ENTRI TERBAIK

Rabu, 23 Mac 2011

~~Bacaan dalam Solat Surah Al-Fatihah~~

Membaca al-Fatihah adalah salah satu daripada rukun-rukun solat. Rasulullah s.a.w berfirman yang bermaksud: "Tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Jika sesiapa meninggalkan al-Fatihah,maka batal(tidak sah).



Setiap membaca al-Fatihah dalam solat,kita sebagai hamba sebenarnya berkomunikasi dengan Allah s.w.t. Inilah dialog dua hala antara sang hamba dan Khalik.

Rasulullah s.a.w. meriwayatkan bahawa Allah s.w.t berfirman yang bermaksud" "Aku bahagikan solat antaraku dan hamba-Ku kepada separuh,dan bagi hamba-Ku apa yang dipintanya..."

Hamba: Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam
Khalik: Hamba-Ku telah mengingat-Ku

Hamba: Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Khalik: Hamba-Ku telah memuji-Ku

Hamba: Yang Menguasai pada hari pembalasan
Khalik: Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku

Hamba: Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan
Khalik: Hamba-Ku telah memuliakan-Ku

Hamba: Tunjukilah kami jalan yang lurus
Khalik: Ayat ini anatra Aku dan hamba-Ku,dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta.

Hamba: (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka,bukan (jalan) mereka yand dimurkai dan buka (pula jalan) mereka yang sesat.
Khalik: Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta

**Dengarkan bacaan al-Fatihah yang indah ini**

video

Tiada ulasan: