??
*point penting:-
a)siri ombak panjang di laut ^^^^^^^--------^^^^^^-----^^^^ (lebih kurang cmtuhla)
b)puncanya dari gempa bumi,letusan gunung berapi dan tanah runtuh di bawah lautan
c)semuanya bercerita tentang kemarahan/kebinasaan laut.

Masalahnya ia bukan sebarang ombak yang kita boleh wat lompat kijang..ni ombak gila gaban laju..ferrari pun respek kat dia..hang nak tahu berapa laju dia..500 ke 1000 kilometer sejam...gila ah..nek ferrari maksimum speed cam haram kena simbah kaw2..Tenaga dia amat power,konsisten dan agak sukar dipredict di laut.Maknanya kuasa lebih kurang cam pendekar laut punye kuasa misteri tinju maut pendekar laut 1 juta hp..

Jom kita lihat negara mana yang kena tsunami ni serta gempa bumi terkuat:-

a) Chile

-22 Mei 1960 tercatat satu gempa bumi maha dasyhat dengan skala Richter 9.5 menyebabkan ombak besar dan letusan gunung berapi sehingga menyebabkan 5000 orang K.O serta 2 juta hilang harta benda. Santiago dan Conception adalah bandar yang malang mendapat musibah sedemikian.
Chile 1960

ada lagi boh...

-27 Februari 2010 mengemparkan dunia Chile sekali lagi dengan skala Richter 8.8 menyebabkan lebih 500 orang K.O dan kerugian bapak banyak gila RM91.21 billion..u bayangkanla..

Chile 2010



b)Alaska

-9 Mac 1957 berlaku gempa bumi berskala 8.6 Richter di Pulau Andreanof.Apa yang menariknya Gunung Vsevidof yang dok diam2 selama 200 tahun naik angin sampai join sekali 3 pertarungan kuasa alam iaitu gempa bumi,tsunami dan letusan gunung berapi..Padahnya tsunami menang dengan 15 meter ketinggian ombak nya.Korang bayangkanla 15 meter..pokok kelapa pun nak cabut lari..
Alaska 1957

ada lagi boh..


-28 Mac 1964 menjadi medan pertarungan kuasa alam yang menyebabkan 125 orang K.O dan kerugian hampir RM942.55juta..Apa yang terlibat kuasa membinasakan itu??ni dia iaitu gempa bumi serta tsunami yang berukuran 9.2 skala Richter.Apa yang musnah??Sebahagian barat Wilayah Yukon dan British Colombia dan kawasan luas di Alaska..Korang bayangkanla kalau kawasan itu padat penduduk cam di amerika??
Alaska 1964

ada lagi boh,dorang x abes lagi revenge selepas setahun..

-4 Februari 1965 menyaksikan kemarahan kali ketiga yang terbesar dengan gempa bumi berskala 8.7 Richter dan tsunami kali ni mengalah sedikit dengan ketinggian 10.7 meter di Pulau Shernya..
Alaska 1965

c)Indonesia

-26 Disember 2004 menyaksikan gempa bumi berukuran 9.1 skala Richter..what??9.1??perghh dashyat tul.Sampai bergegar pantai wilayah Acheh,utara pulau Sumatera.Kali ni 226,000 K.O di Sri Lanka,Thailand,Indonesia,India dan 9 negara lain.Betapa dahsyat penangan tsunami andai berlaku di area lautan hindi.
Indonesia 2004

ada lagi boh..

-28 Mac 2005 dimana menyaksikan gempa bumi melaungkan kemarahan dengan skala Richternya 8.7 sehinggakan kira2 1300 orang K.O di Pulau Nias,barat pantai Sumatera

Indonesia 2005



d)Rusia

-4 November 1952,Rusia dikejutkan dari lamunan dengan gegaran 9.0 skala Richter yang menghasilkan tinju mautnya iaitu tsunami.Kesan kuasanya dapat dirasai sehingga kepulauan Hawaiian.Kali ni,kuasa dia tersasar dari mengenai manusia..
Rusia 1952


e)Ecuador

-31 Januari 1906,negara Antonio Valencia pemain sayap kanan Man Utd berlaku gegaran gempa bumi yang berskala 8.8 di pantai Ecuador,Colombia dan 1000 orang K.O akibat penangan kuasa tinju(tsunami). Akibat gegaran itu,persisiran pantai Amerika Tengah,San Francisco dan barat Jepun dalam ketakutan.

Ecuador 1906


f)Tibet/India

-15 Ogos 1950,menyaksikan Tibet dilanda badai gempa bumi yang berskala 8.6 Richter sehinggakan 2000 rumah,kui dan masjid musnah. Yang menjadi mangsa adalah seramai 1500 orang K.O.Gegaran itu amat kuat berlaku di Lembangan Brahmaputra di timur laut India.


Tibet/ India 1950

g)Jepun

-11 Mac 2011 baru2 ini menyaksikan Jepun terpaksa menjadi tuan rumah kepada bencana alam ini dimana berlakunya gempa bumi yang berskala 8.9 richter sehingga ramai yang cedera. Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengesahkan gempa bumi sedalam 24.3 km dan berpusat 130 km ke timur Sendai,Pulau Honshu

Jepun 2011

Tiada ulasan: