ENTRI TERBAIK

Isnin, 31 Januari 2011

~~~10 Negara Terkaya di Asia~~~

Mengikut negara2 asian

Gross Domestic Product or (KDNK) per capita
Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barang dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barang dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.
KDNK boleh dinilai di dalam tiga cara, pada prinsipnya, semuanya mesti mendapat keputusan yang sama. Mereka adalah pendekatan produk (atau keluaran), pendekatan pendapatan dan pendekatan perbelanjaan.

KDNK per kapita, iaitu nilai semua barangan keluaran dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dalam satu tahun yang diberikan, yang dibahagikan dengan purata penduduk pada tahun yang sama.

Untuk 10 Top Asia                            
1.Kuwait                                
2.UAE                                              
3.Japan                                             .
4.Singapura                                        
5.Macau                                             
6.Hong Kong                                    
7.Brunei                                             
8.Bahrain                                            
9.Korea Selatan                                  
10.Oman                                               


GDP or KDNK per kapita mengikut negara ASEAN


 Untuk 10 Top ASEAN
  1. Singapura------------------ $36537
  2. Brunei -----------------------$30391
  3. Malaysia------------------- $7030
  4. Thailand-------------------- $3893
  5. Indonesia------------------ $2349
  6. Filipina--------------------- $1752
  7. Vietnam------------------- $1032
  8. Laos------------------------ $940
  9. Combodia -----------------$667
  10. Timor Leste---------------$492

So apa yang kita boleh simpulkan disini..berbanggakah kita jadi no 3 dalm rangking ASEAN? malahan kita x tersenarai langsung dalam untuk 10 Top Asia..

Kita ada hasil bumi yang banyak..sumber galian yang tip top condition..penduduk yang ramai..berbilang kaum harmoni perang pun xde hatta perang saudara pun xde..Tapi sikit pun xmampu atasi singapura dimana negaranya lebih kecik n xde sumber galian malahan mintak sedekah air dari malaysia??aku bukan nk provok2 tpi aku nk kepastian yang nyata..kenapa malaysia boleh jadi cmni..dengan kemerdekaan selama lebih 50 thun sepatutnya singapura or brunei yang dibwah kaki kita..ayuhla kerajaan Malaysia atasi negara singapura n brunei tuh..kita ketua negara ASEAN,kena la wat no 1..

Apakah misteri terjadi disebalik semua ini???Tercapai ke hasrat wawasan 2020 or just terberak 2 butir telur smbil menanti bulan jtuh ke riba sehinggakan Thailand or Indonesia terbahak2 ketawakan kita?..

2 ulasan:

Tea Dno berkata...

adehh senget pale wa.

SMSSA berkata...

sy dari brunei..

Sebenar nya malaysia memang kaya.. Tapi mengapa pula malaysia di tangga ke 3 dan brunei 2.. Itu kerana mengikut dari segi penduduk ..penduduk malaysia lebih ramai dai brunei.. Brunei yang hanya dengan hasil bumi minyak dan gas...tapi dengan jumlah penduduk kira kira 300 lebih ribu sahaja.. Jadi dari situ kita nampak..pengunaan hasil bumi di brunei tidak lah begitu berat skali..malahan hasil nya melebihi dari kadar penduduk yang ada..mungkin ia nya boleh menampung dalam 600ribu..


Tapi malaysia? Malaysia memang ada sumber tersendiri dan adagalian minyak juga..tapi dengan penduduk yang agak ramai..sebab tu lah hasil penggunaan di m'sia agak banyak berbanding dengan brunei..

Coba baayang kan dengan hasil yang m'sia ada pada masa kini..dan jumlah penduduk pun dalam lingkungan 500ribu sahaja..pasti nya m'sia adalah salah satu negara terkaya di asia..kerana penduduk yang sedikit dan pendapatan negara yang banyak dan tinggi..