ENTRI TERBAIK

Jumaat, 28 Januari 2011

~~Petua-petua Orang2 Lama 1~~


 Menghilangkan Karat Kepada Pakaian 

 
 
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa
 
 
Hampas Teh Suburkan Tanaman
Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.

Merawat Kulit Berkedut:
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.

Mari Hapuskan Kelemumur.

Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi.


Putihkan Kulit Melecur.


Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.

Pulihkan Bengkak Di Kaki.


Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas dengan sedikit air. Kemudian letakkan/sapukan pada kaki atau tangan yang terseliuh.


Meredakan  Batuk.
                                                         
Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari.



Daun Puding Atasi Gatal Di Kepala:




Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. lumurkan keseluruh kulit kepala. bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. lakukan dua kali seminggu.

 
Pening Kepala:
Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.




Legakan Sakit Gigi:
 

Celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang(tanya mak ko konfirm dia tahu) dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit

Segarkan Mata:

Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.



p/s:nanti sambungan nya!!

2 ulasan:

EiZaRaZiErYa berkata...

ehehe..bestlah~ baru tahu~ yg mengkudu 2 boleh gune wat ilang kn kelemumur eh~ petue hilagkn lecur 2 pon bwu tw jgk..huhu.. wink3 >_<

Tea Dno berkata...

hilangkan mata panda ada tak? lalalala~