ENTRI TERBAIK

Selasa, 1 Februari 2011

~~Adab Berdoa~~

Setiap apa yang kita hendak lakukan sesuatu perkerjaan dengan tertib dan sempurna sebenarnya kita perlu mematuhi tatacara atau disiplin dengan teratur dan penuh adab. Kali ini saya ingin berkongsikan satu entri mengenai adab berdoa dengan tertib dan betul.

Kita kadangkala sudah berdoa dengan yakin tapi apakah kita benar benar memenuhi kriteria-kriteria dalam membacakan doa tersebut pada Maha Kuasa dengan cara yang betul dan tepat.Apakah kadang-kala kita ada sengaja main skip2 dalam adab berdoa padahal benda tersebut itu amat penting sesuai dengan jiwa muslim dan muslimah yang mementingkan kesempurnaan dari awal hingga akhir?

Jom kita kongsi ilmu ini,mudah-mudahan diharapkan ia mampu memberi kita kesedaran betapa pentingnya mengamalkan kesempurnaan dalam melakukan suatu perkerjaan.



SEBELUM
  • Sediakan hati bahawa Allah S.W.T bersifat dengan sifat harus melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan-Nya. Bertaubatla juga kepada Allah.
  • Sebaik-baiknya berada dalam keadaan suci daripada hadas dan berwuduk.
  • Menghadap kiblab jika tiada halangan
  • Memilih waktu yang mustajab untuk berdoa seperti hari Arafah,bulan Ramadan,hari Jumaat dan sebagainya.
  • Memilih keadaan yang baik untuk berdoa seperti ketika sujud,antara dua khutbah,ketika berpuasa dan lain-lain
  • Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga nampak ketiak dan menyapu kedua-dua tangan ke muka apabila selesai berdoa
  • Digalakkan solat sunat hajat sebelum berdoa atau meminta sesuatu.
  • Pastikan makanan dan minuman anda daripada sumber yang halal. Ini kerana Allah S.W.T menolak doa orang yang makan dan dibesarkan dari sumber yang haram.
  • Hendaklah mengutamakan berdoa untuk diri sendiri berbanding mendoakan orang lain

SEMASA
  • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah S.W.T dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
  • Berdoa dengan mengucapkan "Ya Rab" sebanyak 3 kali.
  • Mengakui dan menyesali dosa yang dilakukan.
  • Tidak mengangkat suara ketika berdoa.
  • Berdoa dengan penuh perasaan takut dan gerun akan kehebatan dan kebesaran Allah S.W.T serta khusyuk kepada-Nya
  • Berdoa dengan penuh perhatian dan kesungguhan
  • Ulangi doa yang dibaca.
  • Tidak berdoa dengan suatu keburukan
  • Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat
  • Diharuskan juga bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan

SELEPAS
  • Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa
  • Mengaminkan doa yang dibacakan.
  • Bersangka baik bahawa Allah S.W.T akan memakbulkan doa kita. Jika tidak pasti ada alternatif lain diberikan Allah S.W.T,sama ada kita sedar atau tidak.
  • Bersabar menanti jawapan Allah S.W.T terhadap doa yang dipohon

Sila teruskan pembacaan tazkirah pada masa akan datang mengenai doa secara lebih mendalam (dalam proses menyiapkan entri!!)
Antara tajuk-tajuk yang akan dipaparkan ialah:-
  1. MENGAPA DOA PENTING?
  2. DOA MUSTAJAB ATAU TERHIJAB
  3. JANGAN KEDEKUT MENDOAKAN IBU BAPA
  4. SALAH FAHAM TENTANG DOA

Tiada ulasan: