ENTRI TERBAIK

Ahad, 27 Mac 2011

~~3 ANAK KELANTAN SEDIA GEGAR PASUKAN KELANTAN~~


wan zaharulnizam wan zakaria
Kecik (19) & Ferris Daniel (16) bakal menjadi taruhan Ong Kim Swee untuk merobek gawang gol pasukan kelantan

Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan berdepan tugas getir dalam cabaran Liga Super 2011 apabila dijadualkan menentang anak buah Ong Kim Swee iaitu pasukan Harimau Muda A (bawah 21 tahun kebangsaan) pada 1 april ini.

Namun beraksi di gelanggang keramat Stadium Sultan Muhammed Ke – IV memberi kelebihan kepada anak buah M. Karathu walaupun sedar pasukan yang bakal di hadapi ialah Skuad Bawah 21 tahun Malaysia.

Kelibat “3 Anak Kelantan” iaitu Syahrul Azwari (abe), Wan Zaharulnizam (kecik) dan Ferris Danial yang bermain untuk Harimau Muda A sudah tentu menjadi duri dalam daging kepada pasukan Kelantan.3 pemain ini sudah tentu akan menggunakan pengalaman beraksi di Slovakia bagi merobek gawang gol pasukan Kelantan yang di kawal Penjaga Gol nombor 1 negara ketika ini iaitu Khairul Fahmi Che Mat.

Justeru itu, pasukan Kelantan harus berhati hati untuk mengelakkan dari kekalahan kali kedua setelah mereka tewas 2-0 kepada pasukan pahang tempohari.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 1 April 2011 ( JUMAAT ) pada jam 8.45 malam di stadium Sultan Muhammed Ke IV kota bharu kelantan.Astro arena akan menyiarkan secara langsung perlawanan hebat ini ( tertakluk pada perubahan ).

Kredit to: Kelantan FA.com

Tiada ulasan: