ENTRI TERBAIK

Sabtu, 5 Februari 2011

~~Mengapa Doa itu Penting~~


1.Mengekalkan Hubungan dengan Allah S.W.T pada setiap masa
Manusia ni perlukan Allah s.w.t pada setiap masa maupun detik. Tanpa Allah s.w.t dalam hatinya,manusia diibaratkan seekor ikan yang ketiadaan air. Malah jiwanya akan jadi mati dimana manusia akan kehilangan ketenangan,kebahagiaan dan keharmonian biarpun dia memiliki segala-galanya. Harus diingat doa juga ditakrifkan sebagai zikir dimana kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan Allah s.w.t dengan cara paling sukses dan berkesan. Bahkan Allah s.w.t sendiri memerintahkan kita berdoa untuk mengingati-Nya kerana nescya mengingati-Nya,jiwa akan jadi tenang. Dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (surah Al-Ra'd 13:28) . Orang yang sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t selalunya tidak akan dilanda stress kerana sentiasa berhubung dengan Allah s.w.t dan Allah s.w.t amat menyukai orang selalu mengingati-Nya.

2.Keupayaan melakukan perubahan ke arah kebaikan secara berterusan
Doa adalah pengharapan. Bahkan bila kita berdoa,kita akan mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t dengan melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik secara berterusan. Yang selebihnya adalah usaha yang berterusan dan murni untuk merealisasikan doa tersebut.Disinilah konsep tawakal akan wujud dan menguji keimanan seseorang itu. Allah s.w.t sendiri telah berfirman yang bermaksud: " Dan Dia memperkenankan (doa) orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambah (pahala) kepada mereka daripada kurnia-Nya." (surah al-Syura 42;26)

3.Sentiasa didampingi oleh Malaikat dan menghalau syaitan
Harus diingat bahawa selain kita hidup di dunia ni ada mahkluk lain yakni malaikat dan syaitan.Contoh paling ketara,apabila kita lupa membaca doa makan,syaitan akan makan bersama-sama dengan kita sekaligus hilanglah keberkatan makanan itu.Mereka yang selalu berdoa akan didampingi oleh malaikat dimana tutur kata mereka akan lebih terkawal,pertimbangan dan tindakan dalam hidupnya.

4.Dapat membentangkan luahan perasan seperti masalah dengan lebih jelas
Berdoa mampu didefiniskan luahan perasaan akan masalah yang dihadapi. Kita ni sebagai manusia memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan akan masalah kita. Mujurla atas kapasiti kita sebagai umat Islam,kita ada pakar psikologi yang teragung di dunia dan diakhirat iaitu Allah s.w.t. Percayalah apabila kita berdoa(meluahkan perasaan kepada-Nya), hati kita akan damai dan tenang,malahan akan timbul satu perasaan dimana kita mengharapkan suatu pengharapan yang sempurna dari Maha Esa. Sekaligus,kita sedaya upaya akan berusaha menyelesaikan masalah itu dengan sebaik mungkin dengan menyakini Allah s.w.t akan sentiasa berada disisi kita untuk memberikan kenyakinan dan pengharapan. Ingatla dengan firman Allah s.w.t ini yang sebenarnya merupakan satu motivasi yang amat berkesan kepada orang yang berdoa. Firman-Nya tersebut bermaksud: "Jika hamba-Ku bertanyakan kamu tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat.Aku sentiasa mendengar permohonan doa tatkala berdoa kepada-Ku. Oleh sebab itu,wajarlah mereka sahut seruan-Ku dan beriman dengan-Ku,semoga mereka beroleh petunjuk."(surah al-Baqarah 2: 186)

5. Mampu menyihatkan fizikal kita
Plato pernah berkata: "Kesalahan ahli perubatan adalah cuba  mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan". Ingatla yang bila kita berdoa,kita boleh jadi tenang dan sekaligus dapat mengubat hati dan fikiran dari terus diracuni sifat-sifat mazmumah yang menjadi punca kecederaan fizikal. Kenyataan Plato telah memberi gambaran andai jiwa x bagus,maka tubuh fizikal mudah mendapat risiko kecederaan. Bahkan wujud ubat psikosomatik untuk tenangkan jiwa fikiran pesakit yang mengalami masalah psikologi seperti rasa bimbang,takut dan lain-lain. 

Tiada ulasan: