ENTRI TERBAIK

Isnin, 27 Julai 2015

KOPI PAK BELALANG MURAH, SEDAP DAN BERKUALITI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kopi Pak Belalang sudah semakin mendapat tempat dalam hati para pencinta kopi. Rasai dan alami sendiri kesedapannya. Dijamin anda akan berpuas hati dan pasti akan jatuh cinta terhadapnya.





Khasiat KOPI PAK BELALANG


  • Asid Urik dan Gout – Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
  • Asthma – Habbatus Sauda terbukti memiliki kesan aktivit anti-histamin, ati-oksidan,anti-biotic, anti-mycotic, dan penghambat Bronchitis. Ia dapat melawan lelah.
  • Selsema - Meningkatkan fungsi kekebalan badan dan dapat menyembuhkan selsema.
  • Tekanan Darah Tinggi – membantu merendahkan tekanan darah.
  • Alahan (Allergic ) - Terbukti menyembuhkan 70% penderita alergi termasuk alergi serbuk, debu, jerawat dan neurodermitis (penyakit kulit).
  • Sistem Hempedu (Bile) – Membantu pembuangan hempedu dari pudi hempedu, mengelakkan berlakunya penyakit pada pundi hempedu
  • Melancarkan Pengeluaran Susu – Kombinasi bahagian lipid dan struktur hormone dalam Habbatus Sauda dapat meningkatkan penghasilan susu bagi ibu yang menyusu.
  • Sistem Keimunan – Bantu meningkatkan sistem keimunan supaya dapat membunuh bakteria dan virus supaya dapat melindungi tubuh daripada dijangkiti penyakit
  • Barah – Habbatus Sauda kaya akan beta-sitosterol yang diketahui memiliki kemampuan mencegah kanser. Ekstrak habbatus sauda memeliki khasiat anti-tumor tanpa kesan sampingan seperti rawatan Chemotherapi dan penyinaran. sumber

HARGA PASARAN: RM32 TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN(RM6) JADI JUMLAHNYA ADALAH RM38.


HARGA YANG SAYA JUAL ADALAH RM30 SAHAJA DAN KOS PENGHANTARAN SAYA TANGGUNG. 

BERMINAT boleh SMS/WHATSAPP KAT 0148084632 atau boleh pm di fb saya https://www.facebook.com/syuxer

Sekian, terima kasih. 

Ingat anak pak belalang wat kopi guna kerak kuali, ingat kopi pak belalang!

Khamis, 7 Mei 2015

Kembali selepas tiga tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah hampir tiga tahun, aku meninggalkan dunia blog. Kali terakhir pada 29 November 2012, aku menaip post mengenai 30 Jahitan di Kepala. Itulah tintaan terakhir aku sebelum melabuhkan tirai Gerbang Maya Melankolia Segar ini buat seketika.

Sumber

Banyak perkara ingin aku coretkan di sini tapi ianya bercampur baur dan agak susah untuk dihadamkan supaya menjadi satu catatan yang tidak akan membosankan. Kenapa dan mengapa aku telah menghilangkan diri dari dunia blog untuk tempoh yang agak lama? Jawapannya aku boleh berikan adalah tiada mood untuk berblog, kekangan masa, kekurangan idea dan sebagainya. 

Mayapada, para pembaca inginkan info dan isu semasa sebagai trend pilihan utama bacaan. Kalau diselitkan luahan perasaan dari kaca hati penulis, agaknya butang close terlebih dahulu ditekan apabila para pembaca sudah mengesan yang posting adalah mengenai luahan perasaan. Biarpun kejujuran diselit dalam post tersebut, ianya tidak mampu menambat hati pembaca melainkan ada unsur-unsur kontroversi. Dan kemunculan paksaan menekan butang LIKE, adalah satu tindakan yang kurang bijak. Blog anda di"bookmark"kan oleh pembaca setia adalah lebih bernilai berbanding paksaan LIKE itu. *Nasihat 26 sen dari aku kepada blogger yang gemar meletakkan LIKE untuk membolehkan post itu dapat dibaca dengan jelas*.

Terima kasih kepada para pembaca yang masih sudi membaca blog ini sebagai santapan minda. Akan aku coretkan sebanyak mungkin info-info yang berguna untuk bacaan santai kalian.